31 Januari 2011

ict shah alam

hari tu aku jln2 ngan hubby n aqil.. saje nak tengok ict shah alam... n ini lah hasilnya


27 Januari 2011

LANGKAH PERTAMA

Pada 24/1/2011 akhirnya aku nekad isi borang tukar. Setelah aku bertanya kat hubby aku n dia pun bagi pandangan, aku terus isi borang tukar dan jumpa my bos Pn.K ... pada mulanya dia memang keberatan nak lepas kan aku krn kerja aku masih banyak n semakin bertambah banyak.. Akhirnya hari ini dia jumpa aku n serahkan borang permohonan aku .. dia kata kalau di ikutkan hati memang dia tak bagi aku pi tapi dia terpaksa lepaskan juga.. sedih juga aku rasa... walau bagaimana pun aku tetap dgn keputusan aku... aku tak akan pandang belakang. Aku nak jumpa big bos pulak.. lulus atau tidak kena tunggguuuuuuuu....

aku mintak tukar unit

1. bhg kaunseling
2. bhg sukan
3. bhg ko-kurikulum.....

kenapa aku tukar ? jgn di tanya krn aku ada jawapan tersendiri yang pasti hanya aku , n aku sahaja yang tahu..................

04 Januari 2011

SELAMAT TAHUN BARU

selamat tahun baru... ukhukh aku terlewat pulak nak wish..heheheh. Nampaknya blog aku ni dh ada org duk intai-intai.. so kalau yg bukak blog aku ni n ada terasa dgn kata-kata penulisan aku mintak maaf lah kerana apa yg aku tulis lahir dari hati kecilku.. suka atau tidak terpulang la pada korang..aku tulis ikut suka hati je hahahahh ( dlm gelak jahat). lepas ni aku nak rajin kan lagi diri aku untuk menulis dalam blog.. INSYAALLAH.. Azam aku tahun ni ?

1. AKU NAK TAMBAH ZURIAT - INSYAALLAH KALAU DI IZINKAN
2. AKU NAK MAJUKAN DIRI
3. AKU NAK SIMPAN DUIT SEBERAPA YG DAPAT ( kira tak nak membazir sangat la ni )
4. AKU NAK JADI ISTERI YANG SOLEHAH/TAK KUAT MELAWAN/DGR KATA
5. AKU NAK SERLALU TERSENYUM
6. AKU NAK JADI PEKERJA BERDIDIKASI
7. AKU NAK JADI ANAK YANG BAIK
8. AKU NAK JADI IBU YANG BAIK/PANDAI
9. AKU NAK KURUS
10. DAN YANG PASTI AKU NAK TAMBAHKAN ILMU AKHIRAT DLM DIRI INI...