31 Disember 2011

AZAM 2012

Semoga tahun 2012 ini mendatangkan sinar kebahagian pada aku n famly. Spt org lain aku pun ada keinginan 2012 ni...meh cheak apa yg aku ingin 2012 ni..


SOLEHA

Aku nak jadi wanita soleha... Sebagai isteri yang setia dan taat Disisi SUAMIku , Ibu yang pandai dan penyayang di samping anak-anakku, Seorang anak yang menurut kata di samping kedua ibu bapa ku, sebagai adik dan kakak yang mengambil berat di samping adik beradik ku, kawan2x yang baik di samping kawan2x ku, Makcik yang perihatin disamping anak2x saudara ku.....dan yang pasti SEBAGAI HAMBAMU YANG TAAT KEPADA MU YA ALLAH....


KURUS

Memang la nak kurus.. tapi tak lahh kurus macam ni .. buruk na rupanya... laki aku pun tak lalu nak negok.. hahhahaahah.....


KAMERA

Benda ni dah lama aku nak beli tapi sehingga kini tak dipersetujui MR.zul.. ukhhh tak suka :(


DUIT

Semoga Rezeki aku bertambah banyak.. semoga duit bertambah banyak.. ukhhh mcam la sekarang ni banyak duit.... hahahahahha



ANAK

ukhh... Harap tahun ni ada lahh rezeki aku tambah zuriat ...u.p kepada mereka yang selalu bertanya... AKU BUKAN TAK NAK TAMBAH ANAK LAGI ... CUMA REZEKI YG TAK ADA... KALAU DIIKUTKAN HATI MEMANG AKU TERINGIN SANGAT TAPI APA KAH DAYA.. MUNGKIN ADA SEBAB KENAPA AKU MASIH BELUM ADA REZEKI LAGI... JADI JGN LAH KORANG KATA AKU SENGAJA TAK NAK ANAK... SEDIH TAU


HANDPHONE

Disebabkan handphone aku hilang..maka aku maukkan dalam senarai azam untuk dapatkan yang baru.. :p


RUMAH
1.
Ni hanya contoh... ttak ada lah nak sampai besar mcam ni...kang tak pasal2x BPR dtg ukhh.. tapi kalau ada rezeki terpijak ... YA ALLAHH.. BERTAPA AKU BERSYUKUR ... AMIN..


P/S : MAAF YE KALAU ADA GAMBAR RAKAN YANG TAK DI INGINI... AKU SEKADAR COPY N PASTE SAHAJA... TAK ADA NIAT BURUK PUN.... PINJAM YE PIC KORANG ... TQ

SUKA DUKA 2011

Ukhh Banyak kenangan manis dan pahit 2011 ni.. Akirnya 2011 dah nak melabuhkan tirai ...
1. Mintak Tukar bahagian - tidak diluluskan krn tiada tempat kosong
2. Firstime pi ICT Shah Alam ... seronok.. Main Salji tipu2x3 .
3. Mac - aku dapat tahu keberanan yg menyakitkan hati aku.. sungguh aku tak sangka kepercayaan aku berikan disalah guna.. aku benci dia ketika itu... tak akan aku lupakan sampai bila2x
4. Aku Rasa seronok sangat Akhirnya FB telah satu kan aku balik ngan kawan2x aku kat slim river.. Noli,Ramadhan , salwarna, epoy, hasrol , azian, dan ramai lagi.. aku rindu lah ngan korang
5. Mei - aku ambil exam KPSL .. Kantoi hehehhe
6. aku demam,sakit elok..demam balik.. sakit balik elok balik..ukh ukhh
7. Aku mula buat biz online - Bagi nama UZMA ABADI -- Suam-suam kuku
8. Mohon Rumah 1 Prima di putrajaya...--- tidak berjaya
9. Pergi Jalan2x - Langkawi -Morib - Kuala Selangor - Klumpang Tanjung Malim ..
aku jumpa lin balik
10. Dan Penutup 2011 ni HANd Phone aku sekali lagi hilang............. uwaaaaaaaa

RUMUSAN : 2011 ni banyak sangat dugaan yang aku tempuh... alhamdulillah... aku berjaya atasi walau macam mana cara pun.. nanti kan kegembiraan aku di 2012 ...

AZAM 2011 - TAK BERAPA BERJAYA DAHHH

Azam aku tahun sudah... 2011...
SELAMAT TAHUN BARU
1. AKU NAK TAMBAH ZURIAT - INSYAALLAH KALAU DI IZINKAN 2. AKU NAK MAJUKAN DIRI 3. AKU NAK SIMPAN DUIT SEBERAPA YG DAPAT ( kira tak nak membazir sangat la ni ) 4. AKU NAK JADI ISTERI YANG SOLEHAH/TAK KUAT MELAWAN/DGR KATA 5. AKU NAK SERLALU TERSENYUM 6. AKU NAK JADI PEKERJA BERDIDIKASI 7. AKU NAK JADI ANAK YANG BAIK 8. AKU NAK JADI IBU YANG BAIK/PANDAI 9. AKU NAK KURUS 10. DAN YANG PASTI AKU NAK TAMBAHKAN ILMU AKHIRAT DLM DIRI INI... emm rasanya banyak yg tak terlaksana lahh hehhehe

29 Disember 2011

AKU DAN HP NOKIA AKU...

ni lah Hp pertama aku.. Hp Nokia 3310... tapi tak berapa nak ingat .. lah hp ni aku dapat ke atau beli. aku rasa macam alang aku bagi.. ialah masa tu aku dah keje.. tak lama lepas aku pakai aku pass hp tu kat adik..atau HP aku ni hilang.... sory lahh hp nokia 3310 ni rasanya tak berapa nak ingat sangat kisah pahit manis aku ngan hp ni.. makcik dah tua hahhaha
ni hp aku selepas nokia 3310.. Hp ni aku sayang sangat.. sebab firs time aku beli hp guna duit aku sendiri.tapi aku beli second hand ngan alang aku. Dia jual RM400.. ukhhhh tak pe lahh dia pun baru pakai je hp tu. Aku beli hp 2100 ni masa aku keje sambilan ngan KDN.. aku ada cite ngan HP ni.. HP ni pernah hilang dulu. Masa tu ada budak PAR dari JPM hantar surat kat tempat aku..aku syak dia yg ambil sebab sebelum dia datang HP aku ada atas meja. dan kebetulan lepas dia pergi hp aku dah hilang. Pada mulanya dia tak nak mengaku tapi akhirnya dia pulangkan juga. Dan semenjak hari tu budak tu dah tak hantar surat kat opis aku. Dia suruh orang lain hantar. Terima kasih lah kat Abang2x pengawal KDN masa tu cam Abang ajak, abg karim, dan lain2x sebab susah2x je tolong call kat opis mamat tu dan suruh budak tu pulangkan. Kami ugut katakan yg kami dapat tangkap gambar dia... ukhh nak curi pun jgn lahh curi dekat pejabat besar2x. ni Pejabat KSU yang lengkap ngan CCTV... nasib lu lah bro .. ukhh ..
N70..... satu-satu nya HP aku yang paling mahal. Masa aku beli ni pun harga dia baru keluar RM1200++...baru dpat duit KWSP aku tangkap hp ni.. seperti biasalah hayat hp ni kat aku setakat 3 tahun..lepas tu Hp aku masuk Air Kopi ... sejak tu dah tak leh bukak ... ukhh
HP Nokia Clasik 2370.. aku pakai HP ni selepas je nokia N70 aku masuk air kopi....Rasanya aku beli Hp ni kat member opismate aku.. dia ada kedai HP... Aku mintak kat dia RM300.. dpat duit ot terus aku beli.masa aku beli kalau tak salah tahun 2009..tapi sedih juga sebab 23.12.2011 Hp aku hilang.So hayat HP ni kat aku cuma 2 tahun sahaja..Balik dari Resort Klumpang... aku dah tak jumpa HP aku .. Mungkin aku tertinggal, mungkin tercicir atau mungkin terbuang ... uwaaaannnnnnnnnnnn sehingga hari ni aku masih belum beli HP lagi.. sapa nak sedekah hp kat aku? angkat tangan.... Itu lah sejarah HP Nokia ku bersama aku.. rasanya ada Hp lain aku pakai tapi tk ingatlah sebab bukan Hp Nokia.. n aku dapat pun rasanya aku dok pau abang2x aku :p

28 Disember 2011

SBPA - PERBINCANGAN CUEPACS NGAN JPA

Ukhh sebagai kakitangan badan angota kerajaan ni.. aku nak belajar ikut perkembangan terbaru SBPA ni ... kalau leh tak nak tertinggal.. sejak 2 menjak ni banyak kekeliruan yang aku dengar tentang SBPA ni.. nak komen lebih2x tak berani lah. tapi sekadar menulis dan memberi pendapat leh lah hheeh. yang aku tahu pasal SBPA yang terbaru aku dengar sekarang ni ... selepas sahaja DATO' HAJI OMAR OSMAN Presiden Cuepacs dok berbincang ngan JPA kata sepakat telah diambil.. ada beberapa perkara telah dipersetujui oleh kedua pihak untuk membuat perubahan... Tapi yang PALING AKU SUKA DENGAR .. 1. Bagaimanapun, beliau mengulangi pendirian CUEPACS menolak sebarang pengambilan orang luar yang bukan dalam perkhidmatan awam berkhidmat dalam sektor berkenaan. “Kita tetap membantah polisi ini kerana kita hanya mahu orang dalam perkhidmatan awam saja mengisi jawatan tertinggi dalam sektor awam,” katanya. 2. Beliau berkata, pada pertemuan itu, CUEPACS gembira apabila JPA juga bersetuju membuat semakan semula terhadap 250,000 kakitangan awam dalam kumpulan gred 17 yang tidak berubah. “CUEPACS dengan JPA tidak ada perbalahan cuma kita kesal kerana ketika proses menyediakan SBPA, CUEPACS tidak dijemput bersama untuk memberi pandangan. “Namun, kita lega semuanya dapat diselesaikan dengan baik termasuk semakan segera kakitangan awam kumpulan gred 17 seperti di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen membabitkan pembantu tadbir dan perkeranian yang gred mereka tidak berubah,” katanya. UKHH aku harap sangat aku dalam ketegori 250,000 kakitangan badan anggota gred 17 yg akan akan dapat perubahan gaji .. ukhhh ..

MACAM-MACAM CERITA

assalamualaikum.. emm lama nye tak menulis kisah merapu meraban aku ni kan? Masa tu ada tapi kemalasan mengatasi kerajinan ..so aku wat dek je lah. Cite banyak nak di ceritakan. Pasal Famly day sebelah en.hubby aku kat Kuala Selangor.. aku wat operation gigi.. besday Mr.hubby aku, cite aku gi kenduri kahwin kat slim river.. jumpa kawan lama SALWANA, RAMADHAN DAN EPOY.. Tak sangka jumpa diorg. Hari tu pi kenduri kahwin hasrol dkt klang. Lepas kenduri terus pi Klumpang.. dok mandi manda ngan separuh famly mr.hubby... dan cite last sekali ialah Hand Phone aku pun telah aku sedekahkan dekat sana .. ( kira2x dah hilang lahh ) hehhe.. cian aku aku kan... aku rasa nak cite semuanya tapi tak tahu mana satu yang nak cite. Lastly mesti aku malas nak tulis apa2x pun hehehe...

13 Disember 2011

ZULKEFLY MOHD DRIS

PERINGATAN UTK DIRI SENDIRI,ORG TERSAYANG DAN KAWAN2x ... Hidup zaman sekarang memang perlukan duit... tapi jika krn duit kasih sayang boleh berkurangan...kebahagian boleh diragut.. kepercayaan boleh diragui... aku tak nak...Biar kita hidup sederhana .. janji kebahagian MILIK KITA

10 Disember 2011

3 Disember 2011 - HAPPY ANIVERSARY ZUL & ZUE

uhh baru hari ni rasa nak menulis ..heehh walaupun lambat tapi aku tulis juga..3.12.2011 genap 7thn perkhawinan aku ngan suami ku ZULKEFLY BIN MOHD DRIS. ukhh bukan lah aku nak berbangga ( tapi sebenarnya aku bangga :p ) cuma aku nak berkongsi kegembiraan tu ngan kalian.. susah senang, pahit mauh aku harungi ngan dia.. bukan senang tau nak tempoh 7 thn tu... mcm2x perkara yg terjadi.. Alhamdulillah .. sudah tersurat jodoh aku masih bersama ngan dia dan aku harap biarlah jodoh aku hanya dgn dia di dunia n akhirat..walaupun kadang2x mulut aku ni berapi cam me magie kari berapi tu .. tapi dia masih boleh bertahaan.. walaupun kadang2x ckp dia menguris hati mcm luka kena air limau ( pedih beb ) ak masih boleh berfikir .. tu lah kehidupan kami.. kadang2x lelaki ok .. perempuan mcm sengal .. kadang2x perempuan ok lelaki macam hampeh ..hehehhe ... itu lah rahsia kebahagian kami...rumahtangga aku mcm org lain .. ada juga marah2x sayang cuma sikap aku ngan hubby ni tak suka berpanjangan... salah sorang dari kami akan pastikan ..mcm mana marah pun, mcm mana merajuk pun tak boleh lebih dari 1 jam..kalau terlebih pun mungkin lepas merajuk tertido n sedar balik dh ok ... . OK lahh panjang lah entry ni.. ZULKEFLY BIN MOHD DRIS ... TERIMA KASIH KRN KAU SUDI MENERIMA KU SEADANYA TERIMA KASIH KRN MASIH SAYANG KAN DIRIKU DARI DAHULU HINGGA KINI TERIMA KASIH KRN KAU SUDI BERKONGSI SUKA DAN DUKA BERSAMA2X 3.11.2004 TARIKH KERAMAT BUAT KITA TARIKH BERMULANYA KEHIDUPAN KITA SBG SUAMI ISTERI TARIKH DIMANA KO MELAFAZKAN AKAD.. DAN MENISTERIKAN DIRIKU TARIKH DIMANA BERMULANYA DETIK KU MENJADI ISTERIMU ABANG.. BIARPUN KITA TIDAK SEALIRAN BIARPUN KITA SERING BERCANGGAH DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN WALAUPUN ABANG BUKAN JUTAWAAN DAN HARTAWAN TAPI SAYANG BERBANGGA KERANA ABANG SUAMI SAYANG SAYANG LEBIH BAHAGIA DARI MEREKA YG MEMPUNYA KERETA BERDERAT RUMAH BANGLO SETINGGI KLLCC.... SEKALI LAGI... TERIMA KASIH SUAMI KU.. KO LAH WIRAKU.. KAU LAH PELINDUNGKU..KAU LAH JIWA KU.. KAU LAH SEGALANYA DLM HIDUPKU ... hahahah jiwang karat - LOVE -

01 Disember 2011

SISPPA

Salam... saje nak kongsi cite.. tadi masa tengah wat keje ( wat keje lah sangat ) heheh member aku Eyna n Hana dok tanya IC aku.. ialah aku ingat kan diorg nak wat pe.. tiba2x bila aku pi kat tempat diorg ni n diorg tunjukan kat aku yg nama ak telah digunakan sebagai contoh di MANUAL PENGGUNA cara mengisi borang exam secara online lagi http://www.moe.gov.my/sisppa. ... apa dahhh.. heheh .. cam mana pulak nama aku yg naik heheh .. tak pe lahh.. glomor jap ( ukhh perasan sungguh anak tamin ni ) hahahah :p

24 November 2011

HARI GOV DPT GAJI

salam.. yu huuu selamat pagi.. n salam sayang kepada kawan2x.. heheh macam lahh ramai kawan dalam ni.. sorang pun tak ada jadi list ..ukhh sedihh..tk pe lahh.. setakar syok sendiri je.. ukh tak pelahh.. ( memujuk hati yg termalu sendiri uwweekk ) ... Hari ni kakitangan kerajaan dapat gaji.. emmm mcm-mcm dh dalam kepala otak ni.. nak beli tu, nak beli ni, nak bayar tu, nak bayar ni, nak makan tu, nak makan ni.. ukhh banyaknye nak.. .. tapi sekadar nak jelahh..heheh.. Hari pertama dpat gaji perkara yg perlu dilakukan 1. Selesai kan dulu hutang piutang yg dibuat sebelum dpt gaji ( ukhh amalan yg jgn diikut ) 2. Asingkan duit taska anak 3. Beli Susu n pampers anak 4. Asingkan dulu duit kereta 5. Beli barang dapur 6. Asingkan duit minyak keta/moto,duit belanja harian, duit emengency ( penting .. walaupun RM10) itu lahh perbelanjaan setiap bulan.. baki baru boleh belanja.. OPSSS nanti kalau ada SALE....... uwaaaa duit tak cukuppp ... ( ni duit makcik + ngan duit gaji makcik hehheh ) lebih duit suami makcik lah ..uweekkk p/s : KEPADA ADIK2X KAT LUAR TU , BELAJAR LAH SEPANDAI YG BOLEH .. BILA KELUAR NANTI DPT KEJE BAGUS, ADA BANYAK DUIT .. BOLEH LAHH NAK SHOPING LEBIH SIKIT.. YEE... oopss bila makcik zura dh membebel.... BYEEEEE --Love--

22 November 2011

DEMAM LAGI

HARI ni aku demam lagi. Semalam aku demam juga. Lusa demam teruk juga.. sebelum lusa dh rasa nak demam ... tapi yg pasti esok dh kena pi keje.. hhe apa yg ko merapu meraban ni zura ooiiiii

31 Oktober 2011

RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN PART 3

SAMBUNG yeee..

hheheh spt yg aku cite hari tu aku nak uplod gambar kat morib.. tapi kamera aku pulak ada masalah.. jadi aku pakai camera HP je lahh .. itu pun bukan HP aku .. heheh .. layan je lahh yee..












Rumah yang aku tunjuk ni Rumah berkembar 2 bilik. Bilik pertama besar juga tapi bilik kedua kecik.. ngam2x lah masuk 2 katil single dan almari. dalam rumah tu semua peralatan dh cukup. bilik air pun ada dua dalam rumah .. kira setiap bilik ada toilet lah. Emm ada astro juga heheheh. Ret rumah aku sewa RM50 satu malam n banglo RM 60 satu malam..

Aku cadangkan kalau nak dtg lebih dari 2 famly baik sewa banglo sebab memang berbaloi lah.. umah dia besar sangat..tapi kalau setakat 2 famly baik sewa rumah berkembar ..kalau sewa banglo heheh takut lahh... Dkt luar umah ada tempat BBQ dan juga taman permainan untuk kanak2x. kiranya budak2x tak boring lah... swiming pool? tok sah harap .. memang tak ada untuk rumah persekutuan hehehe.... Apa2x pun bagi aku rumah Peranginan Morib ni memang best...berbaloi. n relex... Nanti kalau aku dapat gambar yg lagi best aku uplod lahh tapi tak janji heheh... SELAMAT BERCUTI ...

RUMAH PRIMA 1 MALAYSIA

SALAM..

Dari post aku hari tu .. aku ada cite kan yg aku mohon rumah prima 1 malaysia.. emm nampaknye bukan rezeki aku lagi lahh nak ada umah.. tak ada ong la no.blothing aku ..725 .. mungkin aku tak cukup layak kot nak dpat umah tu... ukhh frust juga, tapi mr.zul pujuk aku.. dia kata rumah tu mahal .... YEKE? uwaaaaaaaaaaaa

30 Oktober 2011

STARTER KERETA ROSAK

Salam ... hari tu masa aku nak pi morib aku ada ckp kan ada masalah sikit..masalahnya ialah KERETA AKU ROSAK LAGI... uwaaaaa .. baru servis keta, tukar tayar, tukar bateri habis uwit ... hari ni tambah lagi.... tak sampai 1 bln semuanya berlaku dlm sekelip mata.. mana nak cari duit ni... anggaran dalam RM800 +++ ... menurut pomen keta tu... masalahnya dari starter enjin... entah lahh setahu aku ada starter kunci jeee... tak tahu pulak ada starter enjin selama ni.. banyak betul dugaan aku ... YA ALLAH.. semoga dikau permudahkan kehidupan kami sekeluarga...

29 Oktober 2011

RPP - MORIB PART 2

ALHAMDULLLAH .... selamat akhirnya aku sampai kat RPP Morib ni.. walaupun dari mulanya macam2x dugaan tapi akhirnya sampai juga... ok aku pilih umah berkembar 2 bilik.. aku sampai dlm pukul 11.50 mlm ... mata pun cam ngantuk .. nanti aku sambung yee...

28 Oktober 2011

RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN MORIB 1

Part 1 Salam ... ukhh dugaan sungguh aku nak pi morib ni. ialah sebelum aku bercerita perkara yg best aku nak cerita yg sedih dulu... Hari ni aku dh tempah la nak pi morib .. aku pi dari 28.10.2011 - 30.10.2011 .....aku mohon rumah peranginan persekutuan morib.. kalau nak diikutkan aku pernah mohon rumah peranginan ... tapi kat langkawi lahh... kira okk juga..hari pertama ni... aku gerak dari rumah mak aku jam 4.00 ptg .. patah balik putrajaya sebab mr.zul tertinggal walet.. tengah isi minyak dkt shell tiba2x keta aku breakdown .. tak boleh start. ukhh baru je hari tu keta aku breakdown sebab tak ada bateri ... hari ni breakdown lagi.. tak tahu lahh apa masalahnye ..ukhh... ingatkan dh tak jadi pi morib.. tiba2x mr.zul kata dia pinjam keta mak puchong.. ukhh bersinar kembali harapan aku nak pi sana... nanti kan episod seterusnyaaaa heheheh... kalau korang nak pi sewa rumah peranginan ni pi je kat http://peranginan.bph.gov.my ..... khas tuk kakitangan kerajaan yeee... hheeh ;p

18 Oktober 2011

SERBA TAK KENA YG TERLAMPAU

i verry tired..... yeke... tapi apa yg aku buat sampai penat sangat? Sebenarnya aku ni dh malas sangat. Keje opis tak nak buat,keje umah tak nak buat, my beloved aqil n mr z asyik kena marah, org gurau sikit terasa, n macam2x lagi lah... Kesian tengok diorg. Mungkin diorg pun pening tengok aku..serba tak kena. Aku? aku lagi pening tengook perangai sendiri. Semalam bersambung pagi ni nak bukak akau baru FB tak boleh..adake dia kata 'ANDA TIDAK LAYAK DAFTAR FACEBOOK'. ISK TAK hangin satu badan. Nak je aku hempuk semua ni.. kenapa aku nak bukak akaun baru? adalah... tungguuuuu. Hari ni pun dh siap tup2x malas pulak nak pi OT. Akhirnya aku sambung ngdap komputer ni... apa aku tulis pun tak faha...

RUMAH PRIMA 1MALYSIA PUTRAJAYA

emm rajin pulak rasanya nak menulis hari ni.. heheh .. hari ni aku nak cite pasal ketidakpuasan hati terhadap beberapa perkara.. salah satu nye proses pemilihan RUMAH PRIMA 1 MALAYSIA baru baru ini. Ilahh.. kata untuk mereka yg tak ada rumah tapi kenapa lahh bukak untuuk mereka yg dh ada umah juga.. berilah keutamaan kepada mereka yg tak ada rumah langsung... aku pun ada mintak juga lah tapi tak tahu lahh ada peluang ke tidak... tunggu n lihat je lahh.. kalau bukan rezeki aku. buat macam mana pun tak akan dapat juga.....

AKU NAK CERITA PASAL SOMEONE

Salam.. Alhamdulillah ..terima kasih dengan rezeki yg telah diberikan.... Amin... Hari ni aku nak cite sikit pasal someone... someone yg hadir dalam hidup aku. someone yg kehadirannya pernah membuatkan hati aku tak berapa berkenan..someone yg hidupnya belagak nak mampos... mungkin tak sesuai lah aku bercerita tapi tengah aku buat kerja .. tiba2x aku terlintas pasal someone ni. Aku tak lah nak menidakkan kebaikan dia, aku bukan lahh nak mengiyakan kelakuan dia .. tapi aku sekadar nak meluahkan apa yg terpendam.. dh lama cuma aku tak berani nak luahkan kerana tak nak mengeruhkan keadaan... Dia ni kadang2x ok tapi kadang2x tak ok. Sikap dia yg aku rasa cukup belagak ni semakin terselah semenjak dia dapat kerja. berterus terang aku cakap yh aku CUKUP TAK SELESA bila dia ada bersama2x ngan aku . Sikap dia acuh tak acuh membuat kan aku rasa dia ni memang jenis belagak nak m****s.. Elo... aku tahu lah ko ni bekerja tapi tak bermakna ko leh bersikap kureng ngan org lebih tua dari ko.. jgn nak belagak sangat kerana apa yg kita ada di dunia ni tak selalu nya kekal.. aku memang respeak lah kat ko sebab ko bab agama memang first clas tapi sikap ko yg sombong n belagak tu takk kan kemana lah....... SERIUS AKU CAKAP.. YG AKU TAK SUKA SIKAP KO YG BELAGAK TU.. kalau ko ada sekali dlm satu majlis aku rasa nak angkat kaki je blah.. tapi sebab mengenangkan org tua tu aku tahan je perasaan ni...Aku cuma ada rasa respek kat pasangan ko aje.....

15 Oktober 2011

blogg aku ada masalahh dahh

ukhh testing... blog aku ada masalahh .. helppp

04 Oktober 2011

KURSUS BUKU PERKHIDMATAN

salam.... hehee lama rasanya tak menuliskan.. pada mulanya nak uplod gambar raya tapi kemalasan lebih banyak dari kerajinan ( hehe apa ayat aku buat ni ) 5.10.2011 - 6.10.2011 aku ada kursus di bangi.. masuk 8.30 - 4.30 ... spt biasa.. kemalasan mengatasi kerajinan.. tapi apakah daya kursus ni anjuran BSM,KPM. Rela ke tak aku kena pi juga...

24 Ogos 2011

HARI RAYA MAKIN TIBA

Salam... hari raya makin tiba.. tapi mood raya aku kurang lah. tak tahu kenapa. Kuih muih ada lah aku beli sedikit dkt kawan2x. ialah tolong kawan2.. nantilah bila aku sempat aku ambil gambar. Mungkin mood raya aku sampai lambat kot..bila aku tak tahu heheheh.... Aku rasa aku dh berjimat sangat dh tapi perbelanjaan aku tetap terover :p isk isk iskk... help me

09 Ogos 2011

MAKAN TAK SEDAPP

Salam... aku bukan lahh nak merungut atau tidak bersyukur dgn rezeki pada hari ni tapi aku nak mempertikaikan peniaga2x ni berniaga... ialah sekarang ni susah nak jumpa org iklas nak bg kita makan.. semuanya sebab duit... tadi aku beli je lahh makanan kat bazar ramadhan..iaalh setakat aku ngan aqil malas nak masak.. aku beli

NASI KERABU DAGING ( 4 KETUL) - RM 5.00 ( DH NAK BASI )
NASI LEMAK KOSONG - RM 1.00 ( MASIN GILA )
BIHUN - RM 2.00 ( HANGET )
MARTABAK - RM 2.50 ( SEDAP )
SATA - RM 2.00 ( IKAN GATAL )

= KESELURUHAN... CAM HAMPEHHH

08 Ogos 2011

Taucu Sefood

Salam.. hari ni sampai umah kul 6.30.. ukhh kelang kabut aku dibuatnya.. tak lehh merungut lebih2x, nanti mr.hubby tak bh balik lambat lagi heheh.. jom lahh layan aku masak apa hari ni..




Sebenarnya masak Taucu sefood ni aku dgr cari mulut kawan aku.. so aku cu balahh heheh.. Mr.Hubby kat OK... :p . Tadi aku sempat buat mee kuah bebola, sayur kailan belacan, sefood taucu.. layannn


PJJ - OUM

salam.. sepatutnya story ni nak cite semalam tapi disebab kan kekanan masa tak jadi... n bila nak nulis pagi tadi pun tak jadi sebab ada perkara2x tak best berlaku.. ialah monday blues.. tapi semuanya dh terkawal.. sebab dia mintak maaf ngan aku.. ialah katanya dia ada masalahhh... ukhh Kak long lain kali sebesar mana pun masalah tu cuba belajar cooll.....

semalam aku pi opis di temani aqil.. cian dia .. selalunya mr.hubby aku jaga tapi kebetulan dia pun ada hal terpaksa lah aku bawa aqil heheh


Ini lahh nasib bila ibu dh bekerja.. cian anak ibu... ukhhukh


ni lahh rupa meja aku.. ni dh kira kemas lahh dari biasa hehehhe


antara permohonan cikgu2x yg perlu aku selesaikan hingga 19.8.2011



ni kak lina.. staff baru masukk.. hehe tengok lahh meja dia.. TQ kak lina sebab tolong saya :p


First time aqil ngigau.. dia ambil air.. lepas tu sambung tido heheheh











AKU RASA MARAHH YG TERLAMPAU

salam... aku rasa marah yg sangat pagi ni...tapi sekarang ni boleh lahh cool sikit.. kalau lah aku menulis masa marah tadi dh tentu budak tu kena maki dalam blog aku..
Aku tak tahu lahh apa masalah dia sampai dia terbawa2x dkt opis.. Pagi2x buta dh buat aku merahhh..punca sikit... je .. ialah dh masing2x ada keje yg diberi jgn lahh nam merungut. Dia ingat dia tu hebat sangat ke? Kononnye dah set kat mind pagi2x nak b uat keje apa lhh.. lepas tu bila sampai opis ada keje lain nak merungut.. ialah org suruh wat ot tak nak.. katanya susah lahh anak dia.. lepas tu kalau org lain cakap lebih sikit.. mulalah nak melenting... iskk nanti lah aku sambung.. .. dia ada dkt aku .. tak syok nak tulis.. uggguhhh

04 Ogos 2011

LELAKI + WANITA

Salam.. hari ni aku nak menulis perkara yg agak pedih telinga n hati manusia bergelar lelaki yg membaca tulisan aku ni... aku tak tuju dkt sesiapa cuma aku ingin meluahkan apa yg aku rasa n apa yg aku lihat.. MAAF KALAU ADA YANG TERASA...

KISAH 1

Si suami seorg yg terlalu tinggi egonya.. hidup tak pernah nak rasa susah.. mungkin bagi dirinya ia dh terlalu bagus. Si suami berhenti kerja.. rasanya dh hampir 3 thn si suami tak bekerja.. kalau kerja pun setakat kerja main2x. Si isteri seorg yg sabar sanggup bersabar dan terus bersabar.. setelah tidak tahan dengan kesusahan yg terlampau akhirnya si isteri carI kerja dan menyara lah ia suaminya dan anak nya yg seramai 4 org... YG SI Suami seorg kaki perempuan tidak pernah bersyukur dgn apa yg dia ada.. dh lah bini sara hidup dia..boleh pulak dia pergi menggatal dgn betina lain....Ya ALLAhhh dahh lahh ko tak bg nafkah zahir b batin kat isteri ko..boleh pulak ko curang hukk dasar Jantan tak sedar diri ... ADAKAH HIDUP KO NAK MENYUSAHKAN KAUM HAWA JE...



KES 2

si suami nak pergi cari brg katanya... tiba2 dkt 4 bln tak balik rumah.. si isteri terus menunggu dan terus menunggu... opss nanti aku sambung balik... mr zul nak keluar mkn lahh hehehe

03 Ogos 2011

MOREH DI MASJID BESI

Salammm .. aku rasa ada 2 cerita aku nak dok tulis ni.. first story... biarlah yg gumbira.. semalam aku ,mr zul n aqil pi berbuka dkt masjid besi..saje ubah angin. Sebenarnya aku pun dah lama tak pi terawih n pi masjid. semenjak aqil lahir ni.. aku banyak habiskan masa dkt umah je. smlm masa pi masjid tiba2x memory aku dtg kembali. yap aku rindukan masa zaman dkt slim river dulu... rumah dkt masjid. Masuk je waktu ramai2x turun pi sembahyang.. lepas magrib beratur lahh makan morehhh... heheh best gila.. memory tak akan aku lupa. banyak sangat kenagan aku kat masjid tu.. masa aku kecik dulu.. mak aku sewa dkt rumah wakah.. bln2x RM60... jiran sebelah rumah aku ialah keluarga Pakcik nordin n Makcik yan.. aku kamcing ngan anak dia ... emm ramai juga yg duduk dkt kawasan tu.. bila waktu petang kami main ronders.... tak pun main getahhh.. tak lama lepas tu.. dtg budak baru.. anak ustaz.. kami pangil dia FI..heheh dia suka sangat menyanyi.. emm ada jiji...juga.. iskk ok lahh aku nak cite pasal hal lain pulakkk...

31 Julai 2011

SELAMAT BERPUASA

SELAMAT BERPUASA SEMUA...Aku harap tahun ni aku dapat menunaikan ibadah pose dengar sempurna...insyaallah

25 Julai 2011

Salam Sayang dari ku

salam... 2 hati jadi 1.. dalam hati ada cinta .. dalam cinta ada sayang... apa dahh aku mengarut mlm2x ni hehehe.. aku rasa mlm ni aku nak cerita pasal anak aku MY BELOVED MUHAMMAD AQIL ZULHILMI.. umurnya sekarang semakin meningkat.. manja nye pun semakin menjad.. nakal pun semakin menjadi.. ukhhhh... sabor je lahhh.. yang pasti pada masa ni dia lah pengerang jantung aku.. dialah penawar segala kedukaan aku.. dia lah permata penyeri dlm hidup aku... dia segalanya dalam hidup aku... jauh disudut hati aku teringin nak ada cahaya mata lagi tapi mungkin belum ada rezei lagi.. mungkin ada dosa2x silam aku yg masih belum terampun... allahualam... 'semoga pintu taubat sentiasa terbuka untuk aku' aminnnnn

iskk tibA2 lahh rasa sedih pulakkk ... tadi rasa cam best je nak bukak cite pasal aqil...tiba2x bila bukak cite kisah silam aku.. aku rasa macam menyesal sangatttt... kenapa lah aku BODOH SANGAT? YA ALLAHHHH , AMPUNKAN LAHH HAMBA MU.. AKU SUDAH TERLALU JAUH DARI MU.. AKU TERLALU IKUTKAN KATA HATI, AKU TERLALU KECEWA, AKU TIDAK KENAL DOSA DAN PAHALA, AKU LUPA AJARAN USTAZAH2X AKU, AKU LUPA AJRAN IBU KU, AKU LUPA JADI MUSLIMAH MU YG SEMPURNA, AKU LUPA AKIDAH KU, AKU LUPA HALAL DAN HARAM... AKU INSAN YG KECIL.. TERLALU KECIL UNTUK MENERIMA HADIAH DARI MU, TAPI AKU TAHU ... YA ALLAH.. DIKAU MAHA PENGAMPUN, DIKAU MAHA PENYAYANG, DIKAU MAHA PENGASIH DAN DIKAU MAHA PEMURAHH.. AKU BERSYUKUR NIKMAT YG TELAH KAU BERIKAN..

ANDAI AKU DIBERI PELUANG KALI KEDUA AKU AKAN PASTIKAN AKU TAKAN LAKUKAN KESILAPAN INI SEMUA HANYA KRN AKU KECEWA...KECEWA KEPADA INSAN YG BERGELAR LELAKI..

TERIMA KASIH MR.ZUL KRN SUDI TERIMA SAYA SEADANYA.. TERIMA KASIH MR.ZUL KRN SUDI SAYANG SAYA SEPENUHNYA.. TERIMA KASIH MR.ZUL KRN TELAH HADIR DLM HIDUP INI..TERIMA KASIH YA ALLAH KRN TELAH MEMBERI KAN KU ZURIAT DAN PENYERI DLM HIDUP INI..

ANDAI SUATU HARI NANTI MR ZUL OR AQIL TERBACA BLOG INI... IBU NAK KALIAN TAHU YG KALIAN ADALAH SEGALA-GALANYA DLM HIDUP KU.. MR ZUL... SEMOGA KASIH SAYANG KITA KEKAL SELAMANYA ... DAN JADIKANLAH AKU ISTERI MU YG PERTAMA DAN TERAKHIR DLM HIDUP MU :P ....



17 Julai 2011

SEKALI LAGI AKU DEMAM....

Rasanya masuk bulan julai ni dh 2 kali aku demam... terima kasih Ya ALLAH krn dikau telah menguragkan dosa2x kecil hamba mu yang lemah ni...

Kenapa kerap sangat aku demam ye? Aku kerap sangat bermain ngan emosi.. apa yg tak kena? adakah perubahan hormon menjadikan aku ni panas baran? tapi aku cepat panas ngan mr.zul je.. kesian dia.. mungkin dia tertekan ngan sikap aku... Ada juga jauh disudut hati ni aku terdetik.. adakah aku pregnant? tapi aku tak nak mengharap... cukuplah aku mengharap selama ni.. akhirnya aku yg kecewa.. bila dengar sindiran dari kawan2x lagi hati ni sedih.. tapi apa kah daya bukan aku tak nak tapi tak ada rezeki... mungkin ada hikmah semua ni. aku pandang positif apa yg aku ada sekarang walaupun hanya tuhan sahaja yg tahu BERTAPa hati ni teringin sangat nak menimang cahaya mata lagi...

YA ALLAH... andai satu hari nanti, ada perkara yg tak diingini berlaku pada aku.. org pertama yg aku ingin meminta maaf ialah MR.zul krn dia adalah manusia yg paling banyak bersabar ngan kerenah aku antara aku sedar atau tidak... kedua .. MAK aku... halalan susu yg diberi.. dan sesungguhnya jika aku ada menyakiti hatinya secara sengaja atau pun tidak ..n kpada ayah aku... aku mohon maafffff

15 Julai 2011

SUKA SUKI Jun - 1/2 Julai

Jiwa kacau lah sejak 2 menjak ni.. entah kenapa perasaan ni semakin menjadi2x...kejap ok kejap cam hampeh.. mungkin suasana sekeliling kot buat aku mcm ni... aku tak de lah berniat pun nak buat perangai mcm ni tapi hati tak keruan lahh..

29 Jun 2011

LAMA NYE MENUNGGU

Lama gila aku menunggu diorg ni.. ialah sebenarnya aku tak tahu hari ni first day baju2x tu sampai.. dh dkt 2 jam aku tunggu dpn pintu umah diorg.. kalau nak balik bila masanya lagi akku nak dtg.. walaupun dkt tak bermakna aku rajin sangat nak dtg sini.. ini pun kebetulan aku hantar mr.zul pi klinik..lepas tu pi ambil barang dkt minang..n singgah lah kat sini jap... tpi kata org putih wrong timeminglahh ( ciss ckp melayyu pun tak lepas nak ckp omputeh hheheh ) ADA AKU KISAH? HAHAHHA... OK LAH BEB DIORG DH SAMPAI... WA CIN CAU YE...

26 Jun 2011

BADAN TERASA SAKIT TERLAMPAU

Salam... Sejak 2 menjak ni badan rassa cam tak best je.. ialah demam lah pulak ari ni.. maybe banyak sangat kot yg aku fikir.. entah lah hati aku asyik sedih je sejak 2 menjak ni.. maybe aku terlalu seronok sangat kot hari tu.. biasalah bila lah telampau seronok mesti ada kesedihan sikit.. tak tahu lah cam mana nak luahkan.. yg pasti hati ni tak pernah tenang...

24 Jun 2011

HATI TERASA NAK MENULIS

salam.... hari ni aku terasa nak menulis. Ukh banyak gila rasanya cerita yg tak tercerita kat u all... cerita happy.. cerita ting tong ... cerita sedih....cerita citra opsss.. heheh..... Nak cerita nanti lah :p

16 Mei 2011

HATI AKU TERASAAAAA BAHANGNYEEEE

emmm semalam punyalah dia belagak dgn aku ..hari ni nak pujuk2x pulak.... tu lah bila aku dh berubah,buang semua ego aku jgn lah kamu nak belagak sangat ....mungkin kamu tak tahu kot bila hati seseorg sakit , dia boleh berubah menjadi HARIMAU JADIAN hahahahhahah...hampehhh

10 Mei 2011

KPSL N27

salam.. wahai kawan-kawan aku sekali, buat first time in my life aku pi ambil exam kpsl n27...tujuaan? mana lah tahu ada rezeki aku lulus leh aku naik n27. ialah aku dh berkhidmat selama 8 thn dlm gov tapi no anything special yg aku dh buat.. emm. Masa uuuu seriusly aku ckp masa memangtak cukup. Aku dh buat ygterbaik walaupun aku rasa aku masih mampu buat yg lebih terbaik. emmm nanti lah sambung aku tak leh nak tumpu lah nak taip kat blog ni sebab aku tengah layan cite cuci heheheh... kelakar beb...ARI NI CUTI TANPA REKOD ....NANti kita sambung ye

08 Mei 2011

SELAMAT HARI IBU

SALAm... hari ni hari IBU... tapi aku sambut sorang2x dkt umah.. tiba2 sebak pulak hati ini..teringat dkt mak aku.. ialah nak keluar pi jumpa tak boleh, aku tak ada transport. So duduk umah ngan aqil je hari ni..memang bosan. Dari pagi aku duk makan , tengok tv, main tenet, mkn,tengok tv,main tenet.. sampailah sekarang jam menunjukkan pukul 5.00 ptg. Nak baca buku mengantuk pulak...bila tutup buku hilang ngantuk hehehhe. ialah aku ada exam 10.5.2011 ni.. tak tahu lah macam mana nak jawab. Buku pun tak habis selongkar lagi.. cuakkk juga. cam nak ambil SPM pulak ..sebut pasal SPM.. aku rasa lah mcm nak ambil Paper BM balik. ialah kerana paper BM aku tak berapa best la maka result aku teruk.. opss tu tak bermakna aku kantoi bm.. aku dpt kredit tapi kredit cukup2x mkn lah hehhehe.... ok ... ohh Mr hubby? cam biasalah semenjak dia sibuk ngan BIZ dia ni..masa dia agak terhad. So sebagai isteri aku kena banyak bersabar n bersabar. Ialah kalau dia dh berjaya nanti sape juga yg senang ... bukan ke aku ..INSYAALLAH....

05 Mei 2011

TERUBAT KERINDUAN

salam... weii korang ingat tak entry aku dulu pasal kawan2x aku di slim river.. akhirnya Facebook telah menyaatukan kami ballik. Cuma antara mereka kenal aku atau aku kenal mereka tak penting krn yg pasti mereka semua pernah aku berkawan... Alhamdulillah akhir Ramadhan adalah org pertama yg aku jumpa..mungkin sebab aku teringin sangat nak jumpa dia.. lepas tu, aku jumpa salwarna,anis,saiful,fadly,win,tun,sazy,salbiah,hasrol n dll. Yang pasti aku dah JUmpa NOLI...pehhh dia memang dh banyak berubah... gaya je lah.. tapi aku rasa dia masih brutal cam dulu heheh... terlepas rindu aku dkt noli..walau pun kami tak dpt jumpa face to face dh memadai dgr suara...
ops... ari tu aku ada cite aku tertangkap syok kat sorang mamat ni. akhirnya pada bln 4 genap setahun aku jumpa dia...dlm FB lah..itu pun secara kebetulan... hope jgn la sape2x jumpa blog aku ni.. kalau tak malu beb.. terpecah rahsia hahahha... walau apa apa pun itu semua hanyalah ZAMAN KANAK-KANAK... yg reality nye aku dh ada ZULKEFLY N AQIL 2 insan yg aku saayang di dunia dan akhirat...

28 Mac 2011

KEBENARAN ITU MENYAKITKAN YANG TERLAMPAU

salam.. hari ini aku nak cite sikit pasal kebenaran.. opss sebelum tu aku mintak maaf sebab dh lama tak online... KEBENARAN... memang pada dasarnya ia satu kejujuran tetapi kebenaran itulah satu penyeksaan... aku terasa diri ini ditipu,dikhianati, diperbodohkan, dipermainkan dan di..di..di..entah lah aku tak tahu apa yang aku rasa sebenarnya,... adakah patut aku marah, adakah patut aku terus membenci, adakah patut aku beri peluang kedua, adakah patut aku buat-buat tak tahu apa yang terjadi? Aku sedar aku tidak layak memberi keampunan pada dia, cuma aku tahu aku ada hak nak beri kemaafan atau tidak... sebenarnya aku cuba lupakan tapi bila aku tengok muka dia aku rasa jijik sangat.. dia sanggup lakukan semua ni hanya krn DUIT..yee aku tahu duit memang bergitu berharga tapi bukan bermakna kita boleh lakukan segala-galanya hanya kerana DUIT...

wahai hamba ALLAH S.W.T

Aku tidak layak memberi nasihat kepada insan bodoh sombong spt ko tapi aku ada hak nak tegur perangai ko..aku tahu aku bukan lah perfect sangat tapi aku masih bersyukur krn aku masih tahu mana intan mana permata...................................................................
stupidddddddddddddddddddddddddddddddd

31 Januari 2011

ict shah alam

hari tu aku jln2 ngan hubby n aqil.. saje nak tengok ict shah alam... n ini lah hasilnya


27 Januari 2011

LANGKAH PERTAMA

Pada 24/1/2011 akhirnya aku nekad isi borang tukar. Setelah aku bertanya kat hubby aku n dia pun bagi pandangan, aku terus isi borang tukar dan jumpa my bos Pn.K ... pada mulanya dia memang keberatan nak lepas kan aku krn kerja aku masih banyak n semakin bertambah banyak.. Akhirnya hari ini dia jumpa aku n serahkan borang permohonan aku .. dia kata kalau di ikutkan hati memang dia tak bagi aku pi tapi dia terpaksa lepaskan juga.. sedih juga aku rasa... walau bagaimana pun aku tetap dgn keputusan aku... aku tak akan pandang belakang. Aku nak jumpa big bos pulak.. lulus atau tidak kena tunggguuuuuuuu....

aku mintak tukar unit

1. bhg kaunseling
2. bhg sukan
3. bhg ko-kurikulum.....

kenapa aku tukar ? jgn di tanya krn aku ada jawapan tersendiri yang pasti hanya aku , n aku sahaja yang tahu..................

04 Januari 2011

SELAMAT TAHUN BARU

selamat tahun baru... ukhukh aku terlewat pulak nak wish..heheheh. Nampaknya blog aku ni dh ada org duk intai-intai.. so kalau yg bukak blog aku ni n ada terasa dgn kata-kata penulisan aku mintak maaf lah kerana apa yg aku tulis lahir dari hati kecilku.. suka atau tidak terpulang la pada korang..aku tulis ikut suka hati je hahahahh ( dlm gelak jahat). lepas ni aku nak rajin kan lagi diri aku untuk menulis dalam blog.. INSYAALLAH.. Azam aku tahun ni ?

1. AKU NAK TAMBAH ZURIAT - INSYAALLAH KALAU DI IZINKAN
2. AKU NAK MAJUKAN DIRI
3. AKU NAK SIMPAN DUIT SEBERAPA YG DAPAT ( kira tak nak membazir sangat la ni )
4. AKU NAK JADI ISTERI YANG SOLEHAH/TAK KUAT MELAWAN/DGR KATA
5. AKU NAK SERLALU TERSENYUM
6. AKU NAK JADI PEKERJA BERDIDIKASI
7. AKU NAK JADI ANAK YANG BAIK
8. AKU NAK JADI IBU YANG BAIK/PANDAI
9. AKU NAK KURUS
10. DAN YANG PASTI AKU NAK TAMBAHKAN ILMU AKHIRAT DLM DIRI INI...