31 Januari 2012

SIKAP DAN KELAKUAN ANAK SAMA MCM IBU

Malam ni aku nak cite perkara sedih. Kesian aqil. Akhirnya kesabaran aku sampai kemuncak. Tak pasal2x dia kena lepuk ngan aku.  .... Ya ALLAH .. zalim ke aku ni.. jahat ke aku ni... teruk ke aku ni. Kesian budak tu. dia baru 4 thn. Dia masih tak dapat bezakan mana yg baik mana yg buruk. Aku nak dia tahu apa yg dia buat tu salah... tak baik...Sebenarnya kalau di tengok perangai aqil macam perangai aku. Kenapa mak aku boleh sabar dengar kerenah aku tapi aku sendiri tak boleh terima perangai anak aku. Aqil seorg yg agak agresif. PERSAMAAN AQIL, IBU dan BABAH

AQIL

1. Cepat Terasa
2. Kuat sangat merempan
3. Cepat marah
4. Suka baling sesuatu untuk puas kan hati yg tengah marah
5. Suka bertindak di luar kawalan
6. Pandai memujuk
7. Marah tak lama
8. Suka tersenyum
9. Seorg yg teratur


IBU
1. Cepat Terasa
2. Kuat sangat merempan
3. Cepat marah
4. Suka baling sesuatu untuk puas kan hati yg tengah marah
5. Suka bertindak di luar kawalan
6. Pandai memujuk
7. Marah tak lama

BABAH
1. Suka Tersenyum
2. Suka cakap tak fikir hati org
3. Seorg yg mudah bertolak ansur
4. Penyabar ( tapi sejak aqil dh pandai bermain emosi nampak babah cepat marah )
5  Seorg yg teratur

Jadi keseluruhannya aqil memang banyak ikut perangai aku.. tapi aku kecik2x tak berani melawan kerana takut ngan mak.. kenapa dia tak ikut perangai aku tu pulak. ..Ya allah... semoga kau permudahkan lah kehidupan aku ni.

p/s : sebab apa aqil kena pukul tadi? dia marah dan cabut brodband kat laptop tu.. dengan aku demam .. emosi tak stabil entah macam mana aku boleh bertindak di luar kawalan ...mungkin dia pun terkejut tengok aku naik hantu sampai kan dia tak berani nak menagis kuat kuat. yg paling aku sebak bila dia menagis sambil panggil' babah dia' ... ibu mana yg sampai hati tengok anak macam tu.. lastly aku juga yg mengalah... pi buat susu dia n kami BERPELUKAN mintak maaf.. akhirnya dia tido dkt lengan aku... plz la aqil ... sejak 2 menjak ni emosi ibu tak stabill... tolong lah jgn buat perangai... ada masa... babah pun pening nak layan kerenah ibu ni....

IBU SAYANG SANGAT NGAN AQIL.. U ARE MY LOVE...

29 Januari 2012

KENALI AQIL ZULHILMI

 Salam. Hari ni terasa nak bubuh gambar2 aqil. Tak leh bubuh banyak sangat...hehehh...Jom layan aqil dari kecik hingga sekarang. IBU SAYANG SANGAT DGN AQIL. AQIL ADALAH SEBAHAGIAN DARI KEHIDUPAN IBU. KALAU AQIL TAK ADA IBU RASA HIDUP IBU TAK LENGKAP. SAYANG BANGAT AQIL.

 
Nama : MUHAMMAD AQIL ZULHIMI B ZULKEFLY
TARIKH LAHIR : 7 MAC 2008 ( JUMAAT- 7.30 PG )
BERAT : 4.55 KG

 
AQIL 5 HARI


AQIL 15 HARI
CUKUR JAMBUL AQIL  - MANTIN
LENA TIDUR ANAK IBU

LEPAS CUKUR JAMBUL IBU N BABAH BUAT KEPUTUSAN BOTAK KAN KEPALA AQIL. NAK BUANG RAMBUT DARI DALAM PERUT TU... TADAAA... BABAH DH BOTAK KAN KEPALA AQIL DHH

SAYA 6 BLN ... TENGAH MERANGKAK MASA NI

SAYA 10 BLN DHH... MANDI MANDA DI PD

SAYA MASUK HOSPITAL LAH. BADAN PANAS DAN TERUS KENA TARIK.. UKHH SEJUK SANGAT MASA NI SEBAB IBU KITA ASYIK TUAM KITA NGAN AIR SEJUK - DI HOSPITAL PUTRAJAYA

KAT HOTEL PANTAI CHENANG.. LANGKAWI

LIKE FATHER LIKE SON ... KAT LCCT

BESDAY SAYA 2 THN - PUCHONG

RAYA 2009 .. SAYA DH 2 TAHUN.. PINK COLOUR - RUMAH NENEK PUCHONG

MASUK SARJI TIPU-TIPU.. TAPI SEJUK GILA - ICT SHAH ALAM
SAYA DPN KLCC.. SAYA NAK BUAT BANGUNAN LEBIH CANGGIH DARI KLCC HEHE
SEKALI LAGI SAYA MASUK HOSPITAL. KENA CACAR DAN CHIKEN POP - HOSPITAL SERDANG
GAYA MANJA DARI SAYA.. 3 THN - TASKA SAYA D'SAYANG
SEKSA TAK PERUT SAYA - SG CONGKAK
BESDAY SAYA 3 THN --
DKT FRESEL HILL -

SAYA DH BESAR. 3thn++


27 Januari 2012

KPSL 2012

salam... u all .. weee sape yang rajin, nak  naik pangkat, nak gaji lebih , nak jadi bos kecik, nak ada printer sorang ( tak moh kongsi2x  hehe ) ,mehh kita pakat2x ambil exam KPSL -     PEPERIKSAAN KHAS UTK MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEG. TADBIR GRED N27 (KPSL) / N3-1 (PSL) .  Korang KLIK https://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/mohon/  ... Cepat tau. Tarikh tutup nak dekat ni. SEMOGA BERJAYA ...

p/s : exam ni...leh bawa buku masuk dewan... tapi korang tak sempat punya nak selak buku kalau masa tu baru nak baca hehehehe.. SEMOGA BERJAYA

25 Januari 2012

BUKIT BROGA - 23.1.2012

Salam. seperti aku cakap entri sebelum ni yg aku nk uplod gambar kat bukit broga kan ..jom layan.. tapi sebelum tu aku nak cite sikit lahh... pengalaman aku naik bukit broga tu memang seronok tapi sebabkan aku dah lama tak buat keje ala-ala gila tu aku memang terasa penat sangat.. sampai kat broga tu jam 4.00 pagi kami dh mula nak mendaki. Waktu gelap beb.. Serius aku cakap agak takut .. ngan mulut aqil asyik sebut hantu .. hhehe( lepas kena marah ngan aku baru budak tu diam sikit ) aku gagah kan juga lah daki tu. Rasanya nak dekat jam 5.15 baru sampai step 1.. dan rasanya aku sampai situ je lah. Tak larat la nak naik sampai step 4. serius mau turn 15kg rasanya. Tapi aku paling suka semangat aqil.. dia masih banyak lagi tenaga naik situ. kalau diikutkan dia nak naik sampai step 4 ... tapi bila aku tak nak naik dia mula lahh buat perangai je.. ukhh aku tak peduli.. duk step 1 pun best apa hehehe... jom layan gambar

mula mendaki jam 4.00 pg.. elak dari ramai org.. ukhh .. sampat kat step 1 jam 5.15 pg .... berapa kali kita org berhenti dah 

org dah semakin ramai

cantik view dia kan... alhamdulillah.. ciptaan ALLAH S.W.T .... .. masa ni dah jam 7.00 ++ pg

pasangan org batu hahahah

ibu dan anak.. batu bersurat hehehe
ukhh semakin ramai nak mendaki lagi... sampai ke level 4

mr.zul ngan aqil ...


taniah ... sampai juga kat bukit broga

view dari step satu bukit broga

yeee dah selamat turun ... lihat lah kami ..kotor nyee

lihat la dunia.. aku dh sampai dgn selamat...

hasil kasut kami selepas turun dari mendaki

bro ni lah dok azan dari atas... Muka ganas tapi solat tak tinggal...  i like.. dia  ni lahh lelaki yg dipanggil pemimpin terbilang ... ( ... )

P/S  :  Memang seronok.. aku tak naik sampai step 4 sebab aku tak larat sangat.. aku dapat naik sampai step 1 je ..itu pun aqil nak naik. Pada korang yg masih muda dan sihat .. pi lah naik... serius memang cantik dan best

PORT DIKSON - 22.01.2012

Salam. Aku pi trip sengkat dan simple .. ke port dikson. Pada mlm tu tujuan nya nak pi makan nasi lemak kat Kampung Baru lepas tu terus buat cadangan ke port dikson. Gila la... sampai port dikson jam 3.00 pagi.. hotel semua dh penuh. akhirnya kami tido dalam keta..

sebelum nak keluar umah... sempat nak pose ngan 'adik' dia dulu.. uhh nanti ada adik betul jgn tak terjaga pulak ye aqill
Sebab pergi PD tanpa perancangan dan semua hotel dah penuh akhirnya kami buat keputusan tido dalam keta..waktu dh jam 8.30 pagi

breakfirst pagi ni... sambal dia pedas gila heehhehe

ye... saya dapat lagi barang baru... ukhh budak bertuah ni

sebab mr.zul tak bawa baju terpaksalah dia beli baju kt PD.. kononnya nak mandi tapi tak jadi.. takut hitam katanya.. 'confius aku' hehehehe

view kat PD belakang umah rehat KWSP.. malas nak pi kat teluk kemang

aqil ngan pasir

aku ngan asil art aku ... hahahaha art la sangat .. nampak sangat aku ni tak kreatif kan :p


p/s : apa-apa pun .. kami semua seronok... nanti kan besok aku ke bukit broga pulak hehhehe

21 Januari 2012

TIPS KURANGKAN PERASAAN BENGANG


NI CONTOH JIKA KITA TENGAH BENGANG ATAU JIWA KACAU HEHEHEH... sekadar hiasan
SALAM. Ukhh ingatkan hari ni n esok nak rehat...malas nak nulis.. tapi atas permintaan kawan aku yg jiwanya tengah kacau n bengang aku bagi dia beberapa tips ni.. kalau berani ikut lahh

1. Pandang cermin sambil tersenyum lebar ( cam kerang busuk tu ) kalau lagi bagus wat memek muka

2. Cuba keluar rumah duk depan pintu pagar tu korang nyanyi kuat3x... nyanyi lagu negaraku pun ok

3. Pergi dapur ambil pisau.. ambil bawang dan telor lepas tu korang goreng.. lepas tu korang makan..

4. Cuba berborak ngan anak jiran ketua kampung sebelah umah dia.. sambil korang cite lah masalah korang tu

5. Duduk umah pasang tv lepas tu menjerit2x ..menagis.. gelak.. buat sekuat mana yg boleh.. buat depan kawan-kawan lagi ok.

6. Pergi kat almari baju korang .cuba ambil baju lain..seluar lain..( contoh baju warna hijau dan seluar warna kuning )  lepas tu pakai kasuk sebelah lain-lain ( lagi baik kalau sebelah kasut sebelah selipar jepun ) lepas tu korang lepak kat town

7.  Korang pergi laman sosial korang korang remove lah list frends korang ...lepas tu korang add balik... buat banyak kali.

8. Kalau korang suka menconteng apa kata korang jual hasil art korang tu kat town... dapat duit juga  ( kalau ada org nak beli lah hhehe )

9. Kalau korang bosan sangat apa kata korang telefon lah bomba ke,polis ke, korang ajak operator dia borak.. tak pun korang call je astro.. conform diorg layan korang walaupun korang maki diorg

10. Berbalik pada asaL... KORANG TIDO JELAHH... nanti bangun ok lah.. kalau tak ok juga korang tido balik.. kalau tak ok juga korang tidooooooooooooooooo je lahhhh hahahha

p/s  : ni sekadar tips aku... kalau nak ikut-ikut lahh kalau tak nak ikut tak payah lahh .. aku tak tanggung segala risiko atau masalah yg ditimbulkan oleh korang hehhehehehe.

TIPS BILA PUTUS CINTA

 Salam .. all ..
Gambar org tu aku lukis khas tuk dak zack ni.. ukhh berhenti jap wat keje.. wat benda lain.. sorry bos :p

Emm sejak 2 menjak ni aku suka bicara pasal cinta kan .. sebenarnya aku kesian tengok adik aku si ZACK tu .. frust menonggeng bila di tinggalkan kekasih. Alasan ex-dia famly tak restu (sebenarnya betul tindakan dia kerana restu famly penting) maybe sebab lain agama kan..Uhh dik uii kak zura ko pun pernah alami juga ( tapi kak zura yg mintak putus heeh ) .. perkara agama ni sensetif.. tak semua boleh terima. Dulu ...Famly aku tak boleh terima jadi kerana sayangkan famly aku buat keputusan tinggalkan dia. ..

TIPS UNTUK ZACK

1. Tutup mata sambil berbaring atas katil dan ingat memori indah dan hampeh korang bersama. Lepas tu menagislah sepuas-puasnya ( dengan menagis kita akan rasa lebih tenang dan redh ) cuba kalau tak percaya

2. Ambil pen dan kertas - Tulis 5 kebaikan dia dan 10 keburukan dia

3. Buat list nama org/perkara yg kita sayang - ( buat iklas dengan tenangkan hati )
   Contoh - 1. MAK
                  2. ABAH
                  3. FAMLY
                 4. MOTO
                 5. HP
                 6. EX-GIRL

4. Pandang cermin dan berkata ' ukhhh aku ni hensem.. mesti ada awek nak ngan aku lagi ( jgn risau .. insyaallah tak akan jadi bujang telajak )

5.  Cari awek lain dengan cepat sikit.. ( jgn biarkan hati tu kosong lama2x )

6. Jangan duduk sorang2x dalam bilik ( nanti jadi gila )

7.  Bila hati dah tenang sikit cuba call dia ... tanya baik2x kenapa perlu putuskan hubungan ini ( w'pun dh tahu tapi tanya juga dan di situ cara di jawab kita akan tahu sejauh mana selama ni dia sayang dkt kita ) - kalau dia jawab endah tak endah makna nye .. dia memang dh nekad TAK NAK KITA.

8.  Berfikir sambil senyum dan sambil sedut nafas dan lepas kan DAN TUTUP MATA ' cakap - ALHAMDULILLAH...

9. Suruh ex kita cari pasangan dia cepat sikit.. jadi bila kita tengok dia ada pasangan .. insyaallah kita akan redha....dan terus lupakan dia. ( selepas buat tips-tips kat atas ...jgn simpan lagi no tel dia dan barang2x yg boleh ingatkan kita pada dia.. anggaplah dia tak pernah wujud..dia hanya memori dlm ingatan dan hati kita. )

10. BACK kpd yg ASAL .. SEMUA TU KETENTUAN DARI-NYA ...

p/s :  Bila kita sayang ngan org tu sepenuh hati dan dia tinggalkan kita memang susah nak lupa.. lebih2x lagi dia org pertama yg kita sayang maut ( walaupun sebelum tu ada org lain ) ..tapi kita kena fikir.. insyaallah masa akan datang kita akan nampak apa kebaikan hubungan ini berakhir... TAPI KALAU DAH DITAKDIRKAN IA MILIK KITA... PERCAYALAH ... JODOH TAK KEMANA ... INGAT RESTU KELUARGA PENTING....
                

CRUISE TASIK PUTRAJAYA

SALAM... Jom semperna Hari Wilayah ni apa kata kita pi naik Cruise kat putrajaya.. Tadi aku dok gatai lah call diorg tanya ada promotion tak raya cina ni.. budak di sana jawab ' raya cina tak ade la.. Hari Wilayah ni ada ..
Rate dia RM30 - 50% ( utk maykad je tau ) ... wahh cam best je.. teringin nak naik.. ialah duk putrajaya dah begitu lama tapi tak pernah pun naik cruise.. bukan kata cruise naik sampan kat putrajaya pun tak pernah hehehe... kalau korang minat pi lahh kat link ni klik sini


20 Januari 2012

MONKEY LOVE

Salam. Hari ni aku nak berkongsi ngan korang CINTA MONYET atau ckp org omputeh Monkey LOVE .. Sebenarnya cinta monyet ni selalu di tujukan pada zaman kita sekolah dulu. Ialah Cinta budak2x. Elehh jgn korang kata korang tak pernah alamilah.. Semua org maybe pernah alami antara sedar atau tidak.

CINTA MONYET yg sedar bermaksud dia bercinta ngan si polan ni dan si polan ni bercinta ngan dia. Tapi tk tahan lama .. putus + frust = cari lain ..
* Teori kedua. CINTA MONYET tak sedar adalah dia mempunyai perasaan atau ckp org omputehnye in love lahh dlm diam.. tapi si polan ni tak tahu. Tapi perasaan tu cepat berubah...

Itu hanya pandangan aku.. jika korang ada pandangan yg lain , yg lebih bernas, lebih cerdik, lebih boleh diguna pakai oleh akal dan perasaan kita kongsi ye hehheh....
Tapi bagi aku cinta monyet ni kepada semua golongan termasuk yg dah tua.. jika mereka ni suka bertukar pasangan seperti NYET-NYET ...HAHAHahhHHAH


Ni lah cinta monyet... tak pernah satia.. suka tukar pasangan. Cuba korang tengok monyet2x tu. lepas satu dahan ke satu dahan dia lompat.. SO sesiapa yg suka tukar psangan dia seperti NYET-NYET dalam gambar di atas hahahahha....
Ni sekadar gambar tau .. awek cun ngan Nyet-nyet... hahahah dior ni bercinta ngan Manusia ..Bukan cinta ngan nyet2x.


P/S : Kepada insan-insan yg aku sayang... hargai lah cinta walaupun ia hanya cinta monyet... mana tahu suatu hari cinta monyet leh bertukar kuasa ke cinta sejati..

CINTA 1

Salam. Aku rasa nak tulis pasal cinta monyet,cinta sejati dan cinta kekal abadi. Bukannya apa baru2x ni ada lah salah seorg saudara terdekat aku ni putus cinta.. cian aku tengok dia. Mungkin dia frust kot.. bila aku tengok dia cam frust je baru aku faham..masih wujud dalam dunia ni LELAKI yg kecewa bila putus cinta. Aku ni bukan lah prajudis terhadap lelaki tapi kerana pengalaman aku jadi macam ni... Tapi itu dulu.. Sekarang aku happy sebab aku dah di pertemukan dgn lelaki yg sayang aku dgn seadanya iaitu ZULKEFLY BIN MOHD DRIS. Biarpun hidup kami sederhana n BAHAGIA.. opss terlebih puji lak hhehe

CINTA MONYET 1 Aku ni sebenarnya memang susah nak jatuh cinta.. kalau minat tu mungkin lah. Sebab aku suka tengok lelaki encem hehe...Budak PERTAMA AKU MINAT.. Nama dia JAMAL. Dia ni budak perak. Cam mana tah aku leh minat kat dia.. tapi jgn korang tak tahu.. aku minat dkt dia sesudah aku berpindah dari perak balik ke kajang ..kira dia tak tahu lah... 2. Masa aku darjah 6 ada lah sorang budak apek ni minat ngan aku.. ukhh tak ada sapa pun tahu..aku dapat tahu pun bila last day kt sekolah dia bg itu surat cinta dah hahahah..Kalau tak salah nama dia GAN...Pada tahun ni juga aku rapat ngan ABOY.. anak jiran makcik aku. Dia ni pemalu sangat.. nak mengurat pun segan2x..di sebab kan aku terdedah ngan ramai lelaki di sekeliling aku.. maka perwatakan aku ni kasar skit.. budak aboy tu selalu kena marah ngan aku..lepas tu aku tak jumpa dia lagi lepas dia pindah dahhh...Aku pun suka tengok muka budak Aboy ni .. manis je..

Ting 1.. Dalam diam buat pertama kali aku betul2x minat ngan sorang mamat ni. Tapi dia balak kawan aku. Pada mulanya aku tak de lah minat sangat tapi bila aku dapat tahu dia berkawan ngan kawan aku... tiba2x perasaan jeles tu datang, dan aku sedar yg aku mula syok kat dia. Aku ingat lagi nama dia .. Shahrol.. Budak shahrol ni sebenarnya kawan baik aku.. tu sebab aku tk luah kan perasaan aku.. sekali dia kata dia tak suka aku .. waaa lagi malu beb.. baik aku diam je.. Perasaan tu belanjutan sehingga aku ting 2..Aku rasa tak ada sapa yg tahu.. sebab aku ni suka simpan je perasaan tu... Dalam masa sama aku ada kawan ngan sorang mamat india ni.. dia budak taman aku. Aku tak lah minat sangat ngan dia sebab dia tunjukkan sangat dia gila kan aku ( perasan nak mampos aku ni hahah ) .. aku ni bukan suka lelaki yg terlalu obses dgn aku. Sebab aku tak pandai bercinta lah masa tu.. Masa aku ting 2 ni aku juga kenal ngan mamat ni .. nama dia farikie. Dia ni senior aku. Aku tak nafikan dia ni kategeri senior jadi rebutan.Aku rapat dgn dia ni masa kami sama2x pi camping. Tapi aku dgn dia tak boleh masuklah.. sebab dia perlukan AWEK YG TERlalu kewanitaan . Sedangkan aku masa tu gila2x. Akhirnya hubungan sengkat berakhir dkt situ je... Dulu sekali sekala ada juga terserempak ngan farikie ni tapi setakat senyum je lah,, Lagi satu dia ni ego sangat...

Aku ting 3 - 4 mcm2x jenis manusia aku jumpa.. malas lah nak tulis kat sini. Sampaikan ada org tu doa kan aku TAK AKAN BAHAGIA SEBAB MAINKAN PERASAAN DIA. DEMI ALLAH AKU TAK BERNIAT PUN NAK SAKIT KAN HATI SAPA2X PUN .. SEBENARNYA AKU NI TAK PANDAI BERCINTA mcm gadis seusia aku. AKu dah ckp jgn harap kan apa2x dari aku sebab aku tak bersedia untuk bercinta .. mUngkin aku menunggu seseorag.

Masa aku Ting 5... ada seorang mamat ni dengan berani nak couple ngan aku.. dia kata dia akan ajar aku CARA BERCINTA. Ukh cinta monyet aku tak panjang sebab aku rasa tak best lah dgn dia.. aku mintak break. Bertahan 3 bln je hhehehe... opss lupa ckp masa zaman tu aku selalu mkn free sebab ada brother kedai mkn thailand tu suka ngan aku ( sekali lagi perasan tan heheh ) ... Yg untung kawan2x aku sebab selalu mkn free.. budak kedai ttu lagi lah aku tak minat sebab aku rasa tua sangat n ckp romantik gila.. GELI DUHH... akhirnya dia mengalah n blahh... sebelum blah ttu siap ckp 'DIA PERGI SEBAB TAK LEH TENGOK AKU NGAN LELAKI LAIN'.. uhhhh tak boleh blah lah lu BRO ..

Di saat aku tengah ting tong.. nak ambil exam SPM .. buat pertama kalinya aku rasa happy bila mamat ni melamar aku jadi awek dia..Dari aku ting 2 aku dah kenal mamat ni tapi pantang berjumpa selallu bergaduh. Sampai kan tengok muka pun aku tak suka. Tapi dalam diam aku harapkan kehadiran dia.. Ku suka panggil dia SUPERMAN sebab dia pakai speak,tinggi n ala2x lurus sikit.. OPSS sebenarnya aku boleh cerita pasal lelaki lain tapi bila cerita pasal dia mesti aku rasa sedih n sebak. Sebab Kami putus di saat aku terlalu sayangkan dia. Kami putus di saat aku mula belaajar mencintai dia. AKU ngan mamat ni berkawan cam org lain. ada masa baik .. ada masa gaduh.. tapi pertengkaran paling besar ialah bila dia dpat tahu aku bermain kayu tiga. Mungkin silap aku. Bermain ngan api. Sejak dia daapat tahu aku selalu keluar ngan mamat kolej aku .. setiap petang dia akan tunggu aku kat dpn pintu kolej Turun tangga aku nampak lah muka dia ...opss mamt kolej yg aku rapat ni nama dia ANDRIAN.. dia budak baik tapi kami berlainan agama. DIa agama kristian. Sebab terlalu sayang kan mamat tu aku putuskan hubungan andrian. tersentap bila air mata jantan dia menitis gara2x aku.Kami tahu perkara ni akan berlaku tapi kami tempuh juga .. akhirnya aku sendiri yg mengalah... Hubungan aku ngan mamat tu tak panjang .. selepas dia sambung belajar dkt kolej dia dah mula berubah.. dan aku tahu dia putus dgn aku sebab dia ada perempuan lain..baru aku tahu bagaimana rasa sakitnya bila hati kita dipermaiankan. Masa tu aku nekad.. yg aku tak akan berjumpa dgn dia dan dia tak akan bahagia selagi aku tak lupakan dia dan selagi aku tak bahagia ( apa punya ayat aku bikin ni hahha )...Tapi semuanya dah ok..Secara jujur aku ckp aku memang susah nak lupakan dia.. makan masa terlalu lama rasanya...akhirnya ak redha dia bukan jodoh terbaik utk aku.Nama mamat tu SAIRUL...Selepas 2 minggu aku sedih aku cari lain ( terus cari ganti .. hampeh kelapa tul aku ni ) .. wah masa ni dah exvanct... Selepas sorang2x aku kenal tapi semuanya tak berkenan di hati .. Bila aku pindah putrajaya aku kenal ngan akob. Hubungan kami tak lama sebab aku tak leh serasi lah ngan dia bertahan 3 bln juga. Masa dh hujung perhubungan aku ngan akob .. aku kenal seorag mamat ni. Aku panggil dia Yoe.. pada mulanya aku ingat dia adalah jodoh aku tapi aku silap. DIa putuskan hubungan tanpa berkata apa2x.. Tapi hati aku tak sesakit mcm aku putus ngan mamat sorang tu. Tiba2x Andrian dtg balik dalam hidup aku... dia dah nak peluk islam.. n nak kahwin ngan aku. TAPI MAK AKU TAK IZIKAN.. dia tak bg aku kahwin ngan bangsa lain. Aku pilih FAMly dan sekali lagi aku lepas kan andrian. Aku tahu dia sedih dan aku pun ada perasaan sedih juga..

selepas tu tak jumpa dia lagi.. Akhirnya aku terima ZUL dalam hidup aku setelah aku banyak kecewakan perasaan org dan perasaan aku di kecewakan org.. Aku PERCAYA ZUL ADALAH LELAKI TERBAIK DALAM HIDUP AKU. AKU SAYANG KAN DIA TANPA RASA RAGU2X...

p/s : CINTA ABADI ADALAH CINTA KEPADA ALLAH... AKU MASIH MENCARI CINTA ABADI ITU..SEMOGA AKU BERPELUANG MENERIMA CINTA ABADI...AMIN

16 Januari 2012

TUTORIAL TINGKATKAN FOLLOWER

Salam... seperti yang aku dok cite sebelum ni yg aku nak mula menulis dengan serius Sikit... perkara pertama yg mesti aku lakukan ialah

1. Cari arah tuju
2. Cantikka blog aku cam blog yg lain
3. Banyakkan maklumat atau info kat blog aku
  ##Ada masa aku akan masukkan juga cerita aku, aqil n Mr.hubby ( kalau suka baca... la ye ..sekadar luahan sahaja hehehe )
5. Belajar membaiki blog aku supaya nampak lebih kreatif , inovatif, dan produktif hehehehh

oleh itu aku mula memperbanyakkan meneroka, mancari maklumat, belajar itu, belajar ini supaya blog aku nampak lebih menarik. Jadi kalau ada kekurangan ( opss banyak kekurangan )  berilah tunjuk ajar ye..
kalau korang yg baru nak bejinak ngan blog aku syorkan korang pi kat blog http://www.adamxis.com/ kerana dia punya tutorial simple n mudah di fahami... aku suka baca 'TUTORIAL TINGKATKAN FOLLOWER' .  Tq ye abg encem...

15 Januari 2012

PERCOBAAN PERTAMA WATERMARK


Aku cuba lah nak watermark cam orang lain.. yg cantik2x n yg cute2x.. tapi sayang sampai sekarang aku tak berjaya.. akhirnya terlalu sedih ( sedih sikit ) aku godek komputer aku. dan aku jumpa Picasa3 ni.. dan aku cuba buat watermark n ni lah hasilnya.... YA ALLAH... dah ada rupanya benda ni kat komputer aku .. nampak sangat aku tak pernh godek komputer ni :) . Walaupun watermark aku tak cantik cam orang lain yg ada bunga2x tapi kira ok lah buat masa ni.. hhehehehe... ALHAMDULILLAH






Posted by Picasa