21 September 2013

Pendekatan Psikologi Dalam Mendidik Anak

Dalam menjayakan usaha mendidik anak menjadi seorang insan yang berakhlak mulia, anda perlukan pendekatan psikologi. Caranya sungguh mudah tetapi menuntut komitmen tidak berbelah bahagi daripada diri anda sendiri. Gunakan ayat-ayat tertera setiap kali berkomunikasi dengan anak di kala anda berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh si manja.

1. “Buatlah Pilihan Sekarang.”
Frasa ini boleh digunakan ketika menyuruh anak melakukan sesuatu. Ataupun ketika mahu menghentikan apa yang dilakukannya pada itu. Cara ini dapat mengajarnya supaya bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan. Misalnya, dia dan rakannya begitu bising bermain di dalam rumah. Jadi, anda mahu mereka bermain di luar agar anda boleh menyiapkan kerja-kerja rumah dengan tenang. Namun, anak anda masih berdegil.


“Kakak, kalau tak boleh main diam-diam, pergi main di luar.” Jika dia masih berdegil, anda boleh membuat tindakan susulan dengan berkata, “Mama rasa, kakak memang nak main di luar.” Cara ini bukan sahaja mengajarnya tentang kesan dan akibat tetapi melatih dia agar bijak memilih dan bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan.

2. “Mama Sayang Kakak, Tapi Cara Kakak Tu Tak Betul.”
Ayat ini dimulakan dengan pujian dan diakhiri dengan nasihat. Inilah cara terbaik untuk memujuk anak yang ada kalanya menunjuk perangai. Dalam keadaan tertentu, dia tidak dapat berfikir dengan baik. Selain itu, kata-kata ini juga dapat menyedarkan anak supaya tidak melakukan perkara yang tidak baik berulang kali. Dia akan faham, jika dia melakukan perkara yang dilarang, bermakna dia akan menjadi orang yang tidak disenangi. Inilah cara terbaik bagaimana anda mendisiplinkan anak dengan cara halus dan lembut.

3. “Boleh Kakak Tolong Mama?”
Jika anak mengganggu ketika anda memasak di dapur, apa kata ucapkan ayat di atas. Ajak mereka membantu anda membuat kerja yang mudah dan ringkas. Biar dia membantu mengemas meja makan dan menyediakan pinggan, mangkuk, sudu dan sebagainya. Ini akan membuatkan dia rasa dipercayai dan bersedia menerima sebarang tanggung jawab.

4. “Apa Sebenarnya Yang Kakak Nak Cakap?”
Bila anak marah, macam-macam perkataan yang terhambur dari mulutnya. “Mama ni teruklah!” atau “ Kakak benci mama!”. Kata-kata ini terkeluar kerana ketika itu dia tidak dapat berfikir dengan baik. Jadi, jangan anggap anak maksudkan apa yang dikatanya.

Cari punca mengapa dia berkata sedemikian. Caranya mudah saja. Misalnya, anak marah bila anda menyuruhnya tidur. Tanya dengan lembut. “Apa yang membuatkan kakak marah sangat pada mama? Sebab kakak tak boleh tengok TV?” Kemudian, jelaskan mengapa anda menyuruh dia tidur. “Mama bukan tak bagi kakak tengok TV. Hari dah lewat, esok kakak nak pergi sekolah. Kalau tidur lewat nanti di sekolah, kakak mengantuk pula.” Penjelasan perlu diberikan agar dia tahu bahawa tindakan yang anda sememangnya wajar demi kebaikannya.

5. “Kakak Kena Faham. Tidak Semua Orang Sama.”
Bila anak mula merajuk dan mengatakan anda tidak berlaku adil kepadanya, ayat ini sangat bagus untuk digunakan sebagai alasan. Anda perlu bantu anak supaya faham bahawa manusia ini dijadikan berbeza-beza. Maka, layanan pun berbeza mengikut keadaan dan tempat.

Misalnya, anak anda bengang bila anda membelikan adiknya sepasang kasut bola. Sudah semestinya anak perempuan tidak memerlukan kasut bola kerana dia tidak bermain bola sepak seperti kanak-kanak lelaki. Meskipun begitu, anda perlu berwaspada dalam soal melayan anak-anak. Jangan sampai timbul sebarang perbezaan yang menjurus kepada melukakan perasaan.    


p/s :  Aku copy paste dari  http://pama.karangkraf.com/kanak-kanak/pendekatan-psikologi-dalam-mendidik-anak-1.11002 .. boleh lah di buat rujukan yee
 

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

Post yang dah lama nak post.. tapi tak terpost.. ukh .. Saje nak kongsi ngan korang cerita Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun ni. Alhamdulillah .. rezeki aku tahun 2012. Setelah 10 tahun aku berkhidmat akhirnya perkhidmatan aku diitirafkan oleh majikan aku kt sini :p ..  Sebenarnya aku tak lah exsited sangat pasal APC ni sebab aku tak sangka langsung aku dapat, Sebab masa beri markah LPTN tu .. markah aku tak lah tinggi mana.. tapi rezeki berpihak pada aku.. Alhamdulillah. Penerima penerima APC akan menerima Sijil dan RM1000.00. Tapi aku tak dapat duit cash tau.. diorg bagi dalam bentuk sijil BSN premium. Ok lah tu kan.. kalau cash hari tu juga habis kot hehehehehe. Kepada kawan-kawan aku.. insyaallah kalau ada rezeki lebih aku belanja korang yee... tapi dalam masa terdekat ni kalau aku belanja pun bukan duit APC tu.. sebab aku tak ada rasa na cash kan sijil BSN tu hehehhe.. anggap lah aku belanja tu nanti atas sokongan korang kat aku :p ..

P/S : TQVM kepada mereka yang pernah MENOLONG aku buat keje ..kira Backup aku lah.. kepada adik-adik PSH yg pernah tolong kak zura Buat OUM tu terima kasih sangat... jasa korang tetap kak zura kenang.... tq tq tq.. :)

p/s : apasal tak lehh masukkan gambar ni eeeeeeeeeeeeee












 

CATATAN 2.40 am

EM.. malam ni rasa nak menulis lah... kenapa tiba2x? saje..

2013 -- Sekejap sahaja umur aku dah cecah 31 thn. Tinggal lagi beberapa bln dah mencecah 35 thn. Pejam celik pejam celik dah umur aku 40thn ( insyaallah kalau sempat ) .. tapi apa kebaikan yang aku dah buat dekat Mak Ayah aku.. Suami aku.. Adik beradik aku.. Saudara Mara aku.. Anak aku.. Majikan aku ..kawan kawan aku.. dan yangpaling penting APA YANG AKU DAH BUAT untuk tuhan ku ALLAH s.w.t .. Ya Allah bertapa kedilnya aku ni.. terlalu banyak dosa yang pernah aku lakukan. Terlalu banyak larangan yang aku langgar.. terlalu banyak suruhan mu yang aku tidak lakukan.. Ya Allah... Terlalu banyak janji yang telah aku taburkan tapi tidak pernah aku tunaikan. Bertapa sayangnya kau terhadap ku Ya Allah..sehingga engkau memberi aku peluang bernafas di bumi ini untuk kali kedua...

Ya Allah ... buka kan lah hati ku ini dengan seluas luas .. tinggalkan apa yang di larang dan buat apa yang di suruh. Ya Allah yang maha pengasih dan Maha Pengampun..ampun kan dosa ku... aku mohon ... sucikan lah hati ku ini dan bersihkan lah jiwa ku ini dari segala kekotoran dan dosa dosa ku.. tabah kan hati ku supaya ku cekal dan bersungguh - sungguh menjadi hamba mu yang taat.. Ya Allah yang maha mengetahui... ampun kan dosa dosaku..hanya Engkau mengetahui setiap perjalanan hidup ku. Ya Allah .. ku mohon jadi lah kan ku seorang Hamba-Mu yang taat , Seorang Isteri yang soleha di samping suami ku Zulkefly , jadikan aku seorang anak yang solehah di samping kedua ibu bapanya, seorang ibu yang pengasih dan penyayang kepada zuria-zuriatku, Seorang pekerja yang berdidikasi , dan seorang kawan yang perihatin..

Ya Allah.. sesungguhnya hati ku terlalu teringin.. mungkin ku pernah berkata tanpa disedari .. sehingga ku di uji bergini. Ya Allah yang Maha Pengasih.. sesungguh aku mohon pada mu .. beri lah aku peluang .. peluang kali kedua untuk menambah zuriat...Biarlah mereka semua berkata apa sahaja tentang diri ku, sesungguhnya mereka tidak perlu tahu apa yang ku rasa.. cukuplah hanya engkau yang TAHU SEGALA-GALANYA YA ALLAH...........