18 Julai 2012

RAGAM MANUSIA

Salam... ukhh sejak 2 menjak ni aku suka sangat dok cite pasal 'someone' kan hehehe... hari ni pun nak cite pasal 'someone' yg tak ada kena mengena dengan aku atau kehidupan aku yg dulu atau sekarang.. cuma  bila aku terpandang dia dan aku rasa nak buat satu entry khas utk dia.. kenapa? sebab sejak aku nampak dia

1. Dia tak pernah senyum
2. Dia tak bercakap ( dia bukan lah bisu atau sengau .. .suara ok.. cuma dia tak pernah menegur ... kalau org lain tegur pun dia hanya diam - mungkin ada mas kot mulut dia atau mulut dia 'busuk' hahaha  )
3. Dia berjalan suka pandang bawah  ( mungkin nak mengelak dari melakukan zina mata lah kot  ) :p
4. 'Dia' pernah menghadiri 1 fantion dan aku adalah AJK .. boleh tak dia masuk ke 'dewan' , isi tandatangan dan blah je macam tu.. dan aku hulur pamplet dia buat dek je.. ( aku anggap dia tak nampak dan aku panggil dia 2 kali baru dia pandang dan ambil dan terus berlalu ) - tak ada budi bahasa kan heheheh
5. Dia juga pernah menghadirkan diri dlm satu majlis sukaneka  dan 'dia' boleh tak join dan 'dia' boleh jalan sorang2x dekat padang tu ( maybe dia nak buat spotcheak kot takut ada bom kat padang tu ) hehehe- itu story dari kawan aku lahh.

Dan di pendekkan cite ..aku buat andaian dia sorang PEMALU , PENDIAM , SOMBONG ATAU TAK RETI NAK BERKAWAN ... ( dia hanya bercakap dgn org tertentu dan hari ni aku nampak dia bercakap tapi rasanya ada lah 10 pth perkataan je hehehe- YANG AKU NAMPAKLAH .. )  mungkin dengan kawan2x dia ..dia ok kot. ok lah pada 'si dia ' tu .. satu je aku nak pesan.. siapa pun kamu.. tinggi mana pun darjat  kamu..bertapa hebat pun kamu.. tolong lahh jgn bersikap mcm tu.. sebab ramai orang berkata ok..Ok ke tak? ATAU K.O hehehe 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan