18 Disember 2010

KEMENSAH @ ZOO NEGARA PART 1

Malam ni aku rasa nak menulis... now aku di tengah hutan ada famly day my hubby...tahun ni perjalanan tak jauh sangat..maybe ramai tak nak pi jauh kot...ialah bajet kureng atau malas masing2 ada alasan sendiri.. aku..em.. aku ikut je.. ialah salah satu aku suka ngan famly husbent aku ni ialah sifaat kekeluargaan yg ada... mereka ni rapat cam famly aku juga cuma mereka rajin berkumpul n famly aku tak berapa sangat ...ialH BUkN ramai sangat pun... ops dh terlebih pulak hehehe... mcm biasalah famly aku yg terakhir sampai kat sini...t.gh hari aku sampai. dengan perut yg kosong aku ngan anak aku terus pi mkn.. malu? letak ketepi janji perut aku kenyang hahahahha... hampeh kan aku ni...selesai mkn aku bersiap utk mandi...ukh... kalau famly yg ramai memang best tempat ni.. kawasan luaas juga..boleh la berbudak2 ni nak berlari... mlm ni kami buat BBQ.. eghh alhamdulillah ..kenyang perut.malam ni pun ada game.. tapi tak tahu lah apa dia .. nanti aku cite lagi ..ok...good night...

08 Disember 2010

AKU MASIH BERPIJAK DI BUMI YANG NYATA

ALHAMDULILLAH... aku dh rasa lega .. lepas je aku luahkan apa yg kurasa dalam blog aku.. post dahulu aku rasa lebih tenang... yap.. maybe aku terlalu emosi atau Allah s.w.t suruh aku lebih berhati-hati....

Sebenarnya hari ni aku nak coretkan perasaan aku kepada mereka yang pernah berjasa kepada aku dari aku kecil hinggalah aku dewasa..mereka yang pernah mengajar aku erti hidup, mereka yang pernah mengeluarkan duit untuk aku belajar, mereka yang pernah menjaga maruah aku, mereka yang pernah membancuh susu ketika aku menagis dan merekalh pelindung ku yang abadi dari dulu hingga kini... mereka lah wira-wira ku yang aku sayang dari dulu hingga kini... aku tahu sejak aku berkahwin, mereka pernah terasa dengan sikap ku yang kononnya dh lupa asal usul, yang dh lupa keluarga,sombong, yang dh lupa DIRI....

wahai abang-abang ku,aku tahu korang terasa hati dgn sikapkku,
dulu kini dan selamanya ko tetap bagi ku adalah wira
ko tetap bersama adikmu yang degil ni
di saat aku perlukan korang
aku tahu, korang tak pernah berkira dgn aku dari segi
tenaga dan wang ringgit
tapi ketahuilah ... adik mu telah berkeluarga
dia juga ada masalah sendiri yang tak dapat diceritakan spt dulu
aku bukan lah berkira sangat dgn kalian
cuma ia biarlah kena pada tempat dan keadaannya.....
bukan aku tak nak membantu seperti dulu ,
cuma sekarang aku dh ada keluarga yg perlu aku fikirkan hati n prasaan mereka JUGA
aku 'BERSYUKUR SANGAT KRN AKU DIKURNIAKAN 3 ORG ABG YG AKU SAYANG SEHINGGA AKHIR HAYAT AKU'.. tempat korang tak akan ada pengantinya....MAAF JIKA ADIKMU BANYAK MEMBUAT KORANG TERASA ..ABANG..ANGAH..ALANG...

29 November 2010

AKU DIUJI OLEH- NYA

SALAM... aku rasa dh lama gak aku tak menulis.. bukan tak ada story best cuma masa aku terlalu terhad.. sebenarnya banyak aku nak tulis.. tentan aku pi johor perkahwinan member opis .. jalan-jalan kat tangkak n banyak lagi la... cuma malam ni hati ku terpanggil untuk menulis apa yg ku rasa...

Aku diuji oleh-NYA.. walau pun ujian yg diberi hanya sebesar zarah tapi terlalu berat bagi aku. Aku hanyalah insan biasa. yang tahu ketawa dan menagis, yang ada perasaan gembira dan sedih, yang tahu menilai di mana sayang n cinta. Aku tahu aku perlukan kan seseorg untuk aku luahkan apa yg kurasa. krn pada masa ini air mata ku mudah sangat nak mengalir. mungkin aku dh tak tahan nak simpan di dlm hati ini..

YA ALLAH ..berikan la aku cara bagaimana aku nak hilangkan rasa sedih,kecewa,marah, geram n benci di dlam hati ini. berikanlah aku seseorg yg boleh mendengar rintihan hamba-mu yang lemah ini.. YA ALLAH. kenapa di saat hati ini berbunga cinta KO HILANGKAN KEPERCAYAAN YANG AKU BERIKAN.............

Andai suatu hari nanti, ' kamu' terbaca blog ini... aku mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki krn pada masa ini hanya blog ini yg boleh membuat kan hati aku reda seketika...

16 November 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

selamat hari raya ......ia aku nak mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua umat islam di seluruh dunia, kepada ibu bapa ku,kedua ibu bapa mentua ku, adik beradikku,adik beradik suamiku, ipar-ipar ku n suami ,biras-biras ku n suami, anak saudara ku n suami, jiran-jiran ku n suami,kawan-kawan ku dan seluruh rakyat dunia yg mengenaliku... maafkan la jika ada terlanjur kata,terkasa bahasa, terkata-kata....SELAMAT HARI RAYA

12 November 2010

MAKAN..MAKAN..MAKAN...ALHAMDULILLAH

uhk... semalam kami ada sambutan hari perpisahan abg sab.. n sambutan besday...ada la wak makan-makan cikit.. emm sedap..makan nasi beriani... balik dari keje ..hubby aku tiba-tiba tergerak nak makan nasi arab kat cyberjaya ... aggggg..makan lagi.. aku ambil 1/2 nasi + ayam grill ( RM17.00) + chiken kebab (RM5.00) + Sup Kambing ( RM5.00)lamb ROll (RM17.00) + air sirap bandung (RM2.00) + kopi arab ( hehe tak tahu nak sebut- RM4.00 ) totalnya RM50.00...ALHAMDULILLAH ...

Haari ni ppi 'johnys stem but kat alamanda putrajaya... lebih kurang cam tu la bunyi nye hahahah... aku mkn stembot ( share ngan kawan2) n ambil nasi + black paper + marinda...harga ? heheheh boleh la sekali sekala nak mkan...kami mkn kat situ sebab nak sambut 'perpisahan LIN' PAP aku yang nak pindah tu ...byeeeee

11 November 2010

AKU DLAM TERPERANJAT N MARAH TELAMPAU

YY... isk.. aku memang dalam keadaan terperanjat n marah sangat.... why ? malam tadi aku pi balik umah father in-law, cam biasalah ada pasar malam.. malam tadi nak dijadikan cerita waktu semua peniaga pasar malam dh berkemas nak balik.. putra aku ..aqil tengah seronok bermain bersama cousin dia...tak sampai 10 minit dia main aku dengar bro yg jual baju bandle tu menjerit.. aku dengar aqil jatuh.. so aku cuba bersikap tenang dgn hanya membiarkan je la.. sebenarnya 'BABAH aqil' pun ada kat luar tu tengah berborak..masa aku nak balik tu baru bini bro yg jual bandle tu cite... sebenarnya tadi aqil nak kena langgar.. masa dia jauh ..belum sempat bangun tiba-tiba ada salah seorg penjual pasar mlm tu bawa keta laju... nasib baik bro bundle tu cepat menjerit...terus keta tu berhenti..n aqil pun bangun dn masuk umah...tiba2 darah aku menyirap sampai ke atas kepala.... boleh tak ramai-ramai kat luar tu seorg pun tak terpandang anak aku... kalau aku tak bagi dia keluar 'korang kata aku ni terlalu mengongkong aqil...bila aku bg aqil main kat depan .. tak ada pulak hamba allah yg nak pandnag dia..'itu lah borak melampau sangat sampai anak sendiri pun tak boleh pandang.. AKU? memang aku silap sebab aku hanya mendiamkan anak aku bermain dan terlalu bagi kepercayaan kepada mereka ... akhirnya aku sendiri hampir kehilangan anak..perkara yg tak mungkin aku lupakan.. MAAFKAN IBU AQIL.. MUNGKIN LEPAS NI IBU AKAN LEBIH KAWAL KAMU... biarlah apa nak kata...lagi yang mebuatjab aku marah ialah sikap 'kawan' aku seolah apa yg terjadi ni semuanya salah aku... kern aku cuai... 'HELLO INGAT LA.. SERIBU KEMUNGKINAN BOLEH BELAKU DJLN RAYA SO BERHATI-HATI.. JGN FIKIRKAN DIRI SENDIRI.. KITA TAK MINTA,KITA TAK SURUH TAPI ANDAI KATA TAKDIR.....

09 November 2010

TADI KESEDIHAN N NOW GEMBIRA TELAMPAU

....Tadi aku memang sedih sangat, entah kenapa aku perlu menagis.. aku call hubby aku,dimulakan dgn salam ..apa lagi terus menagis teresak-esak.. aku takk tahu kenapa aku sensetif sangat. Bila aku ada kat opis ni hari ini aku dpt rasakan perasaan lain daripada lain.. sampai aku fikirkan sudah masa untuk aku berunddur dari opis ni.. aku perlukan kawan-kawan n suasana yg baru. Mungkin itu lebih baik spt di tempat keje lama. Mungkin kekanan kerja yang semakin merumitkan, suasana sekeliling yg buat aku terasa, membuat kan aku rasa RIMAS.


TAPi semua perasaan itu berubah... Sedih tukar Gumbira hahaah... tadi ramadhan call aku, dia kata kawan baik aku ada coment kat FB aku..rupa2nye pencarian aku akhirnya hampir mencapai matlamat..aku jumpa NOLI...hahah best siot. tapi aku tak nak la gembira tahap gaban sebab aku tak tahu sikap dia sekarang cam mana... adakah dia juga mcm kawan2 lama aku yg lain... kami dh tak semesra dulu.. heheh smlm aku baru borak ngan salwarna pasal noli,fizah,yan, jamal,osman n beberapa org lagi... petang nanti baru leh bukak FB.. sebab sekarang ada keje.. ALLAHDULILLAH...terima kasih YA ALLAH KRN TELAH TUNAIKAN SALAH SATU HAJAT HAMBAMU YG LEMAH INI...AMIN..

Aku DALAM KESEDIHAN YG TERLAMPAU

Aku tertanya dgn diri sendiri.. apa yang terjadi,apa yg tak kena, apa salah kami..dan mcm2 lagi yg aku dok fikirkan... tolong la dia masih budakk..dia terlalu mentah untuk dimarahi,dia terlalu muda untuk disakiti.. ingat senangke hendak melahirkannya... setiap kali 'dia' dimarahi aku tersentap ...seolah aku gagal mengajar dia menjadi ;seseorg'... kenapa perlu mengharapkan dia menjadi 'seseorg' sedangkan dia baru berusia 2 thn ++ .... TOLONGLAH.... dan sejak 2 menjak ni aku tengok dia spt serba tak kena.. sikit-sikit nak marah....sikit-sikit nak melenting...itu tak kena..ini tak kena..lepas tu berkira tenaga... isk.isk..isk.. kenapa boleh jadi mcm ni... kalau ia pun ada masalah jgn la terbawa-bawa... tak sedar ke kami cukup terasa dgn sikap kamuuu...

05 November 2010

AL-FATIHA

salam takziah untuk keluarga my big bos HAJJAH RAMIZAH BT HASSIM.. SUB aku meninggal kan kami semua pada 4.11.2010 ..kalau tak salah aku PAGI.ialah beliau ni kalau tak salah aku sakit..yang pasti ALLAH S.WT LEBIH SAYANGKAN dia.. AL-FATIHA. Semoga SUB kita berada dalam golongan-golangan mereka yang beriman ...AMINN

JLN-JLN DI PORT DIKSON

29.5.2010

JAM 7.30 MLM kami sampai di rumah peranginan TNB... rumah tu disponser 0leh angah aku.. semua ada kecuali AYAH,ABG,N KAK.ANI. mungkin mereka ada kerja kot.. tak pelah.. kita bukan boleh paksa-paksa org kan. Memang la terkilan sikit tapi nak buat macam mana, mereka tak boleh pi. Tapi tak apa lah.. yang ada ni pun kira dh meriah. RUmah TNB ni memang cantik.. besar.. famly ramai pun boleh masuk. Lepas je sesi makan kami terus tido... tapi aku.. uwaaaaaaaaaa TAK BOLEH TIDO.. Mcm-mcm aku fikir.. diorg ni pun satu dah tahu aku ni penakut bolehla bg tahu aku umah ni ada MOMOK.. uwaaa tak suka.. jam 11.30 mlm diorg semua dh tido termasuk la hubby aku. Memandangkan aqil belum tido aku ajak la dia teman kan aku..Setiap kali aku nak lelapkan mata macam-macam terbayang.. habis semua doa aku baca, tinggal doa mkn je tak baca heheh. Aqil pun asyik takutkan aku je.. dia buat muka terkejut la, lpas tu ckp ada hantu la.. isk budak ni.. akhirnya 4.30 pg aqil tido n jam 5.30 pg aku baru dapat lelapkan mata zzzzzzzz

30.10.2010

Uwaaaaaaaaaa TAK CUKUP tido.... jam 8.00 pg aqil dh kejut... nak mandi kolam katanya.... iskkk. akhirnya dgn mata berat aku bangun la. Pagi tu sebelum mandi aku pi Pekan PD ngan hubby aku, beli pelampung. Beli untuk anak buah .. melayang RM70.00 , tapi tak pe la janji diorg syok. mandi manda.. akhirnya telah mumbuat kulit kami jadi gelap.... 2.30 aku blik umah.. rehat jap. 6.00 ptg keluar balik kali ni pi laut... tak mandi pun cuma standby tuk BBQ...
8.00 mlm baru la boleh bakar2 mkn ... jenuh juga nak idupkkan api... isk... akhirnya 11.00 mlm selesai operasi BBQ.

31.10.2010

Hari nk balik dahhhh. Memanng best la... lain kali kita buat lagi... TQ V.MUCH KAT ANGAH KERANA BUAT RANCANGAN NI N SPONSER UMAH,TQVM ALANG( 1 FAMLY) N ADIK (1 FAMLY) SEBAB BG SAPORT KAT FAMLY KITA,TQVM KAT MAK KRN JOIN JUGA WALAUPUN PADA SAAT2X AKHIR DIA TAK NAK PI ADA MENGAJI ..SYG NAK TINGGALKAN CLASS, N TQVM KAT MY EN.ZULKEFLY KRN SAPORT MY FAMLY N KELUARKAN DUIT BELANJA... I LOVE U ALL SO MUCH.. HOPE LEPAS NI ada lagi pehimpunan keluarga ni.. lepas ni kita buat lagi besar..ajak famly lain.. INSYAALLAH..

03 November 2010

JLN-JLN DI LANGKAWI PART 3

27 Oktober 2010

Pagi ni aku akan mulakan perjalanan di laut.. janji jam 8.30 tapi saat-saat akhir hujan pulak turun... Bersyukur dgn Rahmat-NYA kami pun tunggu lah hujan berhenti.. so tepat jam 10.30 hujan berhenti dan kami pun bertolak ke pantai chenang.. kami naik bot yang ditempah khas untuk kami sekeluarga je....tasik dayang bunting ada lah destinasi pertama kami... sampai je kat sana kami telah disambut oleh beberapa ekor beruk/kera. sepanjang perjalanan nak ke tasik dayang bunting tu memang banyak kera.. masing-masing dok pegang kayu termasuk aku(walaupun hanya ranting tp memadai laheheh)selesai berjalan di tasek DB kami pi kat Pulau yg banyak helang.. aku pun tak ingat la nama pulau tu. kita boleh tengok n bagi helang makan... tapi aku tak berani takut kena sambar pulak..hehhehe.lepas kami pi pulau ketiga iaitu Pulau beras basah... yang best nya pasir kat pulau ni punya la lembut sangat macam kuih buhulu dh kena air tunggu nak ngap je.hheheheh. Tapi kat pulau BB ni memory yg tak dapat aku lupa ilah kami diserang dek KERA... aku punyalah terperanjat sampai aku melompat kat pelancong cina tu.. kira aku peluk dia.'hayaiiii ... ' sekali cina tu marah dah :P ( cina tu pompuan asoo ) . Nasib la mardiana ni pantas peluk anak dia n Aqil sekali.. nak harapkan aku.. aku dh cabut sebab terperanjat... ukhhukhh MAAFKAN IBU, AQIL.... :). ' INGATAN ..KALAU NAK PI PULAU-PULAU NI JGN SEKALI-KALI DOK GATAI JINJING BARANG KAT TANGAN.. TU YG DIA DOK TERKAM TU...

Penat dari berjalan-jalan di laut kami balik bilik n terus bersiap nak pi jln-jln. Perjalanan pertama kami petang tu....pi kedai Minyak gamat... isk.. minyak gamat sekarang tak macam dulu lah.. dulu kalau kita celup tangan kat minyak tengah mengeregak(tgh masak) tak ada pun rasa panas.. tapi sekarang ni aku celup jari aku,kebas dia 2 hari baru hilang... isk.. DAH TAK ADA GAMAT ASLI SEKARANG.... lepas tu kami jalan-jalan lagi ...

28/10/2010

DAh nak balik... tapi 5.35 ptg la.. jam 10.30 pg kami cheak out. Kami pi makan pagi+lunch ...jimat heheh. untuk menghabiskan masa sekali lagi kami PI KEDAI gamat.. n DATARAN HELANG. Sesi bergambar bermula .. jam 4.30 kami terus ke air port ..nak balikkkkkkkkkk

6.45 ptg kami sampai LCCT akhirnya...selesai tripp tahun ni di langkawi.. eSOk perjalanan ke PORT DIKSON.. alhamdulillah...

02 November 2010

JLN-JLN LANGKAWI PART 2

26/10/2010

Pagi jam 10.30 mlm kami mulakan perjalanan pertama di cable car.. ialah kalau petang takut lak hujan. Bagi org dewasa RM15.00 dan budak2 atas 2 thn RM5.00 . Aku masuk sana kena RM30 je.. aqil dia tak kira.. ok lah tu.. sebenarnya cable car ni aku dah naik banyak kali, so tak la gayat sangat. kali pertama aku pi tahun 2003, masa tu cable car n lankawi baru nak membangun. n di langkawi la Bermula episod aku ngan Hubby aku ZULKEFLY. Masa tu famly day KDN. kira-kira di situ lah tempat pertama kami bermain ngan perasaan. ialah di situ perasaan suka,cemburu, sayang ,rindu n akhirnya cinta tersemat... kalau nak ingat kan balik memang kelakar. Aku ni minah selamber.. n masa tu pun baru putus cinta so ingatkan saje suka2 tapi tak sangka akhirnya dia la jodoh aku ..INSYAALLAH..ops... terlajak pulak. Sampai puncak gunung mat cincang aku dah tak larat nak jalan.. expidisi diteruskan oleh hubby aku ngan famly ana. kesian aku tengok.. balik dari jln kaki kat kaki gunung mat cincang tu.. diorg semua tak cukup nafas.. kembang2 hidung semua hahhahaha.. aqil? dia tak kisah la sebab balik hubby aku dokong heheh... selesai je di cable car kami pi makan. perut lapar. selesai makan kami teruskan perjalanan. Lepas tu kami pergi makam mahsuri. Masuk bagi org dewasa RM5.00. cam biasalah aku sempat semadikan gambar aku kat makam mahsuri tu. lepas aku pi beras terbakar.. heheh apa lagi shopiing lee... kali ni aku tak beli pun kain batik... ialah tahun 2009 aku beli kain batik dkt 18 helai... sampai sekarang masih ada yg tak jahit lagi hehhehhe.. lepas tu aku pi tempat pling best 'ISMAIL GROUP'..shoping...heheh. jam 11.30 malam makan..lepas tu tido

JLN-JLN LANGKAWI PART 1

Assalamualaikum w.b.t

ye..ye..ye... akhirnya aku melangkah di langkawi lagi ( walaupun thn sudah dh pi).

25.10.2010
flight aku 7.45 ptg. Kali ni aku pi ngan mardiana 1 famly.. dia ni kawan aku masa kat sekolah dulu. aku sampai kat air port langkawi dalam jam 8.50 mlm. kalau kita pi kat sana tak payah susah hati kat mana nak cari kereta sewa ke,hotel ke, apa ke krn turun je dh ramai agensi2 pelancongan ni buat promosi. Cari je la mana yg best n MURAH. Memandangkan kami pergi ni 4 org dewasa n 4 org kanak2 so kami pilih la van supaya lebih selesa. Aku dapat pakeg Van (3 day) n Jln2 kat 3 laut di langkawi RM550.00 . Selesai je tawar menawar kami pun balik ke hotel kami iaitu HOLIDAY VILLA di Pantai Chenang.... jam 10.30 mlm kami keluar blk jalan-jalan cari makan ..heheh. dalam keadaan perut yang lapar tu kesabaran kami di uji lagi.. hampir 45 minit kami tunggu makanan baru sampai.. punyalah slow..oiittt Perut lapar la...HARGA? tok sah la tanya , aku rasa makan dkn putrjaya 'DAGING MASAK MERAH' masih boleh dapat RM5.00 tapi kat sana dh RM8.00 . Nasib sedap. Dah selesai makan kami terus balik ke hotel,penat..

11 Oktober 2010

KEPENATAN YANG MELAMPAU

9.10.2010 ( SABTU ) aku ada buat makan-makan sikit ...khas untuk famly je la. dari jam 12tgh hingga 7.30 mlm baru satel masak + kemas umah.Jamuannye lepas magrib.. penat gila. kejang2x kaki aku. Pinggang tak sah cite la, punyala sakit. Tapi nak bagi org makan punya pasal terpaksa aku tahan... yang pasti selesai je majlis tu aku rasa lega. walaupun kaki aku kejang, walaupun badan aku sakit-sakit, walaupun kepala aku rasa nak pecah tapi aku puas dan seronok kerana aku dapat menjamu mereka makan.Lagi best aku yang masak sendiri tanpa bantuan mak n konco-konco aku. ialah sebelum ni bila aku buat makan-makan mereka yang banyak bantu,cuma kali ni aku nak buat sendiri..hehhehehehe... best..best.. menu aku Nasi Hujan + Ayam masak merah + sayur kobis + Kari Dal + Agar2x Milo + air sarsi + satay + n Nasi impit.... Alhamdulillah....


u can't do it

08 Oktober 2010

AKU SAKIT KEPALA

Kenapa aku sakit kepala... dah 2 hari kepala aku sakit.. sakit sangat..tapi aku gagahkan diri pi keje n jln kan aktiviti spt biasa... apa yang aku fikirkan ? aku pun tak tahu.. yang pasti kepala aku sakit...sakit kepala..sakit kepala...sakit kepala...sakit kepala... sakit hati...upssss silap ..sakit kepala...sakit kepala..sakit kepala...sakit kepala...

07 Oktober 2010

KENAPA AKU MALAS

assalamualaikum...

Aku mulakan tulisan ni dengan bismillah... kenapa semakin malas? Aku rasa diri ini semakin malas..aku malas nak up date blog, aku malas nak buat keje opis, aku malas nak kemas rumah, aku malas nak basuh baju, aku malas nak masak, aku malas nak cuci pinggan, aku malas nak sapu sampah, aku malas nak cuci toilet, aku malas nak iron baju, aku malas nak berjalan, aku malas nak layan kerenah org yg mengada-ngada, dan yang paling teruk aku malas nak 'BERFIKIR'.. now mood aku dalam kemalasan yang teramat sangat..cukup malas yang terlalu malas.. aku rasa badan ni kalau boleh gerak sendiri lebih senang.. bertapa malasnye aku sekarang.Mak aku kata org malas ni serlalu rugi....ada ke aku dalam ketegori insan yang rugi? tapi bukan aku saje je.. aku pun tak tahu kenapa aku berada dalam mood yg cukup malas.. aku malas..aku malas...aku malas.. aku malas...aku malas...

08 September 2010

SELAMAT HARI RAYA

selamat hari raya maaf zahir batin ... kepada mereka yang pernah mengenali diri ini secara langsung atau tidak. Hari ini opis aku lengang sangat. Member opis balik awal.. ialah lusa dh nak raya ( insyaallah ) . so mereka yang ada kampung tu kena la balik awal untuk mengelakkan JEM. orang yang macam aku ni.. terpaksalah mengalah.. ialah bukan jauh sangat pun umah mak , 1/2 jam dh sampai. Tak kisah la janji korang selamat pergi n selamat balik .. nanti kita jumpa lepas raya ok... INSYAALLAH.

25 Julai 2010

PAST TO PAST

salam... lepas biarkan lepas... mungkin tu ayat yg sesuai untuk aku pagi ni.. korang ingat tak aku pernah cite kan kisah masa aku kat slim river,kampung kurnia n bla..bla..bla.. tak lama aku lepas dok coretkan hati aku.. nak djadikan cite Allah s.w.t telah makburkan doa aku supaya aku dpt berjumpa ngan kawan-kawan lama ni... alhamdulilah...tapi sayang aku juga dah dapat pengajaran yg mereka ni semuanya hanya lah sejarah dalam hidup aku. ialah pada mulanya aku ingat bila aku jumpa mereka aku akan mesra spt dulu, tapi aku silap mereka bukan la kawan-kawan aku spt dulu. Mereka hanya 'kawan' sesama islam... yup aku akui mereka dulu pernah ada dalam hati aku tapi sekarang mereka hanya sekadar kenalan biasa... aku rindu kan saat dulu tapi ia takan mungkin berlaku krn masing-masing dah ada kehidupan sekarang..- tak pe lah walaupun aku bukan kawan baik korang lagi, mungkin juga korang dh tak ingat aku tapi aku hargai perkenalan kita dulu..korang tetap best...

: now..yg pasti kawan yg ada sekarang ni la tempat paling sesuai untuk aku bercerita krn mereka lebih memahami aku ... yaaaaaaaa

07 Julai 2010

AKU DALAM KE TENSION NAN

YA... aku tengah bengang, marah , n meluat ngan diorg ni. Perluke dekat setiap opis tu ada org kaki bodek, ampu, kaki mengarah, n kaki..kaki..kaki isk tak sanggup nak tulis. Aku pening la yg mana satu aku nak buat..dah la kerja hakiki aku tertunggak dekat 3 bulan..now main paksa-paksa la siapkan keje yg sampingan lak pulak. Semenjak pindah cyberjaya ni..sistem very slow..so cam mana aku nak buat keje yg korang bagi...dah la peminjam-peminjam ni asyik call je tanya status dia. isk AKU PENING LAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.....korang pun jangan la ingat korang bos,suka-suka hati je nak suruh buat itula,inilah. Karang aku buat dek je korang kata aku ni suka MEMBERONTAK.. tapi cuba la korang berada dekat tempat aku ngan kawan-kawan aku.. AKU RASA korang tak kan mampu buat macam mana kita org buat.. so korang jgn salah kan aku jika aku dah TAK NAK JADI ROBOT yg bekerja tak berhenti-henti. DAH la masa kat putrajaya tu aku buat kerja sampai pukul 9.00 mlm hanya semata-mata nak siap kan fail-fail tu ni pindah cyberjaya pun korang nak paksa-paksa kita org siap kan dalam masa terdekat ni.. isk nak hingin aku nak melayan kerenah korang..APA yang pasti aku nak siapkan kerja hakiki aku .. kalau tidak nanti korang gak yg tanya ' zura.. tak siap lagi ke PJJ OUM kita'....aku juga... so lepas nie kalau korang nak marah ke, nak mengadu dkt bos atas ke..aku tak perduli.. lain la keje aku ni korang nak tolong...yg pandai cakap dekat belakang...

' Aku tak nak jadi robot korang hanya semata-mata nak siap kan kerja
korang sehingga aku lupa masa aku ngan my family aku.. aku ada anak,aku
ada hubby,aku dah tak nak meraka terasa hati dgn aku hanya kerana aku
terlalu sibuk mengalahkan PERDANA MENTERI'

16 Jun 2010

selesai dah ....

alhamdulilah ...selesai dah majlis perkhawinan adik aku...uu lepas ni dh tak ada le kenduri kendara yg besar2x...harap-harap macam tue lah....now aku dah pindah kat cyberjaya...penat rasanya..aku pun dha lama rasanya tak menulis kat blog ni..ialah hati tu macam nak menulis tapi malas lebih banyak dalam diri ni... suasana baru kat cyberjaya nie semuanye ok.. yg paling ok tak perlu tempuh jem..uhhh seronok sangat..

nanti la aku coretkan lagi...entah kenapa hati aku terasa sedih sangat..cam sensetif pulak..dekat kawan-kawan nie..isk..isk.. aku paling tak suka perasaan macam ni..kerana ia boleh membunuh persahabatan..sekali lagi aku terasa


u can't do it
zuera 2010

21 April 2010

CERAMAH ...

Tadi aku pergi ceramah oleh Dr.Celemans dari SPRM. Memang best la ... dia bagi motivasi diri juga. Banyak juga ilmu yg dicurahkan. Alhamdulilah. Aku nak cuba terapkan ilmu yg dia bagi... Positif..Positif...Positif... kalau semuanya kita fikir positif, insyaallah kita akan menjadi manusia yg berjaya..kerana semuanya bermula dari akal fikiran kita...yap macam aku nak menyusukan aqil dulu..awal-awal lagi org sekeliling dh takutkan aku kata menyusukan anak ni sakit..lepas tu susah bila nak kerja so aku dah set kan maind aku yg aku nak bagi susu formula dan akhirnya dh tersurat aku tak dapat susukan aqil dgn susu ibu...aqil cuma dapat menyusu selama sebulan itu pun sikit..kesian dia. Sekarang aku dh nekad perkara ni tak akan berulang..insyaallah anak aku seterusnya akan aku bagi susu ibu dengan sebanyak yg boleh. biar dia puas..kerana tak ada susu yg lebih baik selain susu ibu.......

i can't do it

20 April 2010

SRK SLIM RIVER , KAMPUNG KURNIA,RUMAH WAKAF, SLIM RIVER PERAK

salam.. em hari ni aku terasa nak menulis tentang sekolah lama ku... entah kenapa sejak akhir-akhir ni aku terlalu rindukan kawan-kawan lama aku masa kat slim river perak..sungguh aku memang rindukan mereka. walaupun aku tak berapa ingat lagi nama-nama diorng ni tapi aku rasa rindu..ialah nak tahu macam mana keadaan diorg, rupa diorg, dh kahwin ke, apa ke ...

Ramadhan - budak lelaki tapi berpewatakan lembut..ialah anak bongsu..dia ni kawan paling rapat dgn aku masa dulu... dari umur aku 5 thn sampai 11 thn memang aku asyik berkepit dgn dia..pi sekolah tadika sama-sama, pi mengaji sama-sama, pi main sama2x .aku sayang kan ramadhan,walaupun dia mulut agak leser tapi dia yg paling memahami aku..bila aku kena buli ngan mamat2x selenga kat kampung tu dia yg tolong..ialah budak2x tu kata aku ni belagak bagus heheh. hubungan kami mula renggang bila aku pindah kajang...

Salwa - dia ni kira member rapat aku juga..tapi dia ni rapat dkt sekolah je. tak cam ramadhan..luar sekolah pun aku kamceng. salwa ni anak polis kalau tak salah.. dia ni masa sekolah pemalu..tu yg suka ikut aku sebab aku ni minah brutal heheh...ialah tu

Norlizayanti - aku mula rapat dgn dia masa aku darjah 4..aku pindah sebelah rumah dia.. masa tu baru nak berkawan kalau tidak aku buat dek je ngan minah ni..dia ni kira cantik juga lah..dia ni ok..dia kawan aku dia juga lawan aku..ialalh dgn dia ni kalau sehari tak gaduh tak sah..masing2x ada pendapat sendiri. tapi yg bagusnya kami gaduh tak lama..noli aku memang nak jumpa sangat ngan ko... ko masih brutal cam dulu ke ?

Jamal - aku pun tak sedar sejak bila dan bagaimana aku mula tertangkap syok kat mamat ni.. yg aku prasan masa tu aku darjah 5.. alah budak lagi..aku tak ambil pot la..

Osman - ni kawan jamal..budak ni memang gila..suka sakat aku.. dia suka ejek nama bapak aku.. KICAP TAMIN..

Iwan - aku tak suka dia..memang aku benci dia..dia pernah curi gambar aku.. dia pernah ejek aku sampai aku menagis..
kiki
azian - dia ni antara kawan aku yg bijak..ialah mak bapak dia pun cikgu..aku mula renggang ngan dia semenjak bila tah..maybe masa aku pindah kajang kot

ni la antara kawan2x masa aku dok kat slim river..sebenarnya ramai lagi cuma aku ingat tak ingat je.. mcm HANIM,INTAN,ZURA, ATUN, HASROL DLL...walau sesiapa pun korang, dimana korang berada sekarang yg pasti AKU MEMANG RINDUKAN KORANG...SO KALAU SATU HARI NANTI KORANG TERBACA BLOG AKU NI n PERNAH KENAL NGAN NORAZURA BT MOHD TAMIN CARILAH AKU BCOV AKU RINDU GILA NGAN KORANG....

19 April 2010

selamat tinggal Achik Spinnn

aku saje je buat tajuk tu... ialah hari ni terasa nak menulis pulak..banyak nak cerita. lepas aje aqil keluar hospital hari tu, aku pulak sambut demam.tak sempat aku nak sihat hubby aku pulak sambut...isk..lepas sorang-sorang kena.. hubby aku tk baik lagi terus along aku pulak sambut hehhehe.. along aku tu terperanjat...

semasa kejadian tu berlaku..along aku salah seorang dari meraka yg menolong arwah ngan kawan dia..alah amri mohd tamin tu la....kira aku selute juga kat diorang ni ialah kalau tidak bila kereta arwah achik spin tu meletup mesti mereka terbakar tapi nasib baik meraka dah dibawa jauh dari tempat kejadian..

takziah kat keluarga achik spin...n Al-Fatiha kepada arwah...semoga roh nye berada bersama-sama ngan org beriman..amin.....

11 April 2010

Aqil sakit

Salam.hari ni masuk 4 hari aqil demam..ni bkn demam biasa.puncanye dia kena chiken pop,n terus kena demam campak..now aku kt hospital.tunggu dia..nanti

01 April 2010

hatti sakit

hati aku sakit sangat...sakit yg teramat sakit... apa yg berlaku semua ni membuatkan aku bertambah benci dengan mereka... gashklSFKLBSSKL B KUDGFJH FKJSDGH WOEUI TYGIFHIUAGJSD VJHSDGJSDAFIUWQRWRKSJABSJBFIUafhQFHWKJJS....YA ALLAHHH , aku tak tahu macam mana nak hilangkan rasa sakit hati ini... kalau perkara berkaitan dgn ibu bapa aku, memang aku sensetif...rasanya hari ni macam2x perkara berlaku...ialah aku tahu bapa aku ni jenis macam mana tapi kenapa la si polan yang pandang bercakap ni nak suruh bapak aku juga yg buat kerja... bila benda tu lewat nak marah2x... akhirnya mak minahh ni dah dapat tahu.... akhirnya minah ni juga yg dok risau..akhirnya minah ni juga yg jatuh bilik air krn dok pikirkan perangai si lelaki ni yg tak pernah berubah dari dulu hingga kini.... aku pun tak tahu la bila si lelaki ni nak berubah...agaknye dia nak tunggu si minah ni dah tak ada baru dia puas hati kot.... ... aku tak nak la jadi spt si tanggang yg tak mengaku ibunye, aku tak nak la jadi jebat yg derhaka kepada raja, aku tak nak jadi kacang lupakan kulit, aku tak nak jadi mcm anjing ngan bayang2x, aku tak nak jadi spt serigala menyalak kat atas bukit, aku tak nak jadi maacam tu,macam ni..............aghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhsakit nye hati aku

28 Mac 2010

AKC

rasanya dh lama aku tak meluahkan prasaan aku dlm blog ni..ialah,walauppun tiada sapa yg dok baca...tak kisah la. Cerita terbaru yg aku nak cite ialah pasal AKC atau pun nama panjangnya ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG. Baru2x ni bhg aku telah mengadakan majlis perhimpunan bulanan sekali gus menyampaian nama2x meraka yg mendapat akc dan tokoh pekerja... so taniah la pada mereka yg berjaya..

Apa yg aku nak cerita kat sini adalah sikap ketidak adilan yg telah belaku...pada mulanya ura2x telah mengatakan yg nama aku telah naik tetapi ditolak oleh bos paling besar di admin kerana aku ni selalu El,cuti,MC n datang lewat.....itu aku tak nafikan..ialah tahun sudah macam2x perkara berlaku..anak aku sering sakit, hubby pun sakit tak dapat dikesan dn keadaan aku sendiri yg tak terurus...so aku pun tak de ambil pot sangat...yg penting keje aku siap spt ditetapkan...yg menjadi ketidak puas hati aku ialah ...seorang pun kawan2x di bahagian aku ni dapat...walaupun my bos dah bagi 3 percalonan ( katanya lah ) ....seolah yg kami tak buat kerja..HELLO..KALAU KAMI TAK BUAT KERJA KAMI TAK TAKAN DAPAT CAPAI TARGET KUTIPAN PEMINJAM YG TAK MEMBUAT BAYARAN PINJAMAN PELAJARAN OK....BUKAK LA MATA SIKIT..RAMAI LAGI CALON2X YG LAYAK DPAT BERDASARKAN SUMBANGAN MEREKA KAT BAHAGIAN NI....MENTANG2X KAMI NI TERASING DGN ADMIN SO BOLEH BUAT2X TAK NAMPAK KAMI NI... KALAU KAMI NI TAK BUAT KERJA RAMAILA PEMINJAM KAT LUAR TU TAK BUAT BAYARAN N NAMA BAHAGIAN NI JUGA AKAN DISEBUT...........SO PANDANG2X LA UNIT KAMI NI....MY BOS PON TAK PUAS HATI DENGAN KEPUTUSAN NI...BAK KATA DIA ' I FRUST MENONGGENG NI,BCOV MY STAFF TAK DAPAT LANGSUNG '......

06 Februari 2010

jumpa kenalan lama

hari ni aku ada 2 story. first aku ada terbaca 1 blog,kira aku kenal juga la akak ni...and second story, mlm tadi ada dinner kwsp P.j. aku nak cite pasal akak ni.. sebenarnya aku kenal akak ni masa zaman sekolah..dia masa tu bakal kakak ipar kawan aku ni. Firstime aku jumpa dia, aku respect dia ni..ialah dgn fikiran terbuka n kegila-gilaan dia aku rasa dia ni senang didekati. So nak jadikan cite one day aku nak cari blog member aku,n aku terjumpa blog dia...so aku hai dia, but now aku cuak juga ialah nanti apa pulak diaorg kata....isk..isk...iskk...APA LAH AKU ni...gatal2x HAI kat org...tapi apasalahnye, aku just hai je...ialah cari kawan...mana tahu dia boleh dijadikan kawan.....

second story,mlm tadi aku pi diner kwsp...best gak..tapi perut sakit so tak leh la makan banyak2x( walau hakikatnya banyak juga ) ...isk..isk..isk..aku rasa kambing tu mesti gelakkan aku sebab aku hanya dpat makan dua+tiga potong kecik je dagingnye... nanti aku abadikan gambarnye ....

u can't do it

03 Februari 2010

melampau

isk..isk..isk.. memang melampau la diorg ni..apa ingat diorg ni bagus sangat ke? sana nak block, sini nak block...apa ingat kita ni robot ke? nak buat keje berterusan sampai waktu balik? tak payah nak rehat...ialah makan DUIT HALAL...habis tu diorg ingat diorg bagus sangat, bak kata perpapath,
paku dulang paku serpih,
kata org dia yg lebih....
sama juga, diorg pun makan duit haram , ialah dok berborak, dok bergayut, tu nak kira makan duit APA?

aku ni bukan lah nak marah sangat kalau diorg tu perfect tahap gaban tapi diorg pun tak sebagus gaban ada hati nak bantai org.... blah la oi.... sekali ko sakitkan hati manusia cam aku ni, seribu kali tuhan akan balas.... ingat ...

01 Februari 2010

selamat hari wilayah --- OT

salam.. Jan - Mac ni aku sebuk wat ot. org lain dok jln2x cari makan aku jalan2x pi keje. Aku rasa en.bee n en.qil mesti tension. ialah diorg kena tinggalkan kat umah yg hanya bertemankn cite2x katun. Pagi ni sebelum tinggalkan umah aku sempat juga masak nasi+goreng sayur telor+ sosej sos + bubur ayam utk aqil. Balik karang goreng ikan jela...sebenarnya aku buat ot 3 bln ni ada benda aku nak target....heheh.bandung..bandung..bandung.....ni gambar masa wat ot.. mata ngantuk...so aku ajak berbudak ni ambil gambar hehhe... rajin nye diorg layan aku...

28 Januari 2010

jln2 cari brg dapur





**** kami baru sampai...( aqil dah kenal tesco,setiap kali nak masuk mesti dia tarik tangan babah ambil troli)




sempat aqil naik doremon tu






nie lah hasilnya...baru separuh, separuh lagi nak cari kat cafore



salam... 25/1/2010 dapat gaji aku ngan hubby n aqil terus pi tesco cari barang dapur.tapi yg lebih penting beli susu n pampers aqil. Cari punya cari last2x aku ngan hubby tak beli...ialah mahal tahap gaban.. sehari sebelum aku nak beli aku dah server 2 tempat ni, tesco ngan cafore. so aku rasa cafore lagi murah...Tesco tempat favourite aku beli keperluan dapur. Tapi semenjak 2 menjak ni aku rasa brg tesco makin mahal n stok lama... isk tak suka

gambar adnan sempi




poster

24 Januari 2010

adnan sempit

salam... pada 20.1.2009 aku pi tengok adnan sempit... best gila. tappi pi tengok ngan member opis je..
sinopsis : Adnan yg lebih dikenali ngan nan sempit seorang mat desp. yang agak poyo. Dia jatuh cintan ngan bos dia nadia.nadia ni pun memang syok kat dia tapi memandangkan nadia ni anak org kaya, n selaku bos dia kena tegas n jual mahal sikit.... hhehe kalau nak tahu lebih lanjut pi tengok sendiri. dalam Adnan sempit bukan setakat mereka je yg kelakar tapi best prenz adnan boboy,n wafa pun best.tengok gelagat angah menyanyi pun gempak. tak lupa juga kat Cat n julia selaku bekas mat rempit yg sekarang ni meniaga kat warung ....pasti puas hati ... aku bagi
5* dprd 5*... taniah

u can't do it

13 Januari 2010

pergi jua

Semalam 12.1.2009 pakwe ( atuk ) hubby aku meninggalkan kami. sedih juga rasanya..tapi aku tahan juga.ialah takan aku nak meraung pulak. lepas ni tak ada org lah nak mintak aku duit RM 2.00, senyum ngan aku , cium pipi aku...aduhhh tunggu aku datng...walaupun aku ni kira cucu menantu tapi dsebabkan aku ni ada dlm ketegori yg gila2 tu yg dia syg ngan aku...dulu belum sempat aku nak masuk umah dia dah senyum..pau aku RM 2.00 nak beli pencukur janggut katanya...hehehe. walaupun sebenarnya duit tu dia buat simpan je...ialah keperluan dia semua mak mentua aku sediakan...aku memang respect kt mak mentua aku ni, dia memang mempunyai kesabaran yg tinggi jaga bapak dia...ya ALLAH , ku berharap aku cukup kuat untuk menjaga dan menyayangi kedua ibu bapa aku kelak...AMin