13 Jun 2016

BUKIT SAGA AMPANG





Tempat  :  Bukit Saga Ampang
Tarikh   : 2 Mei 2016
Masa   :  8.30am 10.30




Kita main daki-daki lagi hari ni. Ukhh main2x ye zura... macam badan tu kuat sangat. Ingat kan hari ni nak cuti n rehat dkt rumah tpi bila dapat msg tergedik nak pi sana pulak. Pada mulanya en.suami tak bg pi dia kata tak ada perempuan.. entah macam mana tiba2x  ada lak yg join.. dengan muka kucing gatai aku pandang en.suami dan dia benarkan aku pi.. hebat juga peranan muka kucing gatai nii..hihihihih

BUKIT SAGA? Nak mendaki bukit saga ni banyak cabang. Masa naik aku ikut seksyen A. Ikut tangga. Korang tak yah pikir tangga tu mcam naik 2 -3 langkah je ... tangga ni bukan sebarang tangga .. tangga ni main emosi betul. Aku ni memang lemah tangga ni.. Gatai kan . Aku bygkan Bukit Saga ni mcam waterfall sg.lopo tp jangkaan aku silap. Nak naik nak mendaki rasanya lebih hebat dari bukit wawasan tu. En.Suami pun hampir give up. Rasa macam dalam cite katun lak turun naik bukit.. serius lah memang mencabar sungguh. Pada korang yg hebat memang tak rasa apa2x... tapi bg aku yg lomah ni cukup cukup mencabar hahahhah... masa balik pun banyak jalan ok. Kalau korang confius baik tanya orang .. kalau tak korang akan turun tembus tempat lainn.. jangan main2x dik  non. Ni hutan bkn sebarang hutan.. ni hutan bercabang punya. Masa nak balik tu . Rasa bahagia je bila turun.. dh sampai separuh jln tau2x sesat. Salah jln. Jalan kami pi tu nak turun ke Hulu Langat. Gagahkan diri panjat balik naik atas. Naik atas tu faham2x jelahhh .. Korang rasa ? aghhh hahhaahha... penat weii .. Teruskan kan perjalanan ada simpang lagi. Kami masuk simpang jln2x dpn sikit tiba2x rasa cam nak hujan. Berhenti tgh2x tu tiba ada org menjerit dr puncak menara tanya \
' u olang mau pergi mana?'
 'kami mau balik ampang lah bos'
' Itu jln pergi hartamas..bkn ampang..lu olang patah balik ..'

Ha? salah jln lagi? tapi syukur sangat Allah nak membantu. Kalau kami tak stop tengok langit masa tu dan apek2x tu tak nampak kami rasanya dah sampai ke hartamas dah ... aku ckp ngan adik ipar aku..
' kalau sampai kl tak kira kak zura tak nak daki dah korang ambil kak zura dkt sini jee 'heheheh
Itu semua pengalaman sebenarnya. Pengalaman yang seronok. Mengajar kita lebih bersabar, tenang dan relex menghadapi setuasi...

Aqil ? Nasib tak bawak budak ni .. kalau tak nyaya jeee... hehehhe





















BERKELAH MARAN






Hehehee baru nak Up Date yee.. tak pelah meh layan gambar dan cerita aku. Pada 7.5.2016-8.5.2016 aku join group Darkwater Hiking ke Waterfall Berkelah, Maran. Perjalanan dari puhong ke berkelah mengambil masa hampir 3 jam. Kami bertolak  dalam Jam 1.00am dan sampai dalam Jam 5am. Nak ke Air Terjun tu macam biasalah kena naik 4x4 fowel atau lori. Sampai dekat tapak permulaan tu pun dah Cerah. Perjalanan dimulai dangan Bismillah. Sebelum masuk hutan baca lah doa dan niat lah buat benda yang baik-baik je ok, Kali ni perjalanan aku hanya ditemani en.suami dan rakan2x. Aqil tak ikut sebab en.suami kata perjalanan nak naik atas tu bahaya. Orang kata Waterfall berke



















10 Jun 2016

SELAMAT BERPUASA

Assalamualaikum

Selamat Berpuasa kepada semua.... semoga bulan mulia ini hidup kita lebih sempurna

** ni namanya orang pemalas.. 

05 Mei 2016

Taman Wawasan @Bukit Puchong @ Bukit Ayer Hitam , UPM


Tarikh                     :   28 Februari 2015
Tempat                   : Taman Wawasan @Bukit Puchong @ Bukit Ayer Hitam , UPM
Masa                      :  8.00am ( Bagpack) je
Ahli Skuad Hutan  :  20 org



Last n teraakhir aku pi main panjat2x rasanya masa umur aqil 4 tahun 2012. La ni sekali lagi mengatai ikut en.suami. Semput.Penat seronok dan macam-macam lagi lah perasaaan yg mencul. Tak tahu macam mana nak gambar kan .. tengok gambar je lah yeee ...



















NAK PERGI TAK NAK PERGI..




Doktor  :  u tak sayang diri u ke?

Aku      :  Sayang doktorrrrr -sengehh

Doktor  : Kalau sayang i suggest 1 bln ni u stop everyting aktiviti u.. u kena ingat u sakit tak ada sapa akan duduk 24hour teman u zura.. anak u sapa nak jaga?

Aku : ( Amboiii doktor nii .. nasihat ngalahkan abg2x aku.. membebal cam mak aku ..hehehheeh )

Doktor  :  ingat .. kalau u still degil juga jgn ckp i tak bagi tahu n nasihat u. u ambil ubat dulu buat masa ni .. next week u dtg buat xray ...

Aku :  ialah doktorrr ...

Pening lahh .. minggu ni nak naik pi BERKELAH .. nak pi camping.. duit dah bayar .. hati ada dkt sana dah. tup2x doktor buat stetment aku kena rehat... ko RASA?




16 April 2016

CMRCAP -KRONOLOGI

Kronologi

Biar beribu kali ko ungkap, biar seribu orang nasihat, aku tetap nekad, tinggalkn semua ini tinggalkan kau itu adalah pilihan terbaik. Bertahun ku cuba membaiki hubungan ini , aku sanggup jadi hamba dia, meletakkan diri ku hanya dibawah kakimu, meninggalkan kerjaya hanya menggejar cintamu yang bodoh itu. Aku ingatkan pengorbanan aku dia akan hargai dan cinta yg aku agungkan berkekalan tapi sayang ialah siapa aku hendak menindakan kuasa Ilahi. Semuanya sudah tertulis. Mungkin aku bukan isteri yang sempurna di mata dia sehingga dia sanggup menjual cinta dan kasih sayang aku. Sakitnya masih terasa. Lukanya masih pedih. Semuanya masih jelas. Jenap usia perkahwinan kami 5 tahun. Semuanya menjadi sejarah hitam dalam hidup aku.

'CINTA MANUSIA ADALAH RACUN CINTA ALLAH ADALAH PENAWAR'
Sambung BAB 1

NUKILAN & HAK MILIK: ZT@CEKODOK GEBU

12 April 2016

WATERFALL JERANGKANG MARAN PAHANG






Assalamualaikum.. Hari ini dengan rasminya aku bukak balik Blog aku setelah sekian lama aku tutup dari pandangan semua orang yang cuba merosakkan minda dan fikiran aku. Manusia yang cuba meletakkan aku dalam dunia ketakutan. Manusia yang cuba membawa aku dalam dunia dia ... dunia dia yang entah apa2x tah. Hari ni aku sedar .. sampai bila aku perlu takut dengan benda yang aku sendiri TAK PERNAH BUAT..Tak pe aku sentiasa doakan insan yang mempunyai niat buruk dekat aku hidup dia akan sentiasa tenang, semoga Allah bagi pelindungan dan ketenangan dekat dia dan dia tak perlu ganggu hidup aku .. Tapi jika Dia masih berniat buruk dekat aku .. tak pe lah #akuadaALLAH. Andai suatu hari nanti ada perkara tak diingini berlaku dekat aku itu bukan sebab hebatnya dia tapi sebab ALLAH yang ingin kan perkara itu berlaku. 

Alamak terlebih luah perasaan pulak. OK sejak dua menjak en.suami aku rajin sangat pi hiking ni tak banyak sikit aku ada juga folow dia. Sebenarnya aku ni bkn lah rajin sangat pun ..memang lah aku suka benda2x ni semua .. Hiking , Camping , Shopping.. Jalan2x tapi sejak usia dah meningkat ni aku lebih suka habiskan masa dengan family. Masalahnya En.suami sekarang tgh gila dok hiking. Bila dia sibuk dh tentu masa dgn aku dan anak kurang. Ukh kadang2x tu sakit juga hati . Tapi bila di fikirkan balik .. biarlah dah tu minat dia. Bak kata dia ni semua mcm roda ... ia berputar. Nanti hilang minat dia ahgg masa tu dia back balik yg asal. Tapi nak tunggu roda berputar ke bawah tu tak tahu bila.. 

Nak jadikan cite.. setelah 2 3 kali en.suami ajak kali ni aku join lah. Pengalaman memang best . Cuma bila join dgn budak2x ni tiba2x dah terasa Tua pulak... alahaiiii... heheheheh. Diorang ni masih muda2x belia lagi. Tapi dak2x ni ok .. walaupun ada yg baru aku kenal tapi mereka semua ok. OK sangat. Tu yg bestnya. 
Pengalaman ke Air Terjun Jerangkang ni menarik . Dia sebenarnya banyak tingkat . Aku ada 7 tingkat. Tapi kami duk camping dkt Ting 1 je.   Kalau ting 1 pun dah best ni pulak tingkat yg lain kan. Untuk yg bawak anak kecik aku rasa baik korang lepak dkt ting 1 sahaja. Itu pun dah best ok . Tapi yang masih nak naik bertingkat tingkat tu No Problem.. Pandai2x jaga diri lah yeee....

TEMPAT : JERANGKANG WATERFALL MARAN
TARIKH : 9-10 APRIL 2016
BAJET    : RM30 ( FOWEL ) RM30 ( MKN )
** Minyak ikut jenis kenderaan korang dan TOL




1. Kami gerak dari puchong dalam Jam 1.00pg. Sampai maran dalam kul 6.00am. Fowel dah tunggu dan kami terus gerak ke Jerangkang. Pengalaman naik 4-wel memang best. Korang bygkn dkt belakang tu 14 orang duduk. Dengan jalan dia yg cukup mencabar..memang sakit punggong lah korang. hehehehehe.... Perjalanan nak sampai Jerangkang tu ada dalam 45 minit. Mungkin Orang tu bawak laju kot heheheh . Dan Kami mendaki ke air terjun ada dalam 10 minit ( rasanya tk sampai 10 minit) . Sampai terus pasang khemah, Fly dan sebagainya. 


2. Dah kemas2x tu tak lama lpas tu mulakan operasi masak memasak. Walaupun Duk dalam Hutan makan itu penting OK...  Masa ni kerjasama amat penting . Tanpa kerjasama tak makan lah kita ..dan cam aku cakap tadi adik2x ni semua sporting dan ok . 

 Sesi bergambar tu mesti ada. TEngok aqil tu .. serius aku yg seriua tgk dia duk kat batu tu. Dia sibuk nak terjun .. ukhh anak bapakkkkk .  Di sini kita dapat melihat keindahan sebenar alam semula jadi yg begitu cantih dan nutral. 

4.  Ni gambar sebelum membasahkan diri. Aqil cam biasa dok tengok air.. ohh airrrr

Kaum wanita ke dapur main masak2x dan kaum lelaki di sungai main air. Setelah selesai sesi msk2x kita sesi makan2x 
6. Waktu Petang. Lepas perut kenyang sambung main air .. Penat main air Sambung Tido.. Alahh sweet kan .. ( ukh  nasib kakak ko ni hokeyy jee )heheheh  Tu si Aqil pun sama 
7.  Ya ALLAH Bertapa indah nya ciptaan-MU . Button yg bulat2x tu kira cam ubat nyamuk tau. Lekat dekat baju je. Tu aku beli dkt farmasi. 

Hari Ke2 . Kami dah  nak balik. Kami habiskan masa2x yang ada menikmati keindahan 




Gambar aku ngan en.suami mesti up sikit kannn hehehehe 
   

Gambar aku dari atas. Aku gagahkan diri panjat atas ni ok . 
Kami dah nak balik 


Keindahan yang tak mungkin dilupakan





Kami dah nak balik . Singgah Temerloh Makan ikan Patin.