28 Disember 2011

SBPA - PERBINCANGAN CUEPACS NGAN JPA

Ukhh sebagai kakitangan badan angota kerajaan ni.. aku nak belajar ikut perkembangan terbaru SBPA ni ... kalau leh tak nak tertinggal.. sejak 2 menjak ni banyak kekeliruan yang aku dengar tentang SBPA ni.. nak komen lebih2x tak berani lah. tapi sekadar menulis dan memberi pendapat leh lah hheeh. yang aku tahu pasal SBPA yang terbaru aku dengar sekarang ni ... selepas sahaja DATO' HAJI OMAR OSMAN Presiden Cuepacs dok berbincang ngan JPA kata sepakat telah diambil.. ada beberapa perkara telah dipersetujui oleh kedua pihak untuk membuat perubahan... Tapi yang PALING AKU SUKA DENGAR .. 1. Bagaimanapun, beliau mengulangi pendirian CUEPACS menolak sebarang pengambilan orang luar yang bukan dalam perkhidmatan awam berkhidmat dalam sektor berkenaan. “Kita tetap membantah polisi ini kerana kita hanya mahu orang dalam perkhidmatan awam saja mengisi jawatan tertinggi dalam sektor awam,” katanya. 2. Beliau berkata, pada pertemuan itu, CUEPACS gembira apabila JPA juga bersetuju membuat semakan semula terhadap 250,000 kakitangan awam dalam kumpulan gred 17 yang tidak berubah. “CUEPACS dengan JPA tidak ada perbalahan cuma kita kesal kerana ketika proses menyediakan SBPA, CUEPACS tidak dijemput bersama untuk memberi pandangan. “Namun, kita lega semuanya dapat diselesaikan dengan baik termasuk semakan segera kakitangan awam kumpulan gred 17 seperti di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen membabitkan pembantu tadbir dan perkeranian yang gred mereka tidak berubah,” katanya. UKHH aku harap sangat aku dalam ketegori 250,000 kakitangan badan anggota gred 17 yg akan akan dapat perubahan gaji .. ukhhh ..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan