28 Julai 2012

BBQ DI SUNGAI TEKALA

Hari tu sebelum nak berpuasa zura ikut en.suami pi BBQ di sungai tekala . Sahaja bawak aqil . Sambil2x tu lehh layan perasaan.. jom layan gambar kat sungai tekala ni..kalau korang ada yg berminat nak pi sungai tekala ni .. Korang pergi je SEMENYIH, SELANGOR tu. Sebelum sampai balai polis semenyih ada traffik light korang belok kiri. Dan jalan lahh terus sampai korang jumpa sainbord KE SUNGAI TEKALA... selemat bercuti ye..




keseluruhan.. air cetek je.. setakat anak yg 2-5 thn nak maiin air boleh lahhh  hehehheh

APA JADI - SALAK IDAMAN KU

Salam. lama kan kita tak cerita pasal rumah kita... ukh apa lah cerita sampai sekarang ni kami fasa 2A masih belum dapat kunci lagi.. emm kalau cerita terbaru... rasanya baru2x ni zura ada call developer dan tanya status rumah tu.. kenapa lambat sangat ..betul ke ada masalah.. dan jawapan yg di beri
staff    :   ' biasalah.. zura .. tak ada masalah pun cuma CF belum dapat lagi.. ( ukhh CF tak dapat lagi bukan tu masalah besar ke cik kak oi.. )
zura    : kenapa CF TAK DAPAT LAGI? BUKAN RUMAH TU DAH SIAP KE?
staff    : alahh biasalahh majlis perbadanan ni.. masalah longkang lahh.. itu lahh ini lahh.. macam2x
             diorg ni.. ( kalau dah tahu itu satu masalah kenapa tak selesaikan dengan cepattt kak long oii )
zura    :  HABIS TU BILA SIAP SEPENUHNYE NI?
staff    :  saya tak boleh kata lahh nanti saya janji masalah kat u all lahh.. ialah nanti u all keluar dari
              rumah sewa kan susah.. sedangkan rumah tak siap lagi .. ( aduhh jawapan dia .. )
korang frust tak bila dengar jawapan diorg? emm aku frust juga. .. elo apekk... duit banyak masyukk takan ni problem pun tak lehh setle.. kalau majlis suruh buat longkang lu bikin sahaja lahh.. dan sini untuk tatapan korang ... rumah 'kita yg dah siap'  ..zura snap waktu malam ni... sahaja pi tengok tapi dekat luar je lahh .. dalam tak leh masukk sebab dah berkunci


Nampaknye .. lalang dan rumput dah mula beramah mesra niii...
Kualiti pintu gred A - ok
Tempat pembuangan sampah
Kalau tak salah zura ni tangki kumbahan kan.. diorg buat depan rumah lahh.... tak boleh lah kita nak simen habis kan ... masalah ni nanti ..ukhhh  ( tak tahu lah kalau ada cara lain )

Pemandangan dari luar rumah SALAK IDAMAN FASA 2A

FIRST TIME BUAT COKLAT

Assalamualaikum ... sebenarnya story ni dah lama juga nak post tapi tak terpost2x.. dengan kekanan masa dan kemalasan yg terlampau akhirnya terkubur niat tu macam tu je.. walaubagaimana pun akhirnya zura berjaya juga buat post ni... heheheheh... korang pandai buat coklat tak? dulu zura ingat susah sangat nak buat coklat ni tapi sebenarnya senang sahaja... bahan dia pun senang korang nak dapati.. pergi je kedai kek tu.. macam2x ada.. kredit to eyna sebab sudi ajar buat coklat ni... hhehehe ..jom belajar buat coklat ngan budak malas bernama zura tamin :p

1.  Bahan2x asas nak buat coklat.. tak payah susah2x ..sambil layan tv pun leh siap coklat korang :P
2.  Ni lahh antara jenama coklat yg popular utk buat coklat .. hari tu aku beli dark coklat ..tapi aku kurang gemar sebab rasa mcam pahit sikit... ikut kretiviti korang.. aku campur white coklat sikit..
3.  Ha.. ni lah cara double boil yg org duk kata tu... pastikan yg dalam layang loyang tu air panas tau.. so korang kena lah berhati2x... takut tertumpahh
4.  Kacau sehingga coklat tu cair.. PASTIKAN BOWL TU DAH KERING bila korang masukkan coklat.. dan JGN ADA AIR MASUK DALAM COKLAT KORANG- nanti coklat rosakk .. :p
5.  Setelah coklat tu cair masukkan dalam bekas.. masuk kan separuh dulu ..lepas tu campur lah kacang ke ..atau felling ke.. dalam 3 minit korang tambah lagi coklat tu untuk tutup kacang tadi..
Tada... ni lahh hasilnyeee...

P/s :  -  JIKA NAK CAMPUR KACANG.. KACANG TU KORANG SANGAI DULU TANPA MINYAK
- JANGAN TERKENA AIR TAU COKLAT KORANG TU
- KALAU NAK CANTIK KAN LAGI .. KORANG LEH LAH MAIN WARNA ( BAWAH PINK ATAS COKLAT KE )

21 Julai 2012

hanamemories.blogspot.com

Tengah duk cuci mata nak cari resepi berbuka pose ni tiba2x terjumpalah blog klik sini .. wahh meriah nye blog dia.. suka tang resepi tu.. macam2x ada ... Jom lah singgah tengok. resepi tang snack tu memang menarikk

20 Julai 2012

SELAMAT BERPUASA - 1 RAMADHAN

Assalamualaikum semua.. Besok kita semua akan berpuasa ..ok BERPUASA.. dan apa yg zura harapkan tahun ni ada perubahan yg besar boleh zura lakukan.. perubahan yg kekal abadi. Perubahan yg membina.. perubahan yang tidak hanya sementera dan perubahan yg lebih membahagian .. Insyaallah

YA ALLAH..
Berikan lah hambamu kekuatan
berikanlah hambamu kecekalan
dan berikanlah hambamu hidayah
semoga diri ini dapat melakukan ibadah mu dengan Jujur, Iklas dan Tanpa Ragu2x...

YA ALLAH
Berikanlah aku Peluang
Berikanlah aku Hati yang bersih
Berikanlah Aku Keimanan yang teguh
Untuk Aku melakukan Segala Suruhanmu tanpa perlu ada lagi kelalaian

YA ALLAH
Sesungguhhnya ,sesungguhnya dikau lebih mengetahui segalanya ... AMIN ...

STATISTIK MAKIN

wahh gitu ..kepada pembaca FOLLOWERS DAN  SILENT READER Cekodok Gebu terima kasih lahh.... Ukhh dok tertanya sendiri  .. ada ke followers hehehe :p - 4,000

18 Julai 2012

RAGAM MANUSIA

Salam... ukhh sejak 2 menjak ni aku suka sangat dok cite pasal 'someone' kan hehehe... hari ni pun nak cite pasal 'someone' yg tak ada kena mengena dengan aku atau kehidupan aku yg dulu atau sekarang.. cuma  bila aku terpandang dia dan aku rasa nak buat satu entry khas utk dia.. kenapa? sebab sejak aku nampak dia

1. Dia tak pernah senyum
2. Dia tak bercakap ( dia bukan lah bisu atau sengau .. .suara ok.. cuma dia tak pernah menegur ... kalau org lain tegur pun dia hanya diam - mungkin ada mas kot mulut dia atau mulut dia 'busuk' hahaha  )
3. Dia berjalan suka pandang bawah  ( mungkin nak mengelak dari melakukan zina mata lah kot  ) :p
4. 'Dia' pernah menghadiri 1 fantion dan aku adalah AJK .. boleh tak dia masuk ke 'dewan' , isi tandatangan dan blah je macam tu.. dan aku hulur pamplet dia buat dek je.. ( aku anggap dia tak nampak dan aku panggil dia 2 kali baru dia pandang dan ambil dan terus berlalu ) - tak ada budi bahasa kan heheheh
5. Dia juga pernah menghadirkan diri dlm satu majlis sukaneka  dan 'dia' boleh tak join dan 'dia' boleh jalan sorang2x dekat padang tu ( maybe dia nak buat spotcheak kot takut ada bom kat padang tu ) hehehe- itu story dari kawan aku lahh.

Dan di pendekkan cite ..aku buat andaian dia sorang PEMALU , PENDIAM , SOMBONG ATAU TAK RETI NAK BERKAWAN ... ( dia hanya bercakap dgn org tertentu dan hari ni aku nampak dia bercakap tapi rasanya ada lah 10 pth perkataan je hehehe- YANG AKU NAMPAKLAH .. )  mungkin dengan kawan2x dia ..dia ok kot. ok lah pada 'si dia ' tu .. satu je aku nak pesan.. siapa pun kamu.. tinggi mana pun darjat  kamu..bertapa hebat pun kamu.. tolong lahh jgn bersikap mcm tu.. sebab ramai orang berkata ok..Ok ke tak? ATAU K.O hehehe 

17 Julai 2012

HARI NI NAMPAK SAMA

ukhh rasanye entry kali ni lebih dari luahkan perasaan gitu .. ukhh tak boleh blah kan.. Oklah .. sebenarnya aku nak bercerita pasal SOMEONE. Someone yg pernah singgah dalam kotak hati ku.. someone yang pernah membuat ex aku cemburu buta dan someone yg membuat kan hati aku tak pernah tenang ...dia nampak sama.. tinggi, suara , sikap dia  .. tapi hari ni lebih ketara dia pakai spec.. gila gaban kan.. aku tersentap kejap .. tapi buat tak tahu jelahh.. hati aku nak bertanya dia ada saudara seiras dia.. tapi tak sopan aku bertanya.. bukan nye apa.. sekadar teringat 'kawan lama' aku tu.. apa lah kabar dia kan.. maybe sekarang ni dia mesti dah banyak berubah.. entah2x dia dah gemuk macam aku hahahahhaha......mana ko menghilang dahh...

14 Julai 2012

KEDAI KAIN 1 MALAYSIA

Wahh dah ada pulak kedai kain 1 malaysia.. tapi kehebatan dan kualiti dia tak tahu lagi... hope tak menghampakan sangat cam sesetengah barang runcit di kedai 1 malaysia.. aku ni bukannye apa.. cumaberharap walaupun pun barang2x tu murah tapi jgn lah kualiti dia hancur sangat.. TApi aku suka lah juga pentadbiran Dato Seri Najib ni .. kerana dia berusa nak mempertahan kan malaysia ni dengan sebaik mungkin ... tak macam setengah  orang tu... tahu nak jual malaysia kat luar je.. yg pengikut dia tak nakpak.. ukhh ( terover pulak ) ... what ever pun aku SAYANG TUN MAHATHIR  :)

kedai kain 1 malaysia tu dkt
taman lageda suria, batu 14 hulu langat selangor ...        kalau mana yg dekat tu nak pi usha2x pi lah.. jgn duk kutuk je kalau tak tengok lagi... ukhhh .. love malaysia

BAJU DARI POPLOOK

Ukhh teringinnye nak pakai baju dari poplook ni.. serius lahh memang lawa aku tengok tapi aku sesuai ke kalau pakai .. tak macam pokok rhu sedang berjalan ke hehehehe .. ohhh poplook sini




11 Julai 2012

BILA HATI TERSENTAP

Pada mulanya malas nak post benda2x macam ni.. tapi rasannya tak salah kot.. aku sekadar meluahkan apa yang aku rasa. Kenapa tah sejak dua menjak ni hati aku cepat sangat tersentapnya..Tapi aku cuba control dengan tidak mengendahkan perasaan ni. Malas lah nak layan sangat. Nanti perkara kecik jadi besar lahh pulak? Punca? ialah ..mana ada perkara yg berlaku tanpa punca. Sebenarnya bila kita rasa orang tu rapat dengan kita tapi hakikat nya dia hanya lah insan biasa dlm hidup kita. Dan bila kita fikir orang tu hanya insan biasa dengan kita tapi hakikatnya dia lebih menghargai diri kita lebih dari apa yg kita fikirkan. Itu lah lumrah kehidupan. Tak sementinya orang yg kita sayang dia pun sayang kita.. ibarat kita baling hati kat dia tapi dia baling sampah balik dekat kita dan orang yg kita baling sampah selama ni dia sambut dengan senyuman dan dia baling balik dengan sekeping hati yang bersih dekat kita ( korang faham tak apa yang aku cakap ni ) heheheheh...

Bila Kita berkawan.. ada masa kita tersentap dan disentap. Tapi kita akan lebih sentap bila orang tu tak reti hargai kita...ukhhh... sebenarnya aku tak ada maksud kan sesiapa pun ( ukhh tipu tu ) ada  juga kawan2x yang baik .. ada juga kawan2x yang pentingkan diri sendiri .. ada juga kawan nak berkawan ngan kita sebab atas keperluan.. ada juga kawan yang muka dia banyak ( bermuka2x lahh tu hehe ) .. ukhh walau siapa pun kawan kita.. aku tetap hargai korang sebagai kawan. Tapi bila hati aku dah tersentap.. memang masalah dkt korang semua. Aku akan anggap selama ni korang dah tak penting dalam hidup aku.. ( kannn susah bila aku dah tersentap hukhukk ). Lebih pedih bila aku buat tak tahu je kan kawan..hehhehe.... teruk kan perangai aku. kaalau aku ok pun lepas tu jgn kawan fikir aku ok sepenuhnya... tidakk aku akan ingat apa yang kawan buat dekat aku sampai bila2x pun .. ukhh nampak tak? jadi jgn lah berkira sangat ngan aku.. bila aku tak berkira ngan kawan. Tanya lah keadaan aku walaupun aku tak mengharapkan kan apa2x pun. ..

Dan itu lah sebab nya aku ni sukar mendapat SAHABAT. sebab aku takut bila bersahabat ..bila hati kita tersentap rasanya lagi teruk kot.. IALAH dari zaman sekolah lagi aku suka berkawan. dan aku tak kata kawan2 aku tak bagus... ada juga antara kawan2x yang aku masih ingat sampai sakarang kebaikan dia. cuma masa dan keadaan buat kami jadi renggang.. ni antara kawan2x aku yg baik ngan aku.. yang nak susah dan senang dengan aku ...Tapi sayang kami berkawan hanya sementara.. walaupun apa keadaan sekali pun.. bagi aku dia lah kawan yg  pernah aku sayang.. yg pernah aku panggil 'SAHABAT' ...

NOR AZLIN BT ALI - dia ni antara kawan yg aku sayang. Dia sanggup bersusah senang dengan aku. Dia antara manusia yg aku anggap cukup baik. Dia tak pernah berkira ngan aku baik dari segi TENAGA, DUIT dan MASA.   Dia sentiasa tanya masalah aku.. walaupun pada zaman tu aku budak gila2x..

NORSHAMSHAFIDAH BT AHMAD - DIa ni pun aku kenal dalam tempoh setahun sahaja. Tapi dalam tempoh setahun tu serius aku cakap aku cukup senang dengan dia. Kami boleh serasi. Rasanya sham ni lah satu2x nye manusia yang aku berani luahkan perasaan aku. Dia lah teman aku ketika aku happy dan sedih. Tapi sayang kami renggang selepas aku pindah putrajaya. Tak kisah lahh .. walaupun kami dah renggang tapi aku gembira kenal dia. Dia pun tak pernah berkira dengan aku dari segi MASA, TENAGA dan DUIT.

JAMILAH BINTI HAMEED SULTAN - aku panggil dia kak milah.. aku suka rapat dengan dia sebab dia manusia yang faham keadaan aku. Dia tak pernah berkira dengan aku. Dia boleh bertolak ansur. Tapi ajar aku macam seorang kakak ajar adik dia. Dia banyak bagi nasihat aku tentang satu hubungan aku dengan mana2x lelaki hehehhe. DIa memang manusia tak berkira. DIa memang seorang kakak yg cukup baik. Tapi yang aku tak boleh lupa dia ada membantu aku .. ukhh TQ kak milah... insyaallah .. setiap tahun saya akan melawat akak hehhehe  :p

SARAZILA BINTI SAAD -  Dia ni manusia yang tak banyak songeh .. dia banyak membantu aku . DIa tak pernah biarkan aku susah. Aku panggil dia kak sara. Dia pun tak pernah berkira ngan aku. Dia adalah seorang kawan yang akan sentiasa backup aku  .. dan dia lah satu-satu nya manusia yang BANYAK TAHU KISAH SILAM AKU...

UKHH.. dipendek kan cite .. aku perlu kan kawan yang TAK BERKIRA DENGAN AKU...yang tak perlu mengungkit apa yang diberi..apa yang di tolong dan kawan tak banyak sikit.. tanya lah kabar aku.. itu je aku mintakk .. so jgn bagi aku tersentap ok :p

09 Julai 2012

SALE BERMULA -KIKO Warehouse Sale - 10-15/7/2012

wahh.. sejak akhir2x ni dah mula sana sini.. gantung bennar .. sale sana sale sini.. ukhh tak tahan lah ... kalau lah duit banyak kan best hehhe.. ok lahh zura nak kongsi ngan korang antara sale yg zura suka pergi..

p/s   : kalau u all nak tengok sale yg lain boleh lahh klik kat sini sini

08 Julai 2012

PIC PP -2012

Salam.. baru-baru ni kami ada sesi bergambar .. rasanya untuk buletin bahagian.. zura tak pasti sangat lahh tapi yg pasti zura bergambar sakan ngan my prenddzz heheh

gambar sopan dari kami
Opss... kami ngan bos-bos
Gambar sopan santun dari kami ...
tu dia... pantang nampak camera hehehe .. love u all lahh 




p/s : Kawan -kawan ...
Dalam Sebuah perhubungan ada masa ada pertengkelingkahan
Ada masa Kita terlupa hati perasaan insan di sebelah kita
Ada masa kita terlalu seronok dan tanpa kita sedari 
kita berkata dan menguriskan perasaan kawan-kawan kita
Jadi ... 
Andai kata ini gambar terakhir kita semua
ingatlah.. pada masa dahulu kita pernah 'BERKAWAN' ...
Dan kita akan terus berkawan ..

06 Julai 2012

ALASAN JIKA TK LULUS EXAM KPSL N27 THN 2012 NI HEHEHEH

Alhamdulillah.... selesai akhirnya exam ni.. keputusannya? emm rasa cam tipis je tuk kertas 1 dan 111 .. tapi ada confident sikit lahh paper 11 tu.. hope result keluar nanti tak menghampakan lahh ... sebab dah jawab sebaik mungkin. Sebenarnya kan bg pendapat zura.. cara teknik menjawab soalan dan tulisan  pun penting.. tak boleh main kasi redah je. ialah yg menanda jawapan itu adalah MANUSIA... kalau mood dia tak berapa best sangat hari tu.. lepas tu baca lak tulisan kita cam cakar ayam sampai dia terpaksa sekejap kecik kan mata.. jap besar kan bijik mata dia nak baca tulisan kita tu.. dah tentu markah kita pun ciput sahaja.. silap hari bulan dapat  0 heheheh... .tapi bagi zura.. masalah besar zura sekarang ni adalah tulisan.. ( kalau jawapan tu dah memang lah.. tak tahu betul ke tidak hehe ) tulisan zura memang dah teruk sangat masa tu.. kejap kecik..kejap besar.. kejap lurus ..kejap senget...memang masalah besar tu...

Lagi Satu ...masalah.. atau mungkin boleh djadikan alasan jika zura tak lulus ialah.. Masa dan suhu bilik tu.. Masa memang TAK CUKUP.. Serius  weii masa tak cukup.. tapi hebat lah yg keluar awal tu ... heheheh ( sendirii fikir lah ) ..Suhu bilik tu pun sejuk sangat rasanya.. walaupun dewan besar tapi sejuk tu memang terasa sungguh...
Ok lah. rasanya setakat ni je lah alasan yg boleh diwujudkan :p  

01 Julai 2012

EXAM KPSL N27 - 2012

ukhh.. tinggal 1 hari saja lagi nak Exam KPSL ... Hope kali ni ada lah harapan cerah.. masuk ni dah kali ke 2 zura nak ambil exam.. tahun sudah memang blur tahap gaban... ialah rasanya kali terakhir zura ambil exam 8 thn dulu.. itupun nak sah jawatan hahahahhaha.... emm rasanya masa dulu ( zaman sekolah ) dgn sekarang sama saje.. SUKA STADY LAST MINIT hahahhaha.....GOOD LUCK YE SIAPA YANG AMBIL EXAM KPSL THN 2012 NI....