30 Mei 2012

TRIP VIETNAM - episod 4

ok lah semalam hari pertama dah berhabis bershoping kan .. dan hari ni masuk hari kedua 18.5.2012 . Hari kedua penuh dengan aktiviti lawatan. Jadual memang pad gila. Tapi seronok sangat.

Pagi 8.30 kami bertolak ke Cuchi Tunnel. Perjalanan dia dalam 2 jam pergi dan 2 jambalik dari hotel. memang kematu lah duduk lama2x hehehe. Jadi untuk tidak membuang masa aku isi masa dalam Bas dengan zzzzzzzzzzzz ( tido dahh ) . turun je dari bas diorg kasi huluq pamplet ni.
Perjalanan ikut bawah terowong.

Ali bagi keterangan bagaimana org vietnam ni menyelamatkan diri dari tertera Amerika.

SURPRISE KALI KE 2 MY BESDAY 30thn

Benda yang tak disangka... tak sangka pulak en.suamiku buat surprise party utk aku. Walaupun simple tapi aku terharu sungguh. En.suami buat dekat puchong. pada mulanya dia kata nak ambil barang kat puchong n lepas tu kita pi mkn. Aku ni ngan selekehnye... ikut jelahh..Turun dari keta aku disambut dgn semburan dan bunga api ( cewaaahhh ) . Masuk je rumah terus kek sampai dpn mata. Ya Allah terharunya... akhirnya menagis juga aku tadi heheheh.. tapi sekejap je lahh.. selesai sesi potong kek dan bergambar...kami terus  makan. En.Suami belanja KFC.  TErima kasih berbanyak kepada mereka yg susah 2x je buat semua ni.. dan kepada sponser2x sekalian... terima kasihhhh.. sayang u all lahh

kek aiskrim yg sedap - tq adik zarol bulat heheh
ukhh terharunyaaaa -- 30thn ada lagi sesi potong kek
MY famly - Ibu Sayang sangat kat u all berdua -
TQ En. Suami ... 




p/s : Tq Kepada semua yang terlibat secara langsung ATAU tidak... jasa korang amat saya hargai ....sayang u all .. nak  tengok gambar.. dkt muka buku lebih banyak hehhe



29 Mei 2012

SURPRISE ...TQ MY FREND

Sabor je lahh ... tadi lepas lunch aku telah di surprisekan oleh kawan2x opis aku .. Ya Allah .. punya lahh terharu.. tapi cover sikit lahh..hehehe.. Tq lahh kawan2x ku sekalian yg terlibat.. tak tahu nak cakap apa.... jom layan sikit gambar yg ada ni ..

masuk je lampu tutup..aku dh syak ..
Potong kek... Alhamdulillah..30 thn dah aku :)
Akhirnya.. aku bermandikan salji ( kertas yg telah di shredder )
Redha kan je lahhh ... ukkkkhhh
Tak peee... senyummmmm :p

PERANCANG : EYNA DAN MAS
BERSUBAHAT : CHA ,K.LINA,AYU,K.YATI DAN HANA
PEMUSNAH : AJIM , WAN DAN TAUFIK
keseluruhan :  Aku Suka .. :)  tq sekali lagi


HAPPY BESDAY TO ME

Allah selamat kan kamu ...
Allah selamat kan kamu ..
Allah selamatkan Nor Azura Tamin
Allah selamatkan kan kamu......


 **  semoga bila umur aku masuk 30 tahun ni banyak perubahan lebih kepada kebaikan.. doa-doakan aku ye kawan...  Alhamdulillah.. sehingga kini umur aku mencecah 30 tahun aku masih berdiri utuh disini... Terima kasih mak.. sebab lahir kan saya ..

28 Mei 2012

TRIP VIETNAM - episod 3

EPISOD 3 menyusul.. ni kena ingat betul2x apa yg berlaku ni.. biasalah dah lama ..takut lupa n slaah bagi info heheheh nasib ambil gambar. so layan gambar laa yeeee

Ni antara baju orang vietnam yg popular.. macam comsam pun ada kan heheheh.. suka sangat tapi tak beli sebab ....   :p
Kak yati tengah balek baju tradisional orang vietnam. Aku ambil satu. tapi warna Pink. Aku syorkan korang kalau nak beli beli dekat jualan Sungai Mekong tu.. dekat situ lagi murah dari pasar ni. Aku beli dapat dalam 18 dolor je..
antara kain cotton yang dijual ... kalau korang cari kain cotton ni pi beli dekat aunty kedai hujung sekali. masuk je dari pintu dpn korang jln terus je. Kedai dia antara selekoh. Buruk je n kecik. Tapi harga dia lagi murah dari kedai lain. aku dah sevey.kalau korang beli banyak dapat lah kurang 1dollar.
antara kain 2x yang ada kat situ. kalau yg suka tu leh terus tempah dkt situ. Tapi kalau yg badan sedang2 tu setakat jubah tak yah tempah kot.. baik korang beli siap. Sama kain ..sama corak dan murah lagi. tapi terpulang lah .. aku cadangkan je heheh
Tada.. ni hasil kami hari pertama waktu siang...
waktu makan malam dalam jam 6.30 ptg. Pihak travel bawa makan kat restoran halal Lion city. makan dia boleh lahhh
Ni lah Night Market yg popular tu.Pasar ni dekat pasar benten. harga telekung n Sutera vietnam aku rasa murah sikit dari Bent then tu..
Ni lahh hasil tangan diorg... kalau korang nak beli tuk kawan2x ..kira Souvenir tuk kawan boleh lahh .. tAPI aku spt biasa syorkan korang beli dkt aunty yg jual tepi jalan tu.. selalunya diorg akan dtg dekat tepi hotel kalau tengok ada pelancong. Serius aku ckp beli dgn diorg lagi murah .. RM50 dapat banyak. Tapi korang kalau guna dong atau dollar korang kira balik tau.. sebab diorg ni suka auta. Aku dah kena.. beli bag kata 9 RM50 tapi bila aku nak bayar dong aku kena 400000 dong = rm62.00 ... ukhh nasib aku dok convert balik... kalau tak tak pasal aku bayar mahal :)
TADA... NI hasil waktu malam hari pertama. Gila kan .. hari pertama dah banyak beli. Hari kedua call En.Suami mintak DUIT EHSAN NAK SHOPPING  lagi 3 hari haheheheeh


p/s : moral the story... belanja jgn ikut nafsu :p  ...

25 Mei 2012

TRIP VIETNAM - episod 2

Alang2x kerajinan menguasai diri ..meh lah aku sambung berapa banyak episod trip ke vietnam ni .....hehehe.. mesti korang bosan kan .. siap ada episod lagi.. :p .. Info yang penting perlu korang tahu.. waktu vietnam lewat sejam dari malaysia. . Jadi aku sampai ke vietnam dalam jam 11.00 pg. Terus naik bilik. ...dalam jam 12.00tgh kami turun n berkumpul dkt loby. Nak pi makan ... Laporrrr

Lunch pertama aku n the geng di vietnam - Sri Penang -- entah lah aku tak leh masuk lah makanan dia ukhh

Kami dah kenyang...erkkk alhamdulilah. banyak senyum..hati senang ..perut kenyang :p

Ni lah antara butik yg popular tu kat sana.. aku tak beli apa2x pun.. harga dia ok juga..
Antara baju yg ada  kat butik Hong Anh.. Harga pun ok.. bwh RM100

Ni lah pasar Ben Then yg popular tu. Selesai je jln kat butik Hong Anh tu kami pergi kat sini pulak. Disini lah bermulanya duit aku habis  hahahahaha
Antara barang yg ada dalam Market tu ... cite banyak tarak... kita sambung episod 3


24 Mei 2012

TRIP VIETNAM - episod 1

Assalamualaikum u all.. dah 4 hari aku sampai malaysia tapi lum tulis apa2x lagi pasal vietnam ni... hehe bukannye apa.. kekangan masa dan kemalasan menghantui diri aku ... oklah. Trip ke vietnam ni sebenarnya bersama MESCA KPM. Aku ngan my freands bersepakat nak ikut trip tu.


17.5.2012 - aku baru sampai airport  KLIA  dlm kul 7.00 pg.flight kul 9.00 ... disebab kan aku datang awal aku ngan my prend pi mkn dulu kat MD KLIA. Alas perut dulu
BF aku di KLIA - sodap rasanyaaaaa
ngan member aku .. kami bf dulu sebelum nak berangkat ke vietnam..

dah cheak in .. firstime nak pi luar negara ni -- ewaaahhh :p
antara wakil2x kaki jalan hahahah
kat atas kapal .. mkn roti bom ngan ayam kari ayam


ni rombongan aku.. semua nya RM1650 All In.. maybe korang kata mahal kan.. aku rasa kalau korang dah pernah pergi baik pergi sendiri .. rasanya kos dia murah sikit kot..

ni lahh hotel aku nginap.. hotel Ha Hien .. Memang bersih dan cantik. 3 Star

SIAPA AKU...

U aLL .. how are u ? alamakk termakan keju cap lembu pulak hehhe .. SAJE JE BUAT STATMENT CAM NI. Ialah ada orang tegur aku.. dia kata aku ni kepala angin ...ada masa dia faham ada masa dia tak faham.. ialah kan aku cakap aku ni moody... tapi sebaik mungkin aku cuba control emo aku  ni.. jom.. kenali siapa aku ni heheh ( ewwaahh )

aku lahir 29.5.1982

Rahsia Bulan Kelahiran – Kajian Dato’ Dr Fadzilah Kamsah

MEI
  • Keras hati & tegas.
  • Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Mudah marah apabila tidak dikawal.
  • Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
  • Perasaan yang amat mendalam.
  • Cantik dari segi mental & fizikal.
  • Tidak perlu dimotivasikan.
  • Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
  • Mudah dipujuk.
  • Bersikap sistematik (otak kiri).
  • Suka berangan.
  • Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
  • Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
  • Daya khayalan yang tinggi.
  • Permikiran yang tajam.
  • Pandai berdebat.
  • Fizikal yang baik.
  • Kelemahan sistem pernafasan.
  • Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
  • Tidak berapa suka duduk di rumah.
  • Tidak boleh duduk diam.
  • Tidak punya ramai anak. ( kalau boleh nak anak ramai .. ukhh )
  • Rajin dan bersemangat tinggi.
  • Agak boros

Lahir  29Hb
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang.
- Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda.
 - Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan.
- Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan.
- Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda.
 - Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan.
 - Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga.
- Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

WARNA KEJEMARAN BIRU ( utk wanita ) 
Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka
berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas. 


WARNA KEGEMARAN UNGU ( utk wanita )
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif,
bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap



Warna Biru ( utk umum )
Jika kamu menyukai warna biru, kamu tergolong sebagai pemurung dan selalu bertindak pasif dalam banyak hal. Mendambakan ketenangan dan ketenteraman. Kamu selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan. Begitu juga dalam bercinta kerana kamu cenderung menyembunyikan perasaan.

OK .. itu serba sedikit pasal aku.. ada yang sama ada yang tidak.. ni semua dari manusia.. so jangan lah percaya sangat.. cuma kalau ada pun ia kebetulan..  so lepas ni korang tahu lahh serba sedikit perangai aku kan.. RENUNG-RENUNGKANNN HEHEH

 

16 Mei 2012

BYE-BYE PN.NOREHAN

16.5.2012 ni hari akhir pn.an dan aku bekerja sama. Ialah dia dah dapat pindahh.. ikut suami tercinta.. ewaaahh ...emm sebenarnya aku nak cite sikit perasaan aku. Ialah pada mulanya aku cam tak kisah tapi makin dekat dia nak blah aku rasa makin sedih pulak.. serius... aku memang sedih... ialah bukan senang nak dapat BOS baik macam dia.. ialah dia bos yg senang nak bercakap. kalau nak keluar pun senang sain kad aku hahahaha ... secara keseluruhannya ... aku memang senang keje ngan bos aku tu.. wat ever pun Semoga pn.an seronok lah keje kt tempat baru yeeee

15 Mei 2012

PREPARATION KE VIETNAM

Tinggal satu hari lagi nak pi Ho Chi Minh  Vietnam. Hari ni nak siapkan semua lahh.. sebab esok balik keje dah terus nak balik mantin hantar Aqil. Lusa aku nak bertolak. Friday En.Suamiku kena pi kursus kat Teluk Batik. Ok .. aku nak bagi tahu sikit apa yg aku bawa dkt sana nanti

1. Pasport
2. Baju .. Emm memandang kan aku nak pi sana 4 hari 3 mlm  so aku bawa hanya 4 helai baju, 2 helai seluar ( utk siang ) dan mlm 1 seluar n satu baju ( kalau tak cukup beli sana je lahh heheh )
3. Air Mineral 1.5ml.. aku nak cuba seludup masuk kargo .. lepas ke tidak insyaallah nanti aku infom..
4.  Losyen / sunblock ( kat sana musim cuaca panasss )
5. Biskut Oat Cookies dan maggi cup ( 2 )  ( takut lapor  heheh )
6. Roti dan jem ( alasan sama spt di atas )
7. Kalkulator ( utk kira2x atau proses nk mintak kurang nanti )
8. Panadol... ( ialah persedian lebih awal )
9. Info2x yg telah aku tulis tentang vietnam ( lebih tepat pasal shopping di sana hahahah )
10. DUIT .... ( tak ada duit tak ada makna hahhaha )

p/s : Masa Aku tukar awal bulan MEI 2012 tu aku dpt 1 usd = rm3.06 dan  1,000000.00 dong = RM155 .  ( tapi mana info yg aku baca .. duit dong kena tukar duit usd kena tukar dan duit RM kena bawa .. di pendekkan cite org vietnam ni sapu semua duit hahahah )

12 Mei 2012

BATU API BAIK ATAU TIDAK

Assalamualaikm dan salam Sejahtera kepada mereka yg sudi jenguk blog aku ni. Hari ni aku nak cite sikit pasal perasaan dan sikap segelintir orang. MAAF JIKA ADA SESIAPA YG TERASA HATI. SEKALI LAGI AKU CKP NI BLOG AKU .. SO HAK AKU NAK TULIS APA.... YANG PENTING NI HANYA LUAHAN HATI KECIL AKU...

Amboi .. amaran tak beringat hehe... Ok lah Apa pendapat korang jika ada musuh dalam selimut? atau Gunting dalam Lipatan? atau depan kita muka n mulut Manis cam Gula 10kilo + madu tapi belakang kita hati dan mulut cam LONGKANG... ialah antara dia perasan atau tidak sikap dia tu boleh memutuskan salaitulrahim sesama umat dan memutuskan rezeki orang lain. Contoh yg aku nak sampai kan ni

Contoh .. Si Minah ( ketua ) marah mic ( org bawahan dia ) krn sikap mic yg suka bermain2x ... dan bila kena tegur si Mic ni menjawab... dan si minah ni marah lahh... dan mengeluarkan perkataan yg menyinggung perasaan  si mic ni.. dan dalam keadaan marah mic ni luahkan perasaan dkt laman sesawang cam tweeter. Dan tulisan Mic tu agak keras bunyinya...dan kebetulan kawan kpd mic dan si minah ni terbaca dan terus bercerita dekat si minah ni.. Maka dekat situ dah jadi perbalahan

1. Si minah ni mestilah marah krn org bawahan kutuk dia.. sedangkan dia hanya dengar cite drp si kwn dia.
2. kemungkinan si mic ni akan diambil tindakan dan dibuang kerja atau terus di musuhi oleh si minah ni
3. dan dkt sini sapa yg nak di salahkan? adakah si minah yang ckp sampai menyinggung perasaan mic , atau si Mic yang meluahkan perasaan nye di laman sosial dengan agak keras atau KAWAN YG DIANGGAp baik yg telah bercerita dkt minah tu pasal tulisan mic? So fikir - fikir kan lah.... (  lain kali tak perlu lah bercerita .. diam kan je lahh... cuba kita tengah marah .. dah tentu kita berada di landasan x separuh sedar )

p/s : Nampaknye lepas ni banyak lah nama yg aku kena remove ..utk mengelakkan BATU API MCM NI....

10 Mei 2012

MEI 2012

Assalamualaikum kpd semua yg membaca blog cekodok gebu ni.. ( ukhh ada ke pembaca? tapi tak ada pulak list prend aku ukhhukhh.. ) ok lahh pembaca2c halimunan sekalian bulan MEI ni adalah bulan Yg membuat kan aku happy .. tahu kenapa? krn tahun ni aku impian2x kcil aku semua dah jadi kenyataan ( insyaallah ) dengan IZIN-NYA.  

1. Impian tuk memilii rumah sebelum umur 30 thn dah tercapai ( bila mood aku dtg insyaallah aku akan tulis perjalann rumah kecil ku ni - proses nak beli lahh hehe )
2. Impian kecil untuk memiliki kamera - dah tercapai
3. Dan Insyaallah Bulan Mei ni genap umur aku 30 thn. dalam 30 thn ni apa yg aku dh buat? ( emmm banyak benda yg aku kena ubah lagi )

Semoga tahun ni tahun kegembiraan aku - Insyaallah - TERIMA KASIH YA ALLAH ....

01 Mei 2012

SELAMAT HARI PEKERJA

SELAMAT HARI PEKERJA KEPADA SEMUA YG BEKERJA DAN SURI RUMAH SEPENUH MASA.. ukhh jgn korang ingat org yg duk umah tak keje.. yg duduk rumah aku rasa lagi penat kot.. ialah nak kemas rumah lagi.. nak masak lagi.. nak jaga anak lagi.. nak jaga suami lagi .. ukhh banyak tu keje ... lepas ni kita wujudkan pulak hari rehat wanita sedunia.. maknanye semua wanita tak payah buat keje.. duk umah baca paper n tengok tv je.. sampai masa duk atas meja makan .. terus makan.. emm rasanya boleh ke kaum adam bertahan dalam tempoh 24 jam  tu hehehhe.. tak pun kita wat HARI KHAS SURI RUMAH... wahhh mesti best kan.. tapi rasanya lagi penat kot Kaum Hawa yang kat luar tu bekerja dan balik rumah terus wat keje rumah cam suri rumah sepenuh masa... LAGI KESIAN... oleh itu kepada semua mereka yg bekerja secara langsung atau tidak aku ucapkan SELAMAT HARI PEKERJA UNTUK KORANG SEMUA.....

p/s : tapi hari ni aku keje................ :p