02 Februari 2013

SAKIT OHH SAKIT..

Ya ALLAH .. ramai sungguh orang di sekeliling aku sakit.. tapi aku masih belum melawat mereka.. cam mana aku nak pi..  En.suami sendiri tak sihat.. kalau aku pi sorang nanti apa pulak diorg tanya.. mana suami ? ukhh .. hati ni melonjak2x nak pi tengok merekaa... insyaallah .. nanti kak zura melawat korang yee..

Adik ipar aku  masuk hospital di kajang. Mula2x doc syaki dia kena SAKIT BHG HATI.. sebab mata dia dah kuning dan bengkak.. lepas tu doc kata dia kena sakit hempedu pulak.. n sekarang doc tak dapat kesan dia sakit apa.. ukhh ... kesian aku dengar.. dah lah adik aku sekarang ni tengah mabuk pembawakan budak.. lepas tu .. suami dia pulak telantar dekat hospital... dan mcm2x masalah lagi lahh.. ukhh .. sabar lah dik ... banyak dugaan ko .. Allah sayangkan ko .. tu yg DIA bagi dugaan ..supaya kita tak mudah lupa dan alpa untuk mohon petunjuk dari-NYA...

MY cousin Angah Yan masuk hospital Serdang.. hari tu doc kata dia sakit perut sebab usus dalam perut dia berbelit.. dah buat rawatan .. ok .. tak lama lepas tu ucu aku call kata anak dia admit kat hospital serdang sebab jangkitan kuman dalam darah dia.. ucu aku apa lagi. ... bantai lah meraung .. dah lah tu sorang je anak pompuan dia.. maybe dia masih trauma kehilangan arwah alang kot.. arwah alang meninggal di usia 17 thn.. Insyaallah ucu.. banyak bersabar.. tak ada apa2x tu.. sekaran ni hospital banyak kepakaran nya... ada ubat tu.. ALLAH sayangkan ucu dan busu sebab dia tahu hamba-NYA mampu menempuh dugaan ini ...

Ayah tak sihat.. dia duk muntah2x .. tadi aku call dia kata dah kurang sikit.. doc syaki ayah keracunan makanan.. ukhh sian ayahh... aku sayang kan ayah aku teramat .. walau pun aku tahu yg aku tak sehebat anak orang lain.. yg mampu beri apa sahaja yg ayah dia mahukan.. aku tak pernah luahkan yg aku sayangkan ayah sangat.. cukup lah aku sorang sahaja yg tahu .. AYAH ADALAH LELAKI YG TERBAIK PERNAH AKU JUMPA... walaupun orang lain menafikan .. tapi bg aku AYAH adalah LELAKI YANG PALING SAYANGKAN AKU... bila aku dengar ayah sakit .. hati aku dah gundah gulana ... aku terfikir sejenak.. aku belum bersedia kehilangan lelaki itu... walaupun aku tahu sejak aku kahwin aku lebih tumpukan rumah tangga aku .. itu tak bermakna aku terus lupakan ayah..

Anak buah aku Nurul Maizatuk Akma.. baru sahaja selesai operation . buang apendik . usia baru 12 thn... tapi dah nak kena kan... redha kan je lahh... semoga ema cepat sembuh ye sayang.. lepas tu pi scholl .. banyak dah class tertinggal..

Aku tak berkesempatan tengok mereka sebab .. en.suami aku sendiri duk demam.. kalau dia dah demam semua benda dia tak nak buat.. ukhh duk umah ..zzzzz sahaja.. suruh mkan ubat pun payah.. tu yg wat aku nak marah ni.. bila aku ckp lebih sikit dia kata aku bising.. dia pening .. bila aku diam ... dia kata aku tak sayang dia.. buat dek je dia demam.. aduhhhhhhhhh poning kepala makcik.. nasib lah babah demam.. kalau tak syg rendam babah dalam kolam tak berapa nak kolam tu... kasi mandi... buang semua anasir2x sentap n menyentap tuuuu .......... zzzzzzzzzzzzzzzzz

4 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam