23 September 2014

Kanser usus tidak kenal keturunan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. nampak? fomal tak aku.. hehe ok lah .. meh kita serius. hari ni hari sedih buat aku.. aku dapat tahu yg kawan aku mengidap kanser usus.. sejauh mana peringkat sakit dia aku tak pasti.. dia ni teman aku yang kejap on kejap off. Tapi dia antara teman yang pernah ada kenangan indah dengan aku. Ok .. untuk membuat aku rasa lebih tenang .. aku cuba cari nombor telefon dia.. puas aku hari akhirnya aku dapat juga cakap dgn dia .. lepas cakap baru rasa tenang.. Memang tak sangka .. penyakit nie tak kira siapa .. ok lah aku harap kan( harap sangat ) semoga kau cepat sembuh dan ceria macam dulu.. walaupun kita jarang berinteraksi mcm kawan2x kita yg lain tapi aku masih ingat kat ko.. lepas ni leh lah ko pi keje macam biasa yee... semoga ko sihat .. itu je lahh HARAPAN AKU DARI 'KAWAN' KO NI... ( iklas seiklasnya tau ... )
  meh aku kongsi sikit apa itu kanser USUS

Ada yang memanggilnya kanser kolon, kanser usus dan kanser rektum. Tidak kira apa juga gelarannya, ia kanser yang sama.
Kanser kolon kini menjadi pembunuh kedua kepada wanita selepas barah payudara, manakala paling biasa dihidapi golongan lelaki.
Sebanyak 4,000 kes baru didiagnosis setiap tahun di negara ini, malah 700,000 pesakit setiap tahun di seluruh dunia.

Di Malaysia, kaum Cina mencatatkan bilangan terting­gi, diikuti India dan Melayu. Risiko mendapat kanser usus bagi lelaki dan wanita hampir sama, tetapi barah yang me–nyerang bahagian rektum lebih banyak dihadapi wanita.
FotoPOLIP membesar menjadi kanser dalam usus.
Foto

Dianggarkan seorang daripada 33 rakyat Malaysia berisiko menghidap kanser ini dan menjadikannya barah kedua paling biasa dihidapi hari ini.

Lebih membimbangkan apabila jumlah pesakit didiagnosis menghidap kanser usus meningkat setiap tahun dan dalam kebanyakan kes, pesakit dikesan menghidap penyakit ini di peringkat lanjut iaitu pada tahap tiga dan empat.

Pakar Perunding Gastroenterologi dan Hepatologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr Dennis Khoo Yeap Teng berkata, antara simptom kanser kolon yang biasa berlaku seperti kerap berasa letih, perubahan warna pada najis, sakit perut pada bahagian kiri abdomen, turun berat badan dan kurang darah (anemia).

“Sejarah keluarga, peningkatan usia, merokok, obesiti, kencing manis, pengambilan alkohol serta makanan yang diawet antara risiko tinggi yang menyumbang kepada kanser kolon.

“Kanser ini terbentuk apabila ada ketumbuhan kecil dinamakan polip. Polip berasal daripada sel yang menyelaputi usus dan rektrum iaitu dinding usus.

“Biasanya ia mengambil masa hingga 10 tahun untuk menjadi polip sebelum menjadi benign (tidak bersifat barah) yang lama kelamaan membesar dan berkembang menjadi barah.

“Memang sukar mengenal pasti polip mana yang berpotensi berkembang menjadi kanser,” katanya ketika ditemui di pusat perubatan itu di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Kanser kolon adalah barah membabitkan bahagian antara usus besar hingga ke dinding usus (rektum) iaitu bahagian usus besar yang membantu mencerna makanan dan membuang sisa kumuh.

Kanser ini sering dialami penduduk negara maju dan membangun. Di Malaysia, penyakit ini sering menyerang dan menduduki tangga ketiga jenis kanser yang kerap dihidapi penduduk.

Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan menganggarkan 10.4 daripada 100,000 penduduk boleh mendapat kanser usus.

Di negara ini, tiga etnik terbesar iaitu Melayu, Cina dan India mempunyai risiko sama besar untuk terdedah kepada kanser usus.

Berdasarkan data diper­oleh dari negara Barat, individu yang berisiko tinggi dan mencapai usia 50 tahun digalakkan menjalani pemeriksaan awal pada usus iaitu kolonoskopi.

Mengikut panduan American College of Gastroenterology, jika anda mempunyai saudara terdekat (ibu bapa atau adik-beradik) menghidap kanser kolon pada usia 60 tahun ke atas atau sebelum umur 60 tahun, anda perlu mula menjalani pemeriksaan usus atau kolonoskopi pada umur 40 tahun.

Dr Dennis Khoo berkata, kanser kolon terbahagi kepada empat peringkat dan jika pesakit berjumpa doktor pada peringkat awal, peluang diselamatkan adalah tinggi, sebaliknya jika pada peringkat terakhir, ia sukar diselamatkan.

“Jika pemeriksaan awal dijalankan, doktor akan melakukan pemeriksaan usus atau kolonoskopi di bawah pembiusan ringan. Kolonoskopi adalah prosedur yang boleh dilakukan di bilik rawatan harian.

“Jika pesakit datang pada peringkat keempat, mungkin ia merebak ke organ lain dan menyebabkan komplikasi berbeza yang lebih teruk. Jika boleh, jumpa doktor seawal mungkin serta elak lebih dua minggu,” katanya.

Gejala biasanya bergantung kepada bagaimana kanser itu terjadi, antaranya:

1. Keluar darah melalui dubur bergantung kepada di mana usus itu berada. Jika kanser terjadi di bahagian berdekatan dubur, darah yang keluar berwarna merah terang dan cair. Jika berlaku di sebelah kanan, darah biasanya bercampur najis dan berwarna lebih pekat.

2. Perubahan tabiat buang air besar. Kadangkala pesakit mengalami cirit-birit, diselang seli dengan keadaan normal juga sembelit. Pesakit juga kadangkala tidak puas buang air besar iaitu terasa ingin membuang air besar tetapi tiada apa yang keluar.

3. Sakit perut lebih kepada bahagian kiri abdomen.

4. Berat badan berkurangan tanpa sebab.

5. Muka pucat, kurang darah (anemia), letih dan tidak bermaya.

6. Kurang 10 peratus pesakit mengalami penyumbatan usus.


Diagnosis

Beberapa ujian boleh dilakukan untuk mengetahui sama ada kita menghidap penyakit kanser usus iaitu:

1. Faecal Occult Blood Test (FOBT) atau ujian darah okulta tinja iaitu ujian ringkas bagi me–ngenal pasti tanda awal kehadiran sel darah merah di dalam najis pesakit.

2. Double Contrast Barium Enema iaitu memasukkan sejenis cecair ke dalam dubur pesakit, kemudian diadakan ujian sinaran-X untuk me–ngesan kanser usus.

3. Flexible Sigmoidoscopy iaitu memasukkan alat yang fleksibel dengan di depannya ada kamera melalui dubur untuk meninjau bahagian kiri abdomen (rektum dan sigmoid iaitu bahagian kiri usus besar).

4. Kolonoskop iaitu alat yang dimasukkan melalui dubur untuk melihat keseluruhan usus besar.

5. Virtual Colonoscopy iaitu menggunakan komputer dan CT Scan. Pesakit berbaring di dalam ruang khusus untuk imbasan dan komputer akan melihat kemungkinan kehadiran kanser. Bagaimanapun, alat ini belum digunakan dengan meluas.


Mengurangkan risiko kanser usus:

1. Amalkan hidup sihat iaitu pengambilan makanan berkhasiat dengan melebih–kan pengambilan sayuran dan buah-buahan.
2. Kurangkan makanan me–ngandungi lemak haiwan seperti kambing dan lembu.
3. Kekalkan berat badan seimbang.
4. Selalu bersenam.
5. Tidak merokok.
6. Tidak mengambil minuman keras.


Rawatan

Pembedahan - Harapan

pesakit kanser kolon untuk sembuh adalah dengan menjalani pembedahan. Jika ketumbuhan dialami pesakit belum merebak, pembuangan sebahagian usus melalui pembedahan dilakukan.

Cara pembedahan bergantung pada lokasi ketumbuhan. Jika kanser terlalu dekat de–ngan dubur, pesakit mungkin memerlukan beg kolostomi sementara dan kolon disambung semula selepas beberapa bulan. Lebih awal kanser dikesan, lebih cerah peluang pesakit hidup untuk jangka masa lebih panjang.


Bolehkah kanser kolon dicegah?

Walaupun faktor risiko utama kanser kolon ialah gen anda, beberapa bukti menunjukkan ia boleh dicegah. Antaranya, anda boleh menambah pengambilan makanan berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, mengamalkan diet kalori rendah, berhenti merokok, mengurangkan atau berhenti mengambil alkohol dan selalu bersenam terbukti dapat mencegah kemungkinan mendapat kanser.

Jika anda mempunyai sejarah kanser kolon dalam keluarga, risiko anda mendapat kanser kolon adalah ting­gi dan ujian pemeriksaan awal oleh doktor adalah sangat penting.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/25 ( DARI myMetro )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan