19 Oktober 2013

MIMPI MAINAN TIDO ATAU PETUNJUK

Cerita pasal mimpi.. dalam 2 minggu sebeLum kejadian, aku bermimpi gigi aku tercabut.. masalahnya gigi tercabut banyak .. dan tak sakit pun ..kira gigi aku tertanggal je.. bagun dari tido aku tak sedap hati.. tapi aku tak layan kan sangat hati ni.. malas nak layan sangat dengan mainan tido.. 3 hari selepas kejadian mimpi tu aku pi lah search kat google maksud mimpi gigi tercabut ni.. dan sptkata hati aku ni.. pertanda kurang baik.. kira ada musibah yang akan berlaku. kemungkinan juga kita akan kehilangan orang yang dekat dgn kita.. so SECARA JUJUR AKU TAK LAH PERCAYA dengan perkara perkara ini... mungkin apa yang berlaku kpd mereka kebetulan. Dan nak dijadikan cerita KEBETULAN SELEPAS 2 minggu kejadian mimpi aku tu anak buah en.suami exsident. Dengar cerita tak lah teruk sangat tapi bersimen juga lah tangan dia.. DAN sekali lagi aku katakan INI SEMUA KEBETULAN :)

Bagi aku mimpi mainan tido dan mungkin juga mimpi ni PERTUNJUK . Cuma kita nak tengok suasana mimpi ini bagaimana, dan bagaimana mimpi itu berlaku. Allahualam...

Mimpi ni bermacam macam .. antara mimpi yang aku pernah alami ialah

1.  Suasana orang ramai .. seperti orang meninggal - ( besok nya aku dapat tahu nenek en.suami meninggal dunia. masa tu aku baru nak rapat dengan en.suami dan aku tak pernah pun jumpa arwah nenek dia. aku tak cerita pun dekat en.suami masa tu )

2.  Setiap kali aku berkawan dengan mana2x boy aku akan bermimpi. Di datangi satu lembaga seperti manusia.. dan aku tahu selepas mimpi tu datang hubungan aku akan berakhir dengan perpisahan... Tapi bila aku kawan ngan en.suami lembaga spt manusia tu semakin dekat.. ( ukhh mimpi ni ada cerita.. sehingga aku rasa adakah ini cinta hingga ke jannah.. p/s : lain kali lah aku cite pasal mimpi ni )

3.    Aku pernah mimpi 2 kali aku dah mati. Dan paling ketara mimpi dalam thun ni. AKU dah mati tapi roh aku merayau2x. Ya Allah. Masa tu memang aku ingat aku dah meninggal dalam tido .  Aku tahu .. itu pertanda.. Allah s.w.t masih sayangkan aku. Dia suruh aku ingat pada-NYA :(   .. dan bila aku sedar . aku rasa bersyukur sangat kerana aku masih boleh bernafas..


4. Dan mimpi suasana sekeliling aku.. sampai satu masa aku rasa macam suasana ni dah pernah berlaku sebelum ni.. ( yang ni aku rasa korang pun mungkin pernah alami kan. )

5. Mimpi gigi tercabut - ni pun aku tak cite kat en.suami ..

 Apa sahaja mimpi kita .. kita perlu tahu setiap apa yang berlaku tu ada hikmahnya.. dan itu semua Rahsia Allah S.W.T .. siapa kita untuk menyoal kan apa yang berlaku... Allahualam

05 Oktober 2013

MOOD SEDIHHH... RINDUKAN MY MUM..

Jangan disalah gunakan kuasa yang diberi.. tolonglah jgn dipisahkan dua hati hanya kerana ego kamu....Separuh hati ku milik mu dan separuh hati aku lagi milik dia... sesibuk mana pun aku dalam dunia ku .. tidak pernah sedetik pun hati ku ni melupakannya.. kerana dia adalah sebahagian besar  nyawa ku... tolong jgn gunakan alasan kesibukan aku punca ini semua.. aku sayang kan dia dunia dan akhirat..dia lah hidup ku.. tolong jgn sakiti hati kami.. mungkin kamu tak sedari dalam diam kamu cuba memisahkan kami ... walaupun jauh disudut hati ku merana..menagis..meronta setiap kali kamu berbicara...akhirnya aku tahu.. aku TERPAKSA akur setiap kata katamu ..kerana  syurga di bawah tapak kaki mu...   :( 


** akak rindukan mak **

21 September 2013

Pendekatan Psikologi Dalam Mendidik Anak

Dalam menjayakan usaha mendidik anak menjadi seorang insan yang berakhlak mulia, anda perlukan pendekatan psikologi. Caranya sungguh mudah tetapi menuntut komitmen tidak berbelah bahagi daripada diri anda sendiri. Gunakan ayat-ayat tertera setiap kali berkomunikasi dengan anak di kala anda berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh si manja.

1. “Buatlah Pilihan Sekarang.”
Frasa ini boleh digunakan ketika menyuruh anak melakukan sesuatu. Ataupun ketika mahu menghentikan apa yang dilakukannya pada itu. Cara ini dapat mengajarnya supaya bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan. Misalnya, dia dan rakannya begitu bising bermain di dalam rumah. Jadi, anda mahu mereka bermain di luar agar anda boleh menyiapkan kerja-kerja rumah dengan tenang. Namun, anak anda masih berdegil.


“Kakak, kalau tak boleh main diam-diam, pergi main di luar.” Jika dia masih berdegil, anda boleh membuat tindakan susulan dengan berkata, “Mama rasa, kakak memang nak main di luar.” Cara ini bukan sahaja mengajarnya tentang kesan dan akibat tetapi melatih dia agar bijak memilih dan bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan.

2. “Mama Sayang Kakak, Tapi Cara Kakak Tu Tak Betul.”
Ayat ini dimulakan dengan pujian dan diakhiri dengan nasihat. Inilah cara terbaik untuk memujuk anak yang ada kalanya menunjuk perangai. Dalam keadaan tertentu, dia tidak dapat berfikir dengan baik. Selain itu, kata-kata ini juga dapat menyedarkan anak supaya tidak melakukan perkara yang tidak baik berulang kali. Dia akan faham, jika dia melakukan perkara yang dilarang, bermakna dia akan menjadi orang yang tidak disenangi. Inilah cara terbaik bagaimana anda mendisiplinkan anak dengan cara halus dan lembut.

3. “Boleh Kakak Tolong Mama?”
Jika anak mengganggu ketika anda memasak di dapur, apa kata ucapkan ayat di atas. Ajak mereka membantu anda membuat kerja yang mudah dan ringkas. Biar dia membantu mengemas meja makan dan menyediakan pinggan, mangkuk, sudu dan sebagainya. Ini akan membuatkan dia rasa dipercayai dan bersedia menerima sebarang tanggung jawab.

4. “Apa Sebenarnya Yang Kakak Nak Cakap?”
Bila anak marah, macam-macam perkataan yang terhambur dari mulutnya. “Mama ni teruklah!” atau “ Kakak benci mama!”. Kata-kata ini terkeluar kerana ketika itu dia tidak dapat berfikir dengan baik. Jadi, jangan anggap anak maksudkan apa yang dikatanya.

Cari punca mengapa dia berkata sedemikian. Caranya mudah saja. Misalnya, anak marah bila anda menyuruhnya tidur. Tanya dengan lembut. “Apa yang membuatkan kakak marah sangat pada mama? Sebab kakak tak boleh tengok TV?” Kemudian, jelaskan mengapa anda menyuruh dia tidur. “Mama bukan tak bagi kakak tengok TV. Hari dah lewat, esok kakak nak pergi sekolah. Kalau tidur lewat nanti di sekolah, kakak mengantuk pula.” Penjelasan perlu diberikan agar dia tahu bahawa tindakan yang anda sememangnya wajar demi kebaikannya.

5. “Kakak Kena Faham. Tidak Semua Orang Sama.”
Bila anak mula merajuk dan mengatakan anda tidak berlaku adil kepadanya, ayat ini sangat bagus untuk digunakan sebagai alasan. Anda perlu bantu anak supaya faham bahawa manusia ini dijadikan berbeza-beza. Maka, layanan pun berbeza mengikut keadaan dan tempat.

Misalnya, anak anda bengang bila anda membelikan adiknya sepasang kasut bola. Sudah semestinya anak perempuan tidak memerlukan kasut bola kerana dia tidak bermain bola sepak seperti kanak-kanak lelaki. Meskipun begitu, anda perlu berwaspada dalam soal melayan anak-anak. Jangan sampai timbul sebarang perbezaan yang menjurus kepada melukakan perasaan.    


p/s :  Aku copy paste dari  http://pama.karangkraf.com/kanak-kanak/pendekatan-psikologi-dalam-mendidik-anak-1.11002 .. boleh lah di buat rujukan yee
 

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

Post yang dah lama nak post.. tapi tak terpost.. ukh .. Saje nak kongsi ngan korang cerita Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun ni. Alhamdulillah .. rezeki aku tahun 2012. Setelah 10 tahun aku berkhidmat akhirnya perkhidmatan aku diitirafkan oleh majikan aku kt sini :p ..  Sebenarnya aku tak lah exsited sangat pasal APC ni sebab aku tak sangka langsung aku dapat, Sebab masa beri markah LPTN tu .. markah aku tak lah tinggi mana.. tapi rezeki berpihak pada aku.. Alhamdulillah. Penerima penerima APC akan menerima Sijil dan RM1000.00. Tapi aku tak dapat duit cash tau.. diorg bagi dalam bentuk sijil BSN premium. Ok lah tu kan.. kalau cash hari tu juga habis kot hehehehehe. Kepada kawan-kawan aku.. insyaallah kalau ada rezeki lebih aku belanja korang yee... tapi dalam masa terdekat ni kalau aku belanja pun bukan duit APC tu.. sebab aku tak ada rasa na cash kan sijil BSN tu hehehhe.. anggap lah aku belanja tu nanti atas sokongan korang kat aku :p ..

P/S : TQVM kepada mereka yang pernah MENOLONG aku buat keje ..kira Backup aku lah.. kepada adik-adik PSH yg pernah tolong kak zura Buat OUM tu terima kasih sangat... jasa korang tetap kak zura kenang.... tq tq tq.. :)

p/s : apasal tak lehh masukkan gambar ni eeeeeeeeeeeeee












 

CATATAN 2.40 am

EM.. malam ni rasa nak menulis lah... kenapa tiba2x? saje..

2013 -- Sekejap sahaja umur aku dah cecah 31 thn. Tinggal lagi beberapa bln dah mencecah 35 thn. Pejam celik pejam celik dah umur aku 40thn ( insyaallah kalau sempat ) .. tapi apa kebaikan yang aku dah buat dekat Mak Ayah aku.. Suami aku.. Adik beradik aku.. Saudara Mara aku.. Anak aku.. Majikan aku ..kawan kawan aku.. dan yangpaling penting APA YANG AKU DAH BUAT untuk tuhan ku ALLAH s.w.t .. Ya Allah bertapa kedilnya aku ni.. terlalu banyak dosa yang pernah aku lakukan. Terlalu banyak larangan yang aku langgar.. terlalu banyak suruhan mu yang aku tidak lakukan.. Ya Allah... Terlalu banyak janji yang telah aku taburkan tapi tidak pernah aku tunaikan. Bertapa sayangnya kau terhadap ku Ya Allah..sehingga engkau memberi aku peluang bernafas di bumi ini untuk kali kedua...

Ya Allah ... buka kan lah hati ku ini dengan seluas luas .. tinggalkan apa yang di larang dan buat apa yang di suruh. Ya Allah yang maha pengasih dan Maha Pengampun..ampun kan dosa ku... aku mohon ... sucikan lah hati ku ini dan bersihkan lah jiwa ku ini dari segala kekotoran dan dosa dosa ku.. tabah kan hati ku supaya ku cekal dan bersungguh - sungguh menjadi hamba mu yang taat.. Ya Allah yang maha mengetahui... ampun kan dosa dosaku..hanya Engkau mengetahui setiap perjalanan hidup ku. Ya Allah .. ku mohon jadi lah kan ku seorang Hamba-Mu yang taat , Seorang Isteri yang soleha di samping suami ku Zulkefly , jadikan aku seorang anak yang solehah di samping kedua ibu bapanya, seorang ibu yang pengasih dan penyayang kepada zuria-zuriatku, Seorang pekerja yang berdidikasi , dan seorang kawan yang perihatin..

Ya Allah.. sesungguhnya hati ku terlalu teringin.. mungkin ku pernah berkata tanpa disedari .. sehingga ku di uji bergini. Ya Allah yang Maha Pengasih.. sesungguh aku mohon pada mu .. beri lah aku peluang .. peluang kali kedua untuk menambah zuriat...Biarlah mereka semua berkata apa sahaja tentang diri ku, sesungguhnya mereka tidak perlu tahu apa yang ku rasa.. cukuplah hanya engkau yang TAHU SEGALA-GALANYA YA ALLAH........... 

06 Ogos 2013

SELAMAT HARI RAYA

Semperna hari raya ni aku NOR AZURA BINTI MOHD TAMIN dengan rasa rendah diri mohon maaf kepada semua insan yang mengenali aku. Andai kata aku pernah terlebih bicara, termakan, terminum, terpakai , terkata , terbuat  dan terapa sahaja antara sedar atau pun tidak ... maaf kan lah ye. Kepada Ayah ,mak, abah,mak soya, abang-abang, adik-adik,kakak-kakak  ... saya mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung jari kaki. Kepada kawan-kawan yang pernah aku kenal ... di perak ke..  di selangor ke.. di johor ke.. di penang ke... di kelantan ke.. di kedah ke.. di perlis ke.. di Negeri sembilan ke.. di melaka ke.. di kuala lumpur ke... di putrajaya kee di pahang kee.. Terengganu ke .. sabah kee.. Serawak ke.. aku mohon maaf kat korang... dan Pada korang  yang pernah buat aku tersentap tuu.. jangan risau sebab aku dah maaf kan korang.. iklas aku dah maaf kan korang ..hehehehhe..

Selamat Hari Raya.. berhati -hati  di jalan raya .. ingatlah orang tersayang...

- IKLAS : ZURA TAMIN @ CEKODOK GEBU 
.

07 Jun 2013

WAHAI HATI

wahai hatii bersabar lah.. bukan senang nak jadi senang ..banyak sangat dugaan.. aku ni bukan kah kuat mana pun tp ku tahu yg aku boleh tempuh insyaallah. Tapi dugaan kali ni agak berat dan menyakitkan .. lebih menyakitkan bila ia berpunca dengan org sekeliling kita.. lebih sakit bila org yg rapat dengan kita.

Pada aku Duit tak boleh beli kasih sayang. Duit tak boleh beli maruah. Wahai hamba allah . ko bukannya dtg dari keluarga yg kaya raya , kamu bukannya datang dari keluarga bangsawan sehingga kan kamu belagak dan riak dengan duit yg banyak. Ingat sekali ALLAH S.W.T nak tarik apa yg kita ada..kita menagis air mata darah pun ia takan kembali. .. selagi kita bernyawa di muka bumi ini hargai lah apa yg kita ada..jgn riak sangat kerana kamu dah banyak sangat menyakitkan hati orang sekeliling kamu.. Aku pun terasa.. tapi aku pendam kan sahaja. walaupun kamu tak nak berada di belakang mereka, jangan lah kamu menjadi racun dalam hidup mereka..

Aku mula rasakan sesuatu. Ia .. aku dah mula rasa kan sesuatu.. iaitu aku takut aku RASA HILANG HORMAT PADA KAMU....

19 Mei 2013

HP HILANG LAGI

Rinduuu .. wahh rindunya aku kat ko cekodok gebu.. dah bukan sarang labah labah je sarang tebuan pun ada heehehehhe... Untuk pembukaan cerita yg tak seberapa ni.. pasal HP.. hujung bln april ari tu aku ada rezeki lebih sikit.. so gatai gatai lah nak belii HP .. beli sepasang.. satu belikan untuk en.suami dan 1 lagi untuk aku.. dan nak dijadikan cite 10.5.2013 HP tu aku dah sedekahkan kat orang lain.. ya ALLAH ... punya lah sedih ... sebab baru sangat pakai hp tu.. aku terletak atas keta lepas tu terus naik umah.. mula2x aku call ada bunyi .. so aku anggap hp tertinggal dlm keta .. tapi bila turun bawah nak ambil hp dah tak jumpa.. bila call masuk voice mail. waaaaaa.... tak sampai 2 minggu dah hilang.. ialah benda dpn mata takan org tak nak ambil..tapi aku rasa au tak pernah ambil barang org  kalau jumpa sebolehnya aku akan pulangkan .. tapi bila sampai part aku .. kenapa lah tak pernah jumpa orang yg jujur? akhirnya aku redha je.. mungkin ada sebab kenapa semua ni berlaku.. dan untuk pengatahuan semua sehingga sekarng aku masih belum cari pengganti hp aku. krn aku masih fikirkan sama ada aku nak still guna nombor yg sama atau tukar nombor baru.. sebab nombor yg aku pakai tak sampai 3 thn tu dah 2 kali hp aku hilang dan 1 kali sim kad aku terbuang.. rasanya nak ganti nombor baru je lahh...  tinggal kenangan

 

22 Februari 2013

BILA EMOSI MENGUASAI AKAL

Ukhh bila emosi menguasai akal , memang sakit kah.. sakit yg teramat sakit lah. Sakit bg mereka yg melontarkan emosi dan maybe lebih sakit mereka yg menjadi mangsa emosi. Ia .. yg baca ni pun mungkin emosi  sebab pening kepala dok nak baca ni ...

Emosi aku tak stabil lahh..maybe harmon aku pun tak beroperasi dengan baik kot.. tu yg asyik moody je.. ialah macam mana tak moody kalau perangai masing menyakitkan hati. A kata B , B kata A .. dan akhirnya aku yg menjadi mangsa. Sedangkan sebenarnya sama sahaja aku tengok. Belajar lah jgn hidup berkira sangat , yg untung bukan org lain korang juga.. ni semua nak letak atas kepala aku agak-agak lah.

02 Februari 2013

SAKIT OHH SAKIT..

Ya ALLAH .. ramai sungguh orang di sekeliling aku sakit.. tapi aku masih belum melawat mereka.. cam mana aku nak pi..  En.suami sendiri tak sihat.. kalau aku pi sorang nanti apa pulak diorg tanya.. mana suami ? ukhh .. hati ni melonjak2x nak pi tengok merekaa... insyaallah .. nanti kak zura melawat korang yee..

Adik ipar aku  masuk hospital di kajang. Mula2x doc syaki dia kena SAKIT BHG HATI.. sebab mata dia dah kuning dan bengkak.. lepas tu doc kata dia kena sakit hempedu pulak.. n sekarang doc tak dapat kesan dia sakit apa.. ukhh ... kesian aku dengar.. dah lah adik aku sekarang ni tengah mabuk pembawakan budak.. lepas tu .. suami dia pulak telantar dekat hospital... dan mcm2x masalah lagi lahh.. ukhh .. sabar lah dik ... banyak dugaan ko .. Allah sayangkan ko .. tu yg DIA bagi dugaan ..supaya kita tak mudah lupa dan alpa untuk mohon petunjuk dari-NYA...

MY cousin Angah Yan masuk hospital Serdang.. hari tu doc kata dia sakit perut sebab usus dalam perut dia berbelit.. dah buat rawatan .. ok .. tak lama lepas tu ucu aku call kata anak dia admit kat hospital serdang sebab jangkitan kuman dalam darah dia.. ucu aku apa lagi. ... bantai lah meraung .. dah lah tu sorang je anak pompuan dia.. maybe dia masih trauma kehilangan arwah alang kot.. arwah alang meninggal di usia 17 thn.. Insyaallah ucu.. banyak bersabar.. tak ada apa2x tu.. sekaran ni hospital banyak kepakaran nya... ada ubat tu.. ALLAH sayangkan ucu dan busu sebab dia tahu hamba-NYA mampu menempuh dugaan ini ...

Ayah tak sihat.. dia duk muntah2x .. tadi aku call dia kata dah kurang sikit.. doc syaki ayah keracunan makanan.. ukhh sian ayahh... aku sayang kan ayah aku teramat .. walau pun aku tahu yg aku tak sehebat anak orang lain.. yg mampu beri apa sahaja yg ayah dia mahukan.. aku tak pernah luahkan yg aku sayangkan ayah sangat.. cukup lah aku sorang sahaja yg tahu .. AYAH ADALAH LELAKI YG TERBAIK PERNAH AKU JUMPA... walaupun orang lain menafikan .. tapi bg aku AYAH adalah LELAKI YANG PALING SAYANGKAN AKU... bila aku dengar ayah sakit .. hati aku dah gundah gulana ... aku terfikir sejenak.. aku belum bersedia kehilangan lelaki itu... walaupun aku tahu sejak aku kahwin aku lebih tumpukan rumah tangga aku .. itu tak bermakna aku terus lupakan ayah..

Anak buah aku Nurul Maizatuk Akma.. baru sahaja selesai operation . buang apendik . usia baru 12 thn... tapi dah nak kena kan... redha kan je lahh... semoga ema cepat sembuh ye sayang.. lepas tu pi scholl .. banyak dah class tertinggal..

Aku tak berkesempatan tengok mereka sebab .. en.suami aku sendiri duk demam.. kalau dia dah demam semua benda dia tak nak buat.. ukhh duk umah ..zzzzz sahaja.. suruh mkan ubat pun payah.. tu yg wat aku nak marah ni.. bila aku ckp lebih sikit dia kata aku bising.. dia pening .. bila aku diam ... dia kata aku tak sayang dia.. buat dek je dia demam.. aduhhhhhhhhh poning kepala makcik.. nasib lah babah demam.. kalau tak syg rendam babah dalam kolam tak berapa nak kolam tu... kasi mandi... buang semua anasir2x sentap n menyentap tuuuu .......... zzzzzzzzzzzzzzzzz

29 Januari 2013

JALAN2X DI IPOH

Hari tu ikut En.Suami pi kerja.. dalam masa sama pi jalan2x.. saje lah nak pi merasa pi tambun yg selalu orang cerita tu.. Iklas aku cakap .. boleh lahh .. Aku ada naik dua gelongsong kat tambun tu.. memandang kan aku ni wanita yg agak gayat n penakut sikit.. aku rasa cukup lah sekali je aku naik heheh... kecut perut beb .. aku rasa pun hanya dua tempat tu je yg pencabar. yg lain biasa2x je.. selebihnya aku ngan en.suami teman aqil pi main air.. heheheh... gambar tak banyak ambil pun sebab.. camera aku simpan dalam loker dia yg mahal tu :p


Tasik Gua Elang kat Ipoh

Babah n Aqil

Ni lah Bot yg kami naik .. nak pi seberang ..

Tak tahu apa motif aqil ambil gambar tunduk :p

Tembok jadi saksi cinta kita .. cewahhh :p

Budak Hilang ibu  bapa hehehe

Banyak ikan... n banyak Kura2x.. dari anak ke Moyang dia.. semua ada heheheh

kami baru sampai ke TAMBUN

Peta Tambun

Hanya bangunan ni sambut kami .. bangunan dia cantik juga

Lost Word Tambun

Nak simpan barang korang kena cas - RM 10 ok :)

Byee Tambun 




P/s : diorang kata tak boleh bawak makanan.. sebab ada orang cheak bag kita.. masa aku sampai tu diorang tak cheak bag aku sebab nya  aku join ngan group yg ramai2x datang tu.. diorg tak perasan kot  hehehh :)

WAHAI KISAH SILAM

"Tiada sesiapa pun insan di dunia ni tak ada kisah silam .. biar pun pahit dari hempedu ...kena telan juga..tapi itu bukan alasan untuk dia tidak boleh mengecapi KEBAHAGIAN.... " @ cekodok gebu ....

Kisah silam.. memang pahit.. aku tak sangka aku jumpa kisah silam aku .. aku ingat kan yg aku ni kuat untuk melupakan kisah silam tapi aku silap.. aku masih belum kuat dan betul2x kuat untuk menghadapi nya.. lebih2x lagi bila aku melihat kisah silam aku ni macam tak ada apa yg berlaku. Aku rasa aku tak pernah coretkan kisah silam aku ni pada sesiapa pun.. untuk apa aku coretkan.. untuk apa aku ceritakan jika ia hanya menambah rasa hina , sakit , marah dan benci dalam diri ini. Mungkin kisah silam ni tak rasa apa yg aku rasa sebab dia ada lah pengarah dan aku hanya pelakon. Kesan nya pada aku .. bukan pada dia.. Dan aku harap kisah silam aku ni terus tersimpan dan tidak ada orang akan bertanya atau tahu pasal kisah silam aku.. kepada mereka yg pernah tahu kisah antara aku dan kisah silam ..tolong lahh simpan ..simpan lah dlm diri kamu sahaja. kerana aku malu dan tak sanggup menghadapinya lagi.. biarlah ia menjadi sejarah yg terus di lapuk dek zaman.. . pergi lah ko kisah silam .. tolong jgn singgah lagi dalam diri aku. tolong lah pergi dari kotak fikiran aku .... aku takut sendiri dengan bayang2x hitam yg aku cipta.. TOLONG LAHH .. jangan ko muncul lagi depan aku .. AKU MERAYU... Kerana AKU BENCI kan KO ...Dan SUSAH UNTUK AKU MAAFKAN KO ..................... KERANA KO TELAH MELUKAN HATI AKU DAN KO BUAT AKU MACAM SAMPAH...

25 Januari 2013

MR.BLACK .....

Mr.black cepat lah sihat .. cepat lahh sembuh..aku rasa patah kaki , patah hati mr.black tak ada.. bukan senang org nak layan kita.. bukan senang nak mintak tolong orang.. serba salah rasanya.. karang ckp lebih2x kata kita mengarahkan mereka pulak.. kalau nak tunggu diorg pelawa memang tak ada lahh.. Ya Allah .. nasib lah aku diberi kekuatan untuk bawak spesis mr.black ni .. kalau lah aku mengharapkan orang sepenuhnya memang MAKAN HATI ! .... Baru 1 bln mr.black tak ada, macam2x perasaan wujud dlm diri aku ni.  Biasalah mengharapkan orang layan kita memang tak adalah.. aku ni siapa diorg nak layan.. bukan anak raja pun ..    ukh ukhh... jadi akhirnya aku sendiri terasa hati.. wahai MR.Blackk... plzz bagun lah cepat.. aku memang rindukan ko lahh.. aku memang perlukan ko .. aku memang mengharap sangat kehadiran ko .. kalau ko dah ada tak perlu lagi aku mengharapkan mereka. tak perlu lagi aku menunggu mereka.. nanti kata aku  ni banyak songehh lahh .. apa lahh .. ukhh .. Kalau Mr.Black dah ada .. semua aku boleh buat sendiri lahh.. tak yah aku harapkan korang sangat.. insyaallah aku leh  buat. Sebab aku ni bukan lah lemah sangat seperti apa yg korang fikir... aku mampu buat semuanya.. Cuma sekarang ni aku mintak ehsan korang sebab aku tak ada KAKI nak melangkah .. ukhh ..

mood : hati sedih dan serba salah bila mintak bantuan orang ... aku rindukan mr.blackk akuuuu

01 Januari 2013

3'Z HOME CLEANING SERVICES: WAKTU PERKIDMATAN 3'Z HOME CLEANING SERVICE

3'Z HOME CLEANING SERVICES: WAKTU PERKIDMATAN 3'Z HOME CLEANING SERVICE: Selamat tahun 2013 semua. Kepada semua client kami yang pernah menggunakan perkhidmatan kami , terima kasih atas sokongan anda semua. Segala...