11 Julai 2012

BILA HATI TERSENTAP

Pada mulanya malas nak post benda2x macam ni.. tapi rasannya tak salah kot.. aku sekadar meluahkan apa yang aku rasa. Kenapa tah sejak dua menjak ni hati aku cepat sangat tersentapnya..Tapi aku cuba control dengan tidak mengendahkan perasaan ni. Malas lah nak layan sangat. Nanti perkara kecik jadi besar lahh pulak? Punca? ialah ..mana ada perkara yg berlaku tanpa punca. Sebenarnya bila kita rasa orang tu rapat dengan kita tapi hakikat nya dia hanya lah insan biasa dlm hidup kita. Dan bila kita fikir orang tu hanya insan biasa dengan kita tapi hakikatnya dia lebih menghargai diri kita lebih dari apa yg kita fikirkan. Itu lah lumrah kehidupan. Tak sementinya orang yg kita sayang dia pun sayang kita.. ibarat kita baling hati kat dia tapi dia baling sampah balik dekat kita dan orang yg kita baling sampah selama ni dia sambut dengan senyuman dan dia baling balik dengan sekeping hati yang bersih dekat kita ( korang faham tak apa yang aku cakap ni ) heheheheh...

Bila Kita berkawan.. ada masa kita tersentap dan disentap. Tapi kita akan lebih sentap bila orang tu tak reti hargai kita...ukhhh... sebenarnya aku tak ada maksud kan sesiapa pun ( ukhh tipu tu ) ada  juga kawan2x yang baik .. ada juga kawan2x yang pentingkan diri sendiri .. ada juga kawan nak berkawan ngan kita sebab atas keperluan.. ada juga kawan yang muka dia banyak ( bermuka2x lahh tu hehe ) .. ukhh walau siapa pun kawan kita.. aku tetap hargai korang sebagai kawan. Tapi bila hati aku dah tersentap.. memang masalah dkt korang semua. Aku akan anggap selama ni korang dah tak penting dalam hidup aku.. ( kannn susah bila aku dah tersentap hukhukk ). Lebih pedih bila aku buat tak tahu je kan kawan..hehhehe.... teruk kan perangai aku. kaalau aku ok pun lepas tu jgn kawan fikir aku ok sepenuhnya... tidakk aku akan ingat apa yang kawan buat dekat aku sampai bila2x pun .. ukhh nampak tak? jadi jgn lah berkira sangat ngan aku.. bila aku tak berkira ngan kawan. Tanya lah keadaan aku walaupun aku tak mengharapkan kan apa2x pun. ..

Dan itu lah sebab nya aku ni sukar mendapat SAHABAT. sebab aku takut bila bersahabat ..bila hati kita tersentap rasanya lagi teruk kot.. IALAH dari zaman sekolah lagi aku suka berkawan. dan aku tak kata kawan2 aku tak bagus... ada juga antara kawan2x yang aku masih ingat sampai sakarang kebaikan dia. cuma masa dan keadaan buat kami jadi renggang.. ni antara kawan2x aku yg baik ngan aku.. yang nak susah dan senang dengan aku ...Tapi sayang kami berkawan hanya sementara.. walaupun apa keadaan sekali pun.. bagi aku dia lah kawan yg  pernah aku sayang.. yg pernah aku panggil 'SAHABAT' ...

NOR AZLIN BT ALI - dia ni antara kawan yg aku sayang. Dia sanggup bersusah senang dengan aku. Dia antara manusia yg aku anggap cukup baik. Dia tak pernah berkira ngan aku baik dari segi TENAGA, DUIT dan MASA.   Dia sentiasa tanya masalah aku.. walaupun pada zaman tu aku budak gila2x..

NORSHAMSHAFIDAH BT AHMAD - DIa ni pun aku kenal dalam tempoh setahun sahaja. Tapi dalam tempoh setahun tu serius aku cakap aku cukup senang dengan dia. Kami boleh serasi. Rasanya sham ni lah satu2x nye manusia yang aku berani luahkan perasaan aku. Dia lah teman aku ketika aku happy dan sedih. Tapi sayang kami renggang selepas aku pindah putrajaya. Tak kisah lahh .. walaupun kami dah renggang tapi aku gembira kenal dia. Dia pun tak pernah berkira dengan aku dari segi MASA, TENAGA dan DUIT.

JAMILAH BINTI HAMEED SULTAN - aku panggil dia kak milah.. aku suka rapat dengan dia sebab dia manusia yang faham keadaan aku. Dia tak pernah berkira dengan aku. Dia boleh bertolak ansur. Tapi ajar aku macam seorang kakak ajar adik dia. Dia banyak bagi nasihat aku tentang satu hubungan aku dengan mana2x lelaki hehehhe. DIa memang manusia tak berkira. DIa memang seorang kakak yg cukup baik. Tapi yang aku tak boleh lupa dia ada membantu aku .. ukhh TQ kak milah... insyaallah .. setiap tahun saya akan melawat akak hehhehe  :p

SARAZILA BINTI SAAD -  Dia ni manusia yang tak banyak songeh .. dia banyak membantu aku . DIa tak pernah biarkan aku susah. Aku panggil dia kak sara. Dia pun tak pernah berkira ngan aku. Dia adalah seorang kawan yang akan sentiasa backup aku  .. dan dia lah satu-satu nya manusia yang BANYAK TAHU KISAH SILAM AKU...

UKHH.. dipendek kan cite .. aku perlu kan kawan yang TAK BERKIRA DENGAN AKU...yang tak perlu mengungkit apa yang diberi..apa yang di tolong dan kawan tak banyak sikit.. tanya lah kabar aku.. itu je aku mintakk .. so jgn bagi aku tersentap ok :p

Tiada ulasan:

Catat Ulasan