03 September 2015

TANDA ISTERI DERHAKA

Berikut diketengahkan antara ciri atau tanda isteri derhaka:
 1. Tidak mensyukuri kebaikan yang dilakukan suami
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bermaksud:
 “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.
 Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam ditanya: “Mengapa demikian ya Rasulullah?”
 Baginda menjawab: “Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup.”
 (Riwayat al-Bukhari)
 Dalam hadis yang lain Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda bermaksud:
 “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?” Baginda menjawab : “Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.”

CG - Dalam hadis pun sebut dalam neraka ramai wanita.. dan mereka tidak bersyukur dan tidak pernah berasa puas hati dengan kebaikan suaminya ... ada je yang tak kena.. emmmm aku pun banyak silap .. terlalu leka dgn dunia sendiri hingga kadang2x tidak sedar kata kata dan sikap aku boleh buat suami aku terasa.. terlalu cetak ilmu rumah tangga dalam diri aku .. terlalu cetak ilmu agama dalam diri aku..ABANG.. saya  cuba untuk menjadi tulang rusuk abang yang terbaik.. semoga abang juga akan menjadi IMAM sayang untuk selamanya.. love u so much mr.zul .. so much.. 


#akubelajarjadiisterisoleha
#akusayangsuamiaku
#akusayangALLAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan