19 Oktober 2013

MIMPI MAINAN TIDO ATAU PETUNJUK

Cerita pasal mimpi.. dalam 2 minggu sebeLum kejadian, aku bermimpi gigi aku tercabut.. masalahnya gigi tercabut banyak .. dan tak sakit pun ..kira gigi aku tertanggal je.. bagun dari tido aku tak sedap hati.. tapi aku tak layan kan sangat hati ni.. malas nak layan sangat dengan mainan tido.. 3 hari selepas kejadian mimpi tu aku pi lah search kat google maksud mimpi gigi tercabut ni.. dan sptkata hati aku ni.. pertanda kurang baik.. kira ada musibah yang akan berlaku. kemungkinan juga kita akan kehilangan orang yang dekat dgn kita.. so SECARA JUJUR AKU TAK LAH PERCAYA dengan perkara perkara ini... mungkin apa yang berlaku kpd mereka kebetulan. Dan nak dijadikan cerita KEBETULAN SELEPAS 2 minggu kejadian mimpi aku tu anak buah en.suami exsident. Dengar cerita tak lah teruk sangat tapi bersimen juga lah tangan dia.. DAN sekali lagi aku katakan INI SEMUA KEBETULAN :)

Bagi aku mimpi mainan tido dan mungkin juga mimpi ni PERTUNJUK . Cuma kita nak tengok suasana mimpi ini bagaimana, dan bagaimana mimpi itu berlaku. Allahualam...

Mimpi ni bermacam macam .. antara mimpi yang aku pernah alami ialah

1.  Suasana orang ramai .. seperti orang meninggal - ( besok nya aku dapat tahu nenek en.suami meninggal dunia. masa tu aku baru nak rapat dengan en.suami dan aku tak pernah pun jumpa arwah nenek dia. aku tak cerita pun dekat en.suami masa tu )

2.  Setiap kali aku berkawan dengan mana2x boy aku akan bermimpi. Di datangi satu lembaga seperti manusia.. dan aku tahu selepas mimpi tu datang hubungan aku akan berakhir dengan perpisahan... Tapi bila aku kawan ngan en.suami lembaga spt manusia tu semakin dekat.. ( ukhh mimpi ni ada cerita.. sehingga aku rasa adakah ini cinta hingga ke jannah.. p/s : lain kali lah aku cite pasal mimpi ni )

3.    Aku pernah mimpi 2 kali aku dah mati. Dan paling ketara mimpi dalam thun ni. AKU dah mati tapi roh aku merayau2x. Ya Allah. Masa tu memang aku ingat aku dah meninggal dalam tido .  Aku tahu .. itu pertanda.. Allah s.w.t masih sayangkan aku. Dia suruh aku ingat pada-NYA :(   .. dan bila aku sedar . aku rasa bersyukur sangat kerana aku masih boleh bernafas..


4. Dan mimpi suasana sekeliling aku.. sampai satu masa aku rasa macam suasana ni dah pernah berlaku sebelum ni.. ( yang ni aku rasa korang pun mungkin pernah alami kan. )

5. Mimpi gigi tercabut - ni pun aku tak cite kat en.suami ..

 Apa sahaja mimpi kita .. kita perlu tahu setiap apa yang berlaku tu ada hikmahnya.. dan itu semua Rahsia Allah S.W.T .. siapa kita untuk menyoal kan apa yang berlaku... Allahualam

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam