18 Mei 2017

CAMPING DAN BATU PUTEH NEGERI SEMBILAN








Perjalanan 2 hari 1 malam memang menyeronokkan. Dapat kawan-kawan yang sekepala..ukhh .. tak sia-sia tido dalamkhemah heheh .. meh ni akak nak riveiw sikit perjalanan ke Batu Putih Negeri Sembilan. Kalau mereka yang baru nak belajar main panjat-panjat ni atau nak bawak anak kecik sesuai lah. Kerana perjalanan tak lah jauh pun. Cuma yg agak sukar tu nak panjat batu kalau nak sampai puncak(Puncak lah sangat ) hehehe . Dari atas tu baru nampak cantik nak tengok pemandangan.

Tarikh - 9.2.2017 - 10.2.2017
Tempat -  Batu Puteh, Negeri Sembilan


1) KAMI berkumpul -cubaan hidupkan
Unggun api


2) Dah sedap tido kan moh kita kemass ..

3) Kami tak ramai tapi kami tetap happy .. Jalan menuju
Ke Batu Puteh N.9
4) Bila mak memanjat sambil diperhatikan oleh anak... panjat aisyah jgn
tak panjat... malu kita nantiii hhehehe


5) Sebelum sampai puncak batu puteh ni batu yang perlu korang
panjat dulu.. rasanya ni je yang agak sukar sikitt.. yg lain perjalanan ok sangat
6) Gambar itu pasti ... macam-macam gaya mutu dan keunggulan..
yg pasti semua puas hati
7) Baik-baik dek non... akak sedang perhatikan korang semua
 dari atas niii... 
 
8) Lompat katak dan belalang dari kami semuaaaa.... yahoooo
#donesummitbatuputeh
#darkwaterhekers





WATERFALL SUNGAI LOPO HULU LANGAT




TEMPAT   : WATERFALL SUNGAI LOPO HULU LANGAT
MASA      : 8.00AM-3.00PM
TARIKH   :1.5.2016
PESERTA  :


Hari ini kita mulakan trip singkat dan berliku. Sepatutnya pada waktu bergini team skuad budak2x hutan ni pi Gunung Irau Cameron Higland.. tetapi apa kah daya kita hanya merancang tuhan yang menentukan. Ok kepada korang yang hendak mendaki dibukit bakau atau gunung ganang kena ingat 1 perkara kalau tempat tu perlukan permit korang kena ambil permit sekurang-kurangnye 2 minggu lebih awal. Kalau awal lagi pun ok tapi biasalah dlm jangka masa panjang tu mcam2x boleh berlakukan. Macam mana cara nak mohon permit? google  je ..hehehhe ...

Orang kata Mendengar tak sama dengan melihat .. bercerita tak sama dengan yg merasa.. itu lah yg nak digambarkan pi ke waterfall sungai lopo ni. Pada mulanya ingatkan keadaan nak naik ke atas tu berliku lara sangat tapi alhamdulillah .. ia tak seteruk difikirkan. Aku pun naik tanpa banyak masalah. perjalanan tak mendaki sangat ia lebih sempoi. Perjalanan ada lah dalam 2 jam nak sampai ke atas. Cuma ada juga lah yg pancit . Mungkin first time kan. Tak pe aku dah rasa macam mana badan yg manja tiba2x kena push .. rasa macam mintak nyawa hehehehehe. yang penting tu semua pengalaman.

Pacat? masa aku naik tu baru lepas ujan . Pacat memang banyak. First time aku tengok pacat. First time aku kena gigit pacat. Fisrt time aku buang pacat macam tu jee.. ( poyo kan ) pacat ok lagi.. kalau korang letak binatang comel yg berbulu maunya aku melompat dr atas ke bawahh hahahahaha. Tips elak pacat , pakai seluar panjang yang jenis ketat sikit tu ye. yg bawah kaki kecik.. Pastikan tiada ruang untuk pacat masuk dalam seluar korang hahahahahah...

Aqil? Budak tu mcam biasalah. Seronok mengalahkan tak pernah jumpa air. Apa yang aku dapat lihat aqil ni kalau bab2x macam ni dia lebih mcm bapak dia. Dia memang suka naik atas cuma nak turun tu .. kalau dia piwai ukhh jenuhh weiii... dak 40kg nak angkat turun bawah..korang rasa? tak yah rasa sangat lah.. bapak dia pun tak nak rasa semua tuuuu..heheheheh

Aku? Alhamdulillah semua di permudahkan.. aku seronok dan gembira. Aku happy.


CEKODOK LABU

Main masak-masak. Teringin nak buat cekodok labu. Ni namanye resepi ZT mudah simple senang hehehhe
Korang potong labu tu dan rebus

pastikan labu tu lembik dan korang pastikan labu hancur dalam air mendidih tu. Pastikan kan labu tu jadi pekat 

campurkan labu yang deh direbus tadi bersama tepung , garam dan gula . Korang agak-agak
sendiri lah rasanye yeee

lepas tu goreng dgn api yang kecik.

Ta daaa dah siappppp.. Jemput Makan yang kawan-kawan. Alhamdulillah..

TAMAN SAUJANA HIJAU PUTRAJAYA





Haa Next entry yg berada draf akak ok..Cite sebelum puasa hari tu akak dengan my bambam berJoging di Taman Saujana Hijau Putrajaya. Jangan tak percaya ok selama Taman Saujana Hijau itu diwujudkan ini lah pertama kali akak pi sana. Selalu dengar je orang duk cite tapi kali ni kita melangkah dengan gayanya pi sana( banyak kali sesat cari tempat ni). Taman Sauajan Hijau ni dekat presint 11. Aku lalu lah presint 11 sehingga penghujung presint 11 tapi aku masih tak jumpa. Ukhh disebabkan hati ni melonjak2x gedik nak pi juga akak gagahkan diri juga cari tempat ni. Akhirnya jumpa juga. Rupanya tak susah pun. Tredmark Taman Saujana Hijau ni betul-betul sebelah Balai Polis Presint 11 je ok. Sebelah jee. First Time sampai sini memang tak kecewakan. Tempat dia memang cantik sangat. Rasa tenang je melihat kehijauan disini. Tak sia2x aku aku selaku org putrajaya sesat cari tempat ni. Memang Puas hati sangat. Kalau rasa nak ambil kawin weding pun cantik, ambil gambar family pun cantik, nak naik basikal pun best, nak beristirehat pun seronok .. pendek kata tempat ni best lah. Kalau 10 markah tu aku bagi 8 dan yang kurang tu sebab dah nak magrib tu nyamuk BANYKKKKK










03 Februari 2017

BILA MANUSIA TAK RETI NAK BERUBAH

Ko diberi pilihan menjaga hati

1- org yg sentiasa bersama dgn ko time susah dan senang

2- Org yg hadir untuk ketawa sahaja bersama ko

3 - Org yg hadir On Off - On Off time ko susah dan senang..

Siapa yg ko pilih?kenapa ko pilih yg selalu hadir utk ketawa sahaja bersama ko? Knp? Sebab ketawa tu seronok.. ketawa tu boleh buat ko happy walaupun ko byk kali dh terkena.. wake up lah... tolong sedar... hidup ini HANYA PINJAMAN.... 

13 Jun 2016

BUKIT SAGA AMPANG





Tempat  :  Bukit Saga Ampang
Tarikh   : 2 Mei 2016
Masa   :  8.30am 10.30




Kita main daki-daki lagi hari ni. Ukhh main2x ye zura... macam badan tu kuat sangat. Ingat kan hari ni nak cuti n rehat dkt rumah tpi bila dapat msg tergedik nak pi sana pulak. Pada mulanya en.suami tak bg pi dia kata tak ada perempuan.. entah macam mana tiba2x  ada lak yg join.. dengan muka kucing gatai aku pandang en.suami dan dia benarkan aku pi.. hebat juga peranan muka kucing gatai nii..hihihihih

BUKIT SAGA? Nak mendaki bukit saga ni banyak cabang. Masa naik aku ikut seksyen A. Ikut tangga. Korang tak yah pikir tangga tu mcam naik 2 -3 langkah je ... tangga ni bukan sebarang tangga .. tangga ni main emosi betul. Aku ni memang lemah tangga ni.. Gatai kan . Aku bygkan Bukit Saga ni mcam waterfall sg.lopo tp jangkaan aku silap. Nak naik nak mendaki rasanya lebih hebat dari bukit wawasan tu. En.Suami pun hampir give up. Rasa macam dalam cite katun lak turun naik bukit.. serius lah memang mencabar sungguh. Pada korang yg hebat memang tak rasa apa2x... tapi bg aku yg lomah ni cukup cukup mencabar hahahhah... masa balik pun banyak jalan ok. Kalau korang confius baik tanya orang .. kalau tak korang akan turun tembus tempat lainn.. jangan main2x dik  non. Ni hutan bkn sebarang hutan.. ni hutan bercabang punya. Masa nak balik tu . Rasa bahagia je bila turun.. dh sampai separuh jln tau2x sesat. Salah jln. Jalan kami pi tu nak turun ke Hulu Langat. Gagahkan diri panjat balik naik atas. Naik atas tu faham2x jelahhh .. Korang rasa ? aghhh hahhaahha... penat weii .. Teruskan kan perjalanan ada simpang lagi. Kami masuk simpang jln2x dpn sikit tiba2x rasa cam nak hujan. Berhenti tgh2x tu tiba ada org menjerit dr puncak menara tanya \
' u olang mau pergi mana?'
 'kami mau balik ampang lah bos'
' Itu jln pergi hartamas..bkn ampang..lu olang patah balik ..'

Ha? salah jln lagi? tapi syukur sangat Allah nak membantu. Kalau kami tak stop tengok langit masa tu dan apek2x tu tak nampak kami rasanya dah sampai ke hartamas dah ... aku ckp ngan adik ipar aku..
' kalau sampai kl tak kira kak zura tak nak daki dah korang ambil kak zura dkt sini jee 'heheheh
Itu semua pengalaman sebenarnya. Pengalaman yang seronok. Mengajar kita lebih bersabar, tenang dan relex menghadapi setuasi...

Aqil ? Nasib tak bawak budak ni .. kalau tak nyaya jeee... hehehhe