04 Januari 2012
PEGAWAI PTD DITUDUH PUKUL SUAMI DENGAN FAIL
dari Kosmo Online
SEPANG – Seorang pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) berdepan hukuman penjara dan denda selepas dituduh memukul suaminya menggunakan fail pejabat sembilan bulan lalu.
Bagaimanapun, tertuduh, Kamaliah Basir, 35, yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut.
Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa mendatangkan kecederaan kepada suaminya, Zaihan Md. Lani, 48, dengan menggunakan fail pejabat pada bahagian badan mangsa.
Kejadian didakwa berlaku di dalam kereta di perhentian simpang tiga lampu isyarat Persiaran Semarak Api dan Persiaran Apec, Cyberjaya, Sepang di sini pada pukul 12.45 tengah hari 3 Mac lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
" AKU TAK DIBAYAR UNTUK MEMBACK-UP PEGAWAI PTD NI TAPI AKU TERPANGGIL UNTUK MENULIS KISAH DIA DISEBABKAN TERLALU BANYAK CAKAP2X YANG MENGHINA,MENGUTUK DAN JUGA SOKONG TINDAKAN BELIAU.. CUKUP-CUKUP LAH TU.. KORANG BERCAKAP PASAL ORG.. KORANG TAK FIKIR KE PERASAAN DIA,KELUARGA DIA, ANAK2X DIA BILA KORANG CKP MACAM2X. KONON NYA.. DIA NI ISTERI DERHAKA LAH.... TAK SEDAR DIRI LA... CIUM NERAKA LAHH... MACAM2X KORANG CKP.. CUBA KORANG BERADA DI TEMPAT DIA.. PASTI KORANG LAGI TERUK AKU RASA.... AKU KENAL DIA. WALAUPUN AKU TAK CUKUP RAPAT NGAN DIA.. TAPI AKU TAHU DIA SEORANG WANITA YANG BOLEH BERTOLAK ANSUR.. DIA SEORANG IBU YANG PENYAYANG, DAN DIA JUGA SEORANG ISTERI YANG SETIA... DAN DIA SEORANG BOS YANG BAIK.. SEKALI LAGI AKU CAKAP DIA SEORG BOS YANG BAIK ( KEPADA KORANG YG SIBUK DOK ENTRY KATA MALANG LA NASIB STAFF DIA KORANG SILAP.. KAMI TAK PERNAH TERABAI KEBAJIKAN KAMI, DAN DIA BUKAN BOS YG SUKA MARAH2X ATAU HERDIK ANAK BUAH DIA SESUKA HATI ) DIA MANUSIA YANG BOLEH BERTOLENRASI. KITA TAK TAHU MASALAH KELUARGA DIA ( WALAUPUN AKU ADA DENGAR2X .. TAKAN AKU NAK JAJARKAN KISAH KELUARGA ORG)JADI JGN MUDAH BUAT ANDAIAN BURUK DKT ORG... BILA CERITA PEGAWAI NI TERSEBAR BARU AKU FAHAM.... PENULISAN SESEORG BISA MEMUSNAHKAN HIDUP ORG LAIN.. SO BERHATI-HATI...
P/S : Aku cakap iklas dari hati.. sebagai seorang wanita, sebagai seorang ibu dan sebagai seorg pekerja...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan